Assalamualaikum n salam sejahtera dears,
malam tadi rasa geram kat si kembar mummy yang makin comel + mengada terlebih tu..
yang buat mummy geram tu,ambil dari rumah pengasuh sampai jer kat rumah diaorg meragam + menanggis jer..tak tahu kenapa,bagi biskut diaorg makan,habis biskut meragam semula,pergi bawa bilik belakang ,bagi mainan,dicampaknya...
apalah kamu duaorg ni nak sayang...buatkan susu kat botol sorang satu,tak mahu jugak...tapi, mata si miqael tgok dada mummy jer sambil tangan tu hulur2 suh angkat dia,daniel plak bila tgok abg kembar dia buat macam tu,dia pun ikut juga buat benda yg sama...aduhai parah,mummy tak mandi lagi,tak masak lagi,ayah plak nak balik malam ni...
diaorg nanggis tu mummy tinggal macam tu jer ...
mandi koboilah mummy apalagi,tak sampai 5 minit dah keluar bilik air, karang lama2 kat bilik air,ada plak budak dua orang tu pengsan menanggis huhu,cabul betul mulut mummy ni... haish busuk sungguh mulut ni...
pas siap semua,pergi juga kat si kembar,tarik2 baju,fahamlah nak apa,sempat masak nasi jer..aduhai dapur bersepah tu weh,lantai tak mop lagi,baju tak berlipat,silap hari bulan ada yang kena bebel ni...kembar mummy kenapa yer malam ni kamu buat perangai,saja nak suruh ayah membebelkan...
memang betul2 menduga,pukul 11:30pm baru dua org ni tidur
1 comment:
susah juga nak handle kembar ni ye! but saya suka lah
Post a Comment