Google Website Translator Gadget

Saturday, July 23, 2011

10.7

sedih sangat hati mummy... Hati ni tringin sangat2 nak tengok pesta floria kat Presint 2,kalau jauh mungkinlah mummy tak trkilan cam hari ni.,ini tak sampai pun 5 minit,kalau tak bagi tengok pun,lalu pun jadilah,hilang juga rasa yang brgejolak dalam hati ini.

Mummy ni suka sangat bunga mawar,lagi2 mawar biru hehe..pulak tu tema floria tahun ni bunga mawar..Wah bestnya,tak dapat memiliki pun dapat merasai kesegaran harumannya boleh buat mummy tenang..sian mummy...

Apasalahnya ayah bw mummy sekejap sebagai menghargai mummy setia disisinya selama ni,mummy tak minta lama,cukuplah 10-20 minit,dah memadai bagi mummy,paling tidak pun macam mummy kata dpermulaan lalu saja pun mummy tak kisah,janji mummy nampak bunga2 cantik tu...

Terus terang mummy katakn hati ni menanggis ketika kereta terus laju menyusur keluar dari putrajaya pagi tu, selamat tinggal mawarku.... Mgkin bukan rezekiku melihat keindahan pada dirimu... Walaupun tubuhmu berduri kau mampu membuat ketenangan dan kedamaian dalam jiwa ni. Mungkin ayah nak bw mummy pergi cameron Highlands agaknya,sebab tu ayah tak nak bwa mummy pergi floria. Apa pun hati ni sebak sangat... Mawarku abadi

Thursday, July 7, 2011

Sibuk sangat..

Hari ni bangun jer pagi terus masak,masak nasi,buatkan sup n lauk sikit.
siap lagi dgn jemput2 pisang.. bukan saja nak tunjuk rajin. semalam balik je dr opis bibik ngadu tak menang tangan jaga 4 beradik. mummy faham, iyerlah anak2 mummy mcm tangga,plak tu kecik2 sian bibik nak jaga semua.

malam tadi pun mummy tgok atas meja makan ada lauk aya goreng seketul dengan sayur kacang bendi potong dua jer..nampak sgt tak sempatnya..so, mummy korbankan tido mummy,pagi2 dah bangun siapkan semua.nasib baik bulan ni masuk keje pukul 8:30am kalaulah pukul 7:00am maybe tak sempatlah,kalau sempat pun masak nasi + goreng ikan je..

masa nak pergi keje plak,si IMI n IMR bangun plak aduhai, sebelum keluar rumah mummy buat susu untuk 2 hero mummy ni, si IMR 'Mummy, nak ikut' lagi sayu plak hati, si IMI dah cebik2 muka nak nangis...dah pukul 8:05am ni mana nak kejar bas lg, susu untuk IMR n IMI dah tgal sikit..kena minta kuar kejaplah nanti tuk beli..

pukul 10:30am mummy kuar kejap g beli susu, sampai kat umah mummy dengar IMM n IMD menanggis,tak lama tu dengar IMI nangis gak,tp, mummy tak masuk umah,letak jer susu kat dpan pintu rumah,tepon bibik suh amek,tanya naper diaorg nangis..nak susu katanya..tak sampai hati rasanya,tp, mummy tak lh masuk umah kalau masuk mesti semua nak ikut..tabahkan jerlah hati,terus g opis semula,sampai opis buat keje sikit,petang ada plak meeting...

kerana kebizian hari ni,mummy tak lah menabung susu tuk twins mummy,mummy lupa sayang,naik sakit dah ni..selalu dapatlah juga dr pagi sampai ke petang 12 oz,hr ni 1oz pun mummy tak buat,jgn marah yertwins mummy,mummy janji malam ni ,no susu formula,full breastfeed sampai pagi,mummy rela tak tidolar malam ni tuk twins n abg IMR n IMI,mlm ni mummy jadi 'JAGA' koranglar..

Wednesday, July 6, 2011

Hati mummy Risau

Hari ni nak buat kerja serba tak kena mummy ni.
hati asyik teringat IMR,IMI,IMM n IMD apalah korang buat time ni yer. kesian bibik kena jaga 4 org sekaligus, dua minggu lepas IMI mummy hantar kampung sebab tak berani mummy nak bawa balik sini selalu sangat kacau IMM n IMD..

tapi, mgu ni terpaksa juga mummy bw balik sini sbb ayah banyak keje kat luar mgu ni,so, ayah kata biar anak2 semua dengan mummy, akur jerlah. harap sangat bibik boleh kawal anak2 mummy ni semua,mummy tahu anak2 mummy baik2 belaka cuma IMI jer ada sikit nakal suka kacau adik2.













Bibik Ariyah(t.kasih jaga anak2 mummy dengan baik)


kalau hari2 yg lepas bibik boleh buat solat Duha, masak, basuh baju n lipat baju tapi, mummy tak pastilah kalau ada IMI bibik leh buat semua tu,mummy dah psan kat bibik jgn tinggal IMD n IMM kalau IMI tak tido risau dibuat bukan2,iyerlah jeles mungkin.manataknya IMI masih kecik tapi, dah ada adik lagi,kembar plak tu.mana tak kecik hati huhuhu..

kalau abang IMR mummy tak risau sangat,kalau Ipad kat tangan apa pun dia lupa,leka sangat main ipad dia...macam2 hal anak2 mummy ni,senyum sendiri mummy kalau tengok telatah sorang2

Demam + Tungang langgang

hari ni baru jer naik keje setelah 2 hari bercuti, hari isnin bawa IM Miqael pergi hospital. Alhamdulillah dari cakap doktor IM Miqael setakat ni ok2 saja,tapi, minggu depan kena follow up juga kat doktor pakar.. IM Daniel pun kena pergi juga untuk follow up perkembangan kesihatannya..

balik jer dari hospital, kemas baju sbb nak balik putrajaya plak,iyerlah mummy nak kena kerja,sebelum balik tu ayah bawa durian, IM Rayyan(Aizz) biasalah kegemaran dia ni...banyak ulaslah juga dia makan..mummy just makan seulas je..IM Izzuan(Joe) dia tak makan durian pun ,maybe tak baper nak suka sgt.. pas2 angkat semua barang letak dalam bonet, maka berangkatlah kami balik ke putra..

Sampai jer putra malam tu,IM Rayyan muntah...habis tilam tempat kami tido bau durian + susu,mummy yg tercium bau ni pun ikut muntah sama..mummy lupa yg IM Rayyan tak makan nasi satu hari,mummy n ayah pun tak makan nasi juga..tak lama lepas tu,time nak tido ayah plak muntah2 n sakit perut,cuba gak makan malam tu tapi, dah masuk angin kut..habis semua terkeluar semula.. dah macam apa ntah malam tu sampai ke pagi..ayah muntah 3 kali..mummy muntah 4 kali, IM Rayyan muntah 8 kali..mummy terpaksa suh bibik amek IM Miqael n IM Daniel masuk kat bilik bibik,mummy tak larat nak jaga.. badan dah lepak sangat sbb mntah2 + jaga si Aizz.

bangun pagi mummy bagi susu kat IM Miqael n IM Daniel,bagi Aizz makan roti ngan air panas sebelum bawa pergi klinik,ingatkan nak kerja pagi ni,tapi, dah semua nya terbalik,kenalah cuti lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX