Google Website Translator Gadget

Thursday, April 30, 2009

Aizz mummy dah 9 bulan





30/04/09 Alhamdulillah hari ni aizz dah 9 bulan...

dah makin sihat n banyak keletahnya..

kalau bab makan bubur + sup mmg makanan kegemaran aizz...

mummy sejak tgok aizz mula nak makan ni..

hati mummy gembira sangat..


Aizz, mummy doakan putera kesayangan mummy akanjadi manusia yg tabah, kuat, sabar, taat Perintah Tuhan dan menghormati..


I miss u so much sayang mummy

Wednesday, April 29, 2009

Kurma,Kismis, Madu

Assalamualaikum.




kurma,Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!




Sabda Rasulullah s..a.w


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."




Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.



1) KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah as. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".




2) KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".





3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Isu Air Mineral : PLUS Sangkal Dakwaan

Sejak kebelakangan ini, telah tersebar luas isu mengenai status air mineral PLUS yang dijual di R&R di lebuh raya. Isu berhubung status air mineral berjenama PLUS ini telah diungkit dan disebarkan dari sebuah laman web di internet. Menurut artikel yang bertajuk “Jangan Minum Air Mineral PLUS” tersebut, penulis mengatakan dari segi moral, air mineral PLUS tidak layak diminum oleh orang yang mementingkan kesucian kerana kedudukannya berhampiran dengan tanah perkuburan dan kawasan ternakan ayam.

Memandangkan isu ini semakin hangat diperbincangkan, pihak Pengurusan telah mengadakan siasatan lanjut di mana wakil-wakil PLUS telah diarahkan memeriksa keadaan kilang air mineral PLUS serta kawasan persekitaran di Mukim Bukit Pinang, Alor Setar serta mengadakan pertemuan dengan pemilik kilang air mineral terbabit, Jing Chia Yi Sdn Bhd.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kedudukan kilang air mineral yang sebelum ini digambarkan terletak bersebelahan sebuah kawasan perkuburan Cina telah berjaya disangkal. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Seksyen N1, tanah perkuburan cina tersebut terletak kira-kira 600 hingga 700 meter dari kawasan kilang. Kilang air mineral tersebut terletak di Bukit Pala, manakala tanah perkuburan pula terletak di kaki Bukit Inai. Selain itu, kilang air dan tanah perkuburan tersebut juga dipisahkan oleh kawasan sawah padi yang luas di kawasan terbabit.

Artikel itu juga mempersoalkan kedudukan kilang air yang berhampiran kawasan ternakan ayam. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kedudukan sebuah atau dua bangsal ayam milik persendirian itu terletak jauh di kaki Bukit Pala berhampiran kawasan sawah padi, iaitu jauh di bawah kawasan kilang. Kilang ini juga dikelilingi oleh sebuah dusun buah-buah berukuran 800 kaki x 400 kaki di Bukit Pala.

Untuk memastikan kebersihan air mineral yang dihasilkan di kilang terbabit, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan pemeriksaan setiap enam bulan bagi memastikan kualiti air mineral sentiasa berada pada piawaian yang diluluskan menurut Akta Makanan 1983. Ini termasuk memastikan kandungan mineral di dalam air tersebut berada pada tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan serta bebas dari bakteria yang berbahaya.

Kilang Jing Chia Yi Sdn Bhd telah beroperasi selama 12 tahun dan diberikan lesen beroperasi yang baru oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada November 2004 (No Lesen KKM163(24/K/1)). Di antara air mineral keluaran syarikat ini yang dipasarkan ialah A’san Te, Coolzer, Eden, Guest, Sunshine dan Top Choice.

Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan meminta kerjasama semua supaya dapat menjelaskan status air mineral PLUS kepada pihak-pihak lain, khususnya mereka yang mempersoalkan kebersihan dan status air mineral tersebut.

H@Ri Ke H@rI

29/04/2009

hari ni dah 18 minggu kandungan mummy...
dah lama mummy tak tgok baby mummy bergerak...
harap sangat sihat n kuat macam abg aizz...

naper yer makin hari makin mummy rasa tak sedap badan jer..
malas jgnlah cakap, semua kerja kat umah tu semua ayah yg buat..
dari memasak,basuh baju,kemas umah malah siram pokok bunga pun ayah gak yg buat ..

kesian kat ayah kadang2 mummy tengok, tapi mummy betul2 malas tahap tak tahu nak cakap

Sim Pets

Merayu Bantuan

Pagi ni buka jer email aku dapat email drpd sorang kenalan tentang keadaan adik Adrianna Alysya
Kalau bukan kita siapa lagi yang dapat menolong. Harap sumbangan anda dapatlah meringankan beban kewangan mereka..Terima Kasih
_________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t, Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur . Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.

Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya, yang berharga lebih kurang RM 3,000.00

2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.

3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga. Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :- Adrianna Alysya Bt Mohd Ha nib CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521 Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030 Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat mem bala s budi baik Tuan/Puan.


Saya doakan.

Semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera. Sekian, terimakasih. Adiranna Alysya

P/S: JANJI ALLAH KEPADA UMATNYA: SETIAP SATU YANG KITA SEDEKAHKAN IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T, AKAN DIGANTIKAN DENGAN 10 KALI GANJARAN.
____________________________________

Tuesday, April 28, 2009

Ik@N H@rUaN

masuk minggu ni dah dekat 2 bulan hubby mengidam nak makan ikan haruan...

inilah untungnya aku, dua kali pregnant, dua kali gak tak der mengidam apa2... Tapi hubby yg beriya2 mengidam..

masa pregnant si aizz, hampir setiap hari mengidam buah berangan..
time yg kedua ni mengidam ikan haruan plak..

setiap kali balik kampung..habis jer dia buat kejer kat singapore mesti dia balik terus sambar batang pancing tuk cari haruan..
Aku cakap kat dia kita beli jer kat pasar, tapi dia tetap berkeras nak makan ikan haruan hasil pancingan hubby...dari bulan februari, hubby memancing masih juga kecundang dan tak dapat pun sekor ikan haruan..
tempat hubby aku pergi semuanya tak mengena..

Entah macamana hari ahad lepas ni 26/04/09, pagi2 lagi hubby dah bangun,pergi cari katak tuk pancing ikan haruan, ada port baru hubby cakap kat aku...rupanya kat sebelah kampung aku jer...dari pagi sampailah tengahari hubby pergi, tapi sekor ikan pun tak dapat, hubby cakap salah umpan..ikan kat situ makan cengkerik..lepas zuhur n makan lunch, hubby cakap kita balik KL malam yer, petang karang nak g pancing lagi..dapat sekor pun jadilah, nak marah kesian plak sebab hubby dah teringin sangat..aku diam jerlah..hubby pergi ngan adik aku emmy n as, pakcik aku pun ikut gak.

dekat pukul 7:00pm hubby tak balik lagi dari memancing,dalam kul 7:10pm hubby balik ngan muka tersenggih2 upernyer dapat 3 ekor ikan haruan..2 ekor hubby yg dapat..sekor lagi emmy adik aku yg dapat..
tiga2 ekor aku bawa balik KL..

esoknya aku juga yang siang ikan2 tu, terkoyak2 jari aku siang ikan tu, hubby cakap dia nak aku goreng jer, lepas siang aku pun gorenglah..Tapi, time makan hubby cakap ikannya kurang masin sebab aku letak garam sikit jer hu3
i love u sayang love u

Wednesday, April 22, 2009

Pregnant lagi

16/01/09 dah 3 minggu aku lewat period,
aku rasa semacam jer...
takkanlah aku preggy lagi???
aku g klinik bawah opis ni, g lar amek pregnancy test...
aku pas beli aku bawalah g toilet kat opis...1st tu aku senyumlah sbb ada satu line jer.. alhamdulillah aku tak preggy, pas aku buang air, aku g amek semula pregnancy test yg aku letak kat papan blakang toilet tu...sekali aku tgok...ader 2 line plak....
perghh.... nak pitam aku rasa...mana taknya aizz baru jer 5 bulan, ni aku dah preggy lagi...penat time bersalinkan aizz tak hilang lagi..
balik umah aku bgth hubby yg aku preggy...hubby punyalah suka, aku geram jer...
pergi klinik esoknya, aku cek dah masuk 3 minggu kandungan aku tu..
hari ni 22/04/09 kandungan aku dah 16 minggu, tapi terus terang aku cakap, sejak preggy yg kedua ni, letih sangat aku rasa..dengan tekak cepat mual..
kadang2 nampak ayam geli, kadang2 nampak ikan plak aku geli..
semua serba tak kena..
Aizz plak kadang2 banyak plak kerenahnya, lagilah aku letih...
pulak tu dah beberapa minggu ni hubby plak balik kampung jer sbb dia ader kerja kat singapore..
lagilah aku penat giler, rasa cam nak menjerit jer...Letihnya Tuhan jer yg tahu, selalu hubby merunggut dia penat selalu drive..hubby tak pikir yg aku ni lagi penat..dengan bawa perut, pegang plak si aizz,dengan pinggang sakit,belakang ni usahlah cakap mmg sakit giler, tapi aku jenis malas nak cakap ngan hubby, karang lau aku cakap pun bukan dia faham, karang dia cakap dia lagi penat..hmmmm...

Kepala tempurung kelapa


15/04/09 hari ni aku rasa tak senang sangat(tak sedap hati) bosan pun ader..

datang opis pun aku jadi binggung memanjang...
masuk surau ingatkan nak tido,tapi tak boleh gak..
puas aku pusing ke kanan n ke kiri, kepala sakit sangat, ct dah balik umah dah..dia kata mc sbb uri dia kat bawah,so, dapat mc 2 hari, hari ni n esok...
tengahari ziela plak balik...bosannya hidup aku...
dalam kul 2:45pm aku telefon hubby n tanya dia kat mana, hubby cakap kat area sg besi n otw nak balik umah...
aku pun cakap ngan hubby lau tak der apa2 aku nak balik umah..aku sakit kepala kat opis...
dalam pukul 3:30pm hubby sampai dpan opis n aku pun ikutlah hubby balik umah...

nak dijadikan cerita, sampai jer depan taska ummi aku pun ameklah aizz, aku tgok mcm ader yg tak kena jer kat anak kesyangan aku tu, tapi aku wat tak faham jer...masuk jer dalam kereta, hubby tegur..`saper yg potong rambut aizz'
aku pun belek punya belek...Ya Allah, tak senonohnya diaorang potong...
dah macam rupa tempurung kelapa...
mengamuk hubby, sampai jer depan umah, dapat bukak satu pintu pagar, hubby naik semula dalam kereta ngan muka marah n bengis giler...
aku dah panik...mesti dia nak mengamuk ni,iyerlah anak kesayangan dia digunting rambutnya tanpa pengetahuan dia..
hubby pergi semula ke taska,sampai2 depan taska tuan punya taska baru jer kuar dari kereta, mmg kenalah tu..

entah apa butir ayat yg hubby cakap pun aku tak tahu, nampak muka akak tu mmg bengang sesangat...kesian gak aku tgok muka akak tu,tapi, apa nak buat mmg silap dia gak saper suh memandai gunting rambut aizz...
lastlah hari tu aku letak aizz kat taska..
16/04/09 aizz kena hantar kat makcik depan umah plak...
sian aizz dah tak ramai kawan...

Tuesday, April 21, 2009

Permata Hati



Tanggal 30 Julai 2008, lahirlah permata hatiku yg pertama..
dengan berat 2.9kg, pada masa 10:44pm..

IZZ MOHAMAD RAYYAN ayah dia yg bagi nama tu, yg bermaksud `kekuatan seorang ahli syurga yg tidak dahaga'

31 julai 2008 pada pukul 2:00pm aizz dibawa pulang kat umah mummy di Presint 14. dekat 1jam. mama n abah bw mummy n aizz naik kereta abah utk balik ke kampung..


sian ayah bawa kete sorang2 ngan bawa semua kelengkapan mummy n aizz..

dalam kul 7:00pm mummy, ayah n aizz sampai kat kampung...


semua adik2 mummy sambut kitaorg...


malam pertama kat kampung aizz diam n tak banyak meragam..


masuk seminggu kat kampung aizz mula menangis saja...masuk jer maghrib mulalah aizz meragam n tak henti2, satu family jadi gelisah... apatah lagi hubby. lagilah dia gelisah...
bawa pergi klinik...doktor ckp tak ada apa2.

mama suh bawa pergi kat bidan suh tgok2kan naper aizz boleh meragam cam tu, upernyer kena sawan tanggis, kata bidan ada benda tegur sbb sepanjang pantang mummy tak duk umah asyik kuar sana sini...pergi sanalah pergi sinilah...dah macam org sihat..

dari hari kedua sampailah habis pantang, aizz hubby yg mandikan, punye 2 kali mama ader mandikan..

masa pregnant izz



Time ni ngah contraction 10 minit sekali...

uuuii 1st time rasa sakit ...rasa nak menglir air mata ni..

duduk salah, baring lagilah tak kena...

habis satu wad 2B kat spital putrajaya tu aku pusing..dari pagi kul 10am sampailah kawan2 aku sampai ct, ziela n kak shu...

time diaorg datang ni...aku berbual gak tapi aku dok jer berdiri tepi tingkap menahan sakit yg teramat... aku tgok muka ziela time tu, macam dia plak yg menahan sakit..ct n kak shu relaks jer aku tgok..

tak lama hubby plak datang bw air n roti tuk kami... aku tgok hubby aku cam org tak senang hati jer...

iyerlah wife ngah menahan sakit nak salin katakan... he3

time kawan2 aku balik, hubby tanya amummy nak apa2 g tak? aku cakap aku dah tak selera nak makan apa2 pun..dah tak tahan tanggung sakit..hu3

time aku duk ngeluh sakit, aku tgok kelopak mata hubby aku bergenang ngan mutiara2 jernih.. sian hubby mesti dia susah hati...

habis jer waktu melawat hubby pun kuar, mulalah episod aku pusing2 kat wad tu... dalam pukul 3:45pm ada nurse panggil aku suh masuk satu bilik tu nak tgok pintu dah bukak baper..

sekali dia cek dah terbukak 5cm...pastu doktor datang n pecahkan air ketuban...banyak giler air tu kuar...

pastu dia cucuk ubat kat buntut...perut aku memulas, ingatkan dah nak bersalin upernyer aku nak membuanglah pas kena cucuk ubat tu, aku duklah lama2 kat dalam toilet..pastu ada nurse panggil suh jgn lama2 takut bby kuar..

kuar jer dari toilet nurse suh duk dalam kerusi n bawa brg2 baby..

kat kpala otak dah pk..aku dah nak bersalin ker?

masuk plak LR...JT cek..dia kata dah 6cm...time ni aku dah sakit 5 minit sekali...aku tgok jam dah 6:30pm, hubby masuk..aku cakap kat hubby ,mummy sakit sgt,tak tahan dah ni...

hubby suh aku sabar n terus sabar..

aku tgok jam dah dekat kul 8:00pm,makin memulas2..hubby g tepon mama n abah bgth aku minta mf n mfkan semua kesalahan aku,sbb hubby tgok aku tak bersalin2 dia takut aku ader dosa ngan kedua ibu bapaku..pastu dia call mak dia plak,adik beradik aku semua dia call n m mf kat diaorg semua lau aku ader salah...

upernyer aku dengar dari mulut mama, abah bacakan doa tuk aku pas solat maghrib, siap buatkan air lagi...pas isya' aku tak bersalin gak...bila abah dengar, abah buat solat sunat plak...

dalam kul 9:00pm JT cek dah terbukak 8cm...JT kata lama g... air dah berbotol2 masuk, tapi aku tak bersalin gak...pukul 10:00 sakit dah 3minit sekali..

Tuhan jer yg tahu time ni...barulah aku insaf n terfikir pengorbanan seorang ibu melahirkan aku kat dunia ni...

10:20pm hubby aku makin gelisah tgok aku tak henti2 menahan sakit...mengalir mutiara jernih yg ader kat kelopak mata dia...sian hubby..aku dah tak tahan sakit dah 1 minit sekali 10:30pm aku suh hubby panggil JT,JT cek dah terbukak 10cm, JT suh aku push time contraction...aku tak tahulah aku push baper kali..tapi dlm keadaan sakit tu, aku dengar JT kata aku pandai push...time kuar jer kpala baby..JT suh aku stop push,sbb tali pusat terbelit kat leher baby..pastu aku push semula...tepat 10:44pm aku bersalin baby boy

JT angkat baby aku n tepuk punggung...terdengar suara baby aku merenggek...Ya Allah,syukur aku kat padaMu....indahnya bila dapat melahirkan seorang baby..

hilang terus rasa sakit...JT letak baby atas dadaku..mengalir airmataku bila lihat anak kecil yg selalu usik tido malamku sudah berada hampir denganku..

dalam 5 minit nurse cuci bersih babyku n hubby azankan n qamatkan babyku..aku tgok hubby mengalir air mata masa azankan baby...

syahdunya time tu...

pukul 12:00am aku dibawa ke wad semula n babyku berada disebelahku... pukul 4:00am aku bangun dari katil n pergi mandi wajib wiladah(mandi pas bersalin),aku tgok baby aku masih lena tido..Alhamdulillah sepanjang malam hinggalah ke pagi kul 10:00am baby aku langsung tak meragam.. kul 11:30am baby aku dibawa oleh nurse utk dimandikan n buat pemeriksaan sebelum dibenarkan keluar..

pukul 12tghari mama n abah sampai dari kampung..

terpancar kegembiraan diwajah mereka bila tgok cucu pertama mereka Izz Mohamad Rayyan..

petang tu juga daklam kul 3:00pm aku trus balik kampung kat batu pahat,johor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX