Google Website Translator Gadget

Monday, June 4, 2012

Izzuan @ abg Joe masuk Wad

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

31/5/2012 pagi tu masa nak pergi kerja mummy rasa dahi abg joe,panas,Ya Allah, demam ke anak mummy ni,biasanya kalau abg joe yg demam mesti sekejap jer,pastu eloklah,so, mummy pesan kat adik mummy cik ziera suruh bagi ubat demam n tuamkan air kat dahi..mummy terus jer pergi kerja,sbb yakin mesti demam biasa.

pagi tu ada majlis hari ibu yang opis mummy buat kat Taman Wetland Putrajaya,konpiden jer mummy join majlis tu..dalam pukul 9:30am,cik ziera call,bgth badan abg joe makin panas,hati mummy time ni dah ader rasa risau,risau jadi macam abg aizz,demam terus tarik(sawan),mummy bgth cik zira minta tlg dia mandikan abg joe sampai mengigil..pastu bagi ubat..tak lama lepas tu, cik zira mesej bgth abg joe tak mahu makan ubat..bertambah tak sedap hati ni..

mummy call cik ziera minta dia pergi kedai bawah belikan kool fever,dalam lebih kurang pukul 12:00tgh,mummy call cik ziera,dia cakap abg joe kaki n tangan kejang2,badan lemah,mata layu,panggil pun tak menyahut...Ya Allah anak mummy,Alhamdulillah majlis habis awal,sampai jer opis minta tolong kawan mummy (siti aminah abdullah) hantar mummy balik rumah.sampai rumah mummy gok abg joe dah merah cam kena bakar,panas badan abg joe pun tinggi,bila mummy dekat macam bau benda hangit dah..wuii panas benar ni...

mummy pergi mandi n bersiap,telefon teksi,tak sampai 10 minit teksi dah sampai depan rumah.terus bawa abg joe pergi kat bahagian kecemasan & trauma Hospital Putrajaya,sampai2 terus cek dengan MA,tinggi tu suhunya 40.3'c. terus bawa masuk kat bahagian semi kritikal,doc tanya itu ini,masuk ubat bontot paracetamol 250g..sian mummy tgok abg joe menanggis,jerit2 sebut nama mummy,nak mengalir air mata..kesian anak mummy.masa nak pasang 'drip' n ambil darah doktor suh mummy tgu luar dari katil abg joe,masa ni mummy dah tak sanggup nak dengar abg joe terjerit2 menanggis panggil mummy.sedih n hiba sgt hati ni.

doktor suh masuk wad Day Care kat kecemasan tu,sementara tunggu keputusan darah..lebih kurang 3 jam kat day care, nurse suh naik wad 2C..kena duduk wad?? mummy dah binggung,macamana dgn si kembar kat rumah,kesiannya 2 hari tak menyusu badan.barang2 ag joe n baju mummy pun mummy tak standby,adapun pampes n sepasang baju abg joe..siapa nak hantar baju ke sini yer..
nak suruh cik zira yg hantar,mana cik zira tahu nak naik bas ke hospital..binggung..call ayah bgth yg abg joe masuk wad,boleh plak ayah tanya,"ayah nak kena balik ke?" aduhai syg,anak masuk wad ni,perlu ke tanya mcm tu..

mummy tak jawab pun apa2,malas nak bersoal jawab,bgth nurse bolh tak mummy tinggal abg joe sendiri sbb mumy nak ambil pakaian,nurse tak bagi sbb takut doktor round atau abg joe menanggis,boleh menganggu patient lain.binggung sangat time ni,mesej kat ayah,mumy nak minta tolong abg depan rumah hantarkan pakaian,so, minta tolong bibik siapkan barang2 keperluan..tak lama mesej macam tu ayah telefon bgth yg ayah on the way balik Putrajaya.tarik nafas lega time ni,iyerlah mummy mmg drop bila anak sakit,kalau ada ayah ada juga kekuatan mummy..

Dalam pukul 9:00pm ayah sampai kat wad 2C, ayat pertama keluar dari mulut ayah,kat bawah ada abg Sani(kwn ayah),ayah sekejap jer ni,pastu ayah kena balik Johor semula. nak menitik air mata bila dengar mcm tu,tak kesian ke kat mummy n anak2,paksa rela tabahkan hati walaupun hakikatnya hancur lebur hati seorg isteri,sementara ayah ada tu mummy pergi bersihkan diri,dalam pukul 10 lebih gitu ayah minta izin balik,ayah bagi duit kocek sikit tuk tambang teksi kalau keluar hospital n keperluan sepanjang dekat hospital..

mummy kuatkan hati tanya kat ayah,tak kesian ke kat mummy n anak2,masa tu terus laju airmata mummy mengalir,sedih ok..ayah bgth bukan tak kesian tapi, ayah perlu kemas barang untuk event kat Batu Pahat..mummy tak mampu nak cakap apa time ni,hanya mampu tertunduk saja.

lepas ayah balik tu,doktor suh bawa abg joe masuk bilik rawatan,doktor nak ambil darah n bagi antibiotik,mummy kena tunggu kat luar,dengar semula abg joe jerit2 sebut nama ayah,dlm setengah jam pastu mummy dengar abg joe jerit plak nama mummy..sayu semula hati ni..semoga mummy terus tabah hadapi semua ni seorag diri..masa nurse panggil suruh mummy masuk bilik rawatan untuk angkat abg joe,mummy tgok abg joe tersedu2 sampai lemah badan,peluk mummy erat sangat,kesian anak mummy,tak sanggup tgok anak2 sakit.

mummy bawa pergi katil,tgok mata abg joe tercari-cari sesuatu,mgkin cari ayah agaknya,tapi, abg joe tak cakap pun,punya tercari2,tak perlah abg joe,biar apa pun mummy setia kat sisi abg joe,jgn risau. mummy dodoi abg joe sampai tertido..abg joe ajak mumy baring n peluk kat sebelah dia,bayangkan katil yg kecik tu mummy baring sekali..pas dia tido mummy turun kat kerusi n sandarkan badan berehat sekejap..tgok kat mata abg joe ada air jernih mengalir,mungkin sisa air mata menanggis masa ambil darah tadi.


bersambung Part II

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX