Google Website Translator Gadget

Showing posts with label Izz Mohamad Rayyan. Show all posts
Showing posts with label Izz Mohamad Rayyan. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Maafkan mummy abang...

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

luahan hati ni khas untuk abang(izz mohamad rayyan)



masih terbayang kat mata n ingatan mummy abang meronta-ronta menanggis merayu n merintih minta nenek lepaskan abang agar abang dapat ikut mummy masuk dalam kereta..sedih + sayu n hiba hati mummy time tu...

Ya Allah andai mummy mampu..mummy akan bawa abang pergi,mummy tak akan sanggup tgok org yg paling mummy sayang..cinta ..dan kasih menanggis tersedu sedan serta merintih begitu... maafkan mummy.. tak pernah terlintas difikiran ni selama ini untuk berpisah dengan abang ..cukuplah masa umur abang 2 bulan ke 5 bulan abang berjauhan..rasanya selepas itu mummy tak sanggup pun berpisah...

tapi, pada akhir november 2012 ada beberapa perkara yang tidak boleh dielak(kalau abang nak tahu,abang tanya pada ayah,hanya ayah saja boleh jawab) dan sejak itu kita berpisah abang..abang kena tinggal dengan nenek kat kampung bersama dengan adik abg(abg joe).. sejak abang berpisah dengan mummy..serasa kosong setiap malam mummy,malahhari2 mummy mcm dah tak ada sape... biarlah mummy yg faham situasi ini..

berbalik pada cerita mula2 tadi...abang malam tu(ahad lepas 13hb 01 2013) tepat pukul 8pm ayah bangundr sofa rumah nenek..serta merta abang tanya ayah nak ke mana,padahal sebelum tu ayah dah bagitahu kat abang yang ayah nak hantar mummy balik putrajaya,mungkin abang tak ambil endah sebelum tu..bila kali ni ayah bagitahu sekali lagi..tak semena-mena abang mula menanggis,abang cakap abang nak ikut balik rumah mummy..terpaksa mummy pergi kat abang mummy pujuk abang yang mummy nak balik,mummy nak cari duit,abang duk rumah nenek,abang kena sekolah.. abang suruh jugak mummy tinggal kat rumah nenek dan abang cakap lagi biar ayah saja kerja..
merintih merayu abang time tu.. (masa ni abg joe tidur)..

ayah suruh mummy terus masuk dalam kereta sambil bawa si kembar... dari dalam kereta mumy tgok abang menanggis sambil tangan abang tunjuk signal tunggu... sambil tu juga abang cakap ''mummy tunggu aiz" Ya Allah hati ibu mana yang sanggup tgok anak mcm tu, mummy keluar semula dari kereta..mummy pergi kat abang ..mummy cium abang..mummy peluk abang..mummy tgok muka abang..mummy tgok mata abang yg penuh dgn air mata..muka abang yg sedih sangat2...mummy hanya mampu berdoa dalam hati,agar dikuatkanhati..mummy tak mahu menanggis depan abang..walau hakikatnya hampir luluh hati ni..hampir terduduk tubuh ni...oh kuatkanlah hatiku..
seerat mungkin mummy peluk abang sambil diperhatikan mama,abah, amy n zira..

ayah cakap mummy kena masuk kereta sebelum abg joe plak bangun... berat hati mummy nak lepaskan pelukan mummy kat abang...mama(nenek) pegang abang.. abang terus meronta-ronta minta dilepaskan..mummy hanya tgok dari tingkap kereta...mummy tahan sebak kat dada,sedaya upaya mummy tahan dari mata ni berkaca..mummy tak nak abang tgok mummy menanggis..takut abang makin kuat menanggis...

abang jerit2 sebut ..ayahhh.... ayahhh.... ayahhhh..... tak semena2 ayah keluar sambil marah2 abang dengan kayu...abang jangan salah anggap..ayah buat mcm tu sbb tak nak abang terus menanggis n meronta2 hati ayah tak kuat..(masa perjalanan ayah cerita kat mummy) tapi, abang tetap juga menanggis.

masa ayah keluar bawa kayu tu...mummy tgok nenek n abah terperanjat..mungkin tak sangka ayah nak buat mcm tu...ayah tak niat pun nak pukul abang cuma nak bagi abang tidak meronta2..sian abah n nenek terkejut...mummy dapat tahu nenek menanggis masa ayah keluarkan kayu tu...mana tak sedih hati nenek seorang ayah sanggup buat mcm tu kat anak sendiri...sian nenek nenggis... maaf mama ..isa tak niat nak kecilkan hati sesaper...

masa kereta berlalu pergi...abang minta nenek lepaskan abang dari pelukan nenek...abang kejar kereta ayah... Ya Allah hibanya hati mummy time tu...bayangkan dalam gelap abang berlari...  abah halang abang dr terus kejar kereta ayah...mesti time ni jiwa abang sakitkan??? maafkan mummy abang...maafkan ayah...

sampai jer kat pekan pagoh mummy mesej kat cik asz..masa ni dah berlalu lebih kurang 40 minit..mummy tanya abang menanggis lagi ke? cik asz cakap abang masih lagi menanggis sambil sebut " mummy tunggu aizz" Ya allah kesiannya abang... maafkan mummy abang..
mummy telefon nenek, nenek bagitahu baru jer buatkan susu... mata abang dah terlelap mungkin letih menanggis...tapi, masih sedu-sedan.. sebak dada mummy...
dalam tak sedar mengalir juga mutiara jernih kat pipi mummy,cepat2 mummy seka...mummy tak nak ayah nampak...biarlah depan ayah nampak seolah2 mummy kuat n tabah...hakikatnya mummy adalah seorang ibu...ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak beratus batu....sedang si kembar duk taska 8 jam mummy rindu...inikan plak abang yg jauh...maafkan mummy abang dan abg joe...

esok siangnya balik jer dari tadika...lepas tunggu cik zira balik sekolah,cik zira cerita abang ,abang joe n ck zira tido sekali..dalam pukul 4pm cik zira cerita,tiba2 abang bangun dan sebut " mana mummy?? mana mummy?" cik zira cakap mummy tak ada,mummy kerja... abang cakap " mummy ada kat sini tadi" mesti abang mimpikan mummy,abang rindukan mummy agaknya sampai bawa dalam mimpi..kesian abang...maafkan mummy sayang...

sejak abang n abg joe masuk tadika, setiap hari abah yang ambil..kesian abah kena ganggu time kerja sebab nak ambil kamu berdua... doakan abah sentiasa sihat n dimurahkan rezeki sentiasa... maafkan akak abah selalu menyusahkan... sayang abah selamanya...
dan sejak abang n abg joe masuk tadika cik emmy n cik asz yang mandikan n pakaikan baju..
mama(nenek) yang akan gosokkan baju abang,kadang2 cik emmy yg gosokkan..kapur kasut plak cik emmy yg buat..terima kasih semua...

cik zira macam biasa...siang malam akan mengasuh abang n abg joe...sian cik zira dahlah tahun ni nak ambil SPM..semoga kejayaan sentiasa jadi milik cik zira Amin...

abg joe n abang

Tuesday, November 27, 2012

Tambah sorang lagi

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

mulalah episod air mata lagi bagi mummy,
dari hari khamis lepas ada jer benda2 yang buat mummy rasa stress sangat2....

mummy malas nak cerita segala masalah yang ada...
biarlah simpan jer...kalau nak luah pun tak tahu nak cerita macamana..dah pening jadinya...

kalau selama ni (bermula 25/03/2012, setelah mummy jaga abg joe bermula januari - 25/3/2012) hanya abg joe sahaja yang tinggal kat kampung, tapi semalam abg aizz pun terpaksa mummy hantar duk kampung juga...Ya Allah serasa tak kuat dah hati ni..sorang2 anak mummy kena tinggal kat kampung..

Sejarah tinggal kat kampung;

abg joe: 

usia sehari - 13 bulan                          = tinggal dengan mummy (habis pantang,tinggal di Semenyih)

bermula usia 13 bulan - Januari 2012 = tinggal kampung dengan mama n abah (mac 2011 - november 2011,mummy kat kampung cuti separuh gaji)

Januari 2012 - mac 2012                     = tinggal dengan mummy(Putrajaya)

mac 2012 - hari ni(27/11/2012 n tak tahulah sampai bila) = tinggal kampung dengan mama n abah. siang hantar rumah pengasuh(makcik mummy cik lina kat pt sulong,petang sampai pagi mama n keluarga mummy yg jaga..mama n keluarga jaga free of charge ok) thanks my family..


abg aizz ;

 usia sehari hingga 2 bulan               = tinggal dengan mummy

usia 2 bulan - 6 bulan                       = tinggal kat kampung dengan mama n abah (seminggu masa mummy tinggal tu cik asz dgn cik zira yg jaga) pastu hantar rumah pengasuh kat sri wangi.. siang rumah pengasuh,pukul 5pm sampai pagi mama n keluarga mummy jaga.

usia 6 bulan - febuari 2012              = tinggal dengan mummy

febuari 2011 - mac 2011                  = tinggal kat kampung dengan  ngan mama n abah. siang hantar rumah pengasuh(makcik mummy cik lina kat pt sulong,petang sampai pagi mama n keluarga mummy yg jaga..mama n keluarga jaga free of charge ok) thanks my family..

mac 2011                                         = tinggal kat kampung dengan mummy (masa ni pantang bersalinkan si kembar n cuti separuh gaji hingga akhir tahun 2011).

januari 2012 - 25 november 2012   = tinggal dengan mummy

november 2012 - tak pasti lagi        = tinggal di kampung mama n abah (cik illa(zira) yg jaga)


Friday, October 19, 2012

pAGI2 DAH KASIK MERAH TANGAN MUMMY

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

ENTRI RINGKAS JER PAGI JUMAAT NI..

pagi ni tapak tangan mummy dah merah..
sebabnya:

a) bagi penampar kat muka abg aiz
b) bagi penampar kat peha miqael
c) bagi penampar kat lengan Daniel

bukan sesuka hati nak menampar tapi, ada sebab musabnya ok

mulakan dengan abg aizz;
 kena penampar sebab bangun tidur menjerit2 cari ayah sebab tak nak pergi rumah pengasuh, ayah plak pagi2 dah tak ada sebab ada kursus dengan MARA,bila mummy angkat nak letak dalam stroller,boleh plak keras kat badan...wuii, pang... ko merah pipi..sampai umah pengasuh masih lagi sedu2 menanggis..geram sangat.

Miqael plak;
kena penampar kat peha,nak tahu sebab apa, tengah mummy sibuk cari baju dia untuk dipakai,baru lepas mandikan dia, boleh plak dia masuk bilik dengan tangan penuh taik,sbb dia terberak kat karpet dapur...hoho saja tu cari penyakit namanya..tak pasal2 peha yg mulus kecik tu jadi mangsa keganasanku..hehe

Daniel plak:
dah dia tgok semua menanggis dia pun gatal juga menanggis tanpa sebab..tapi, sebelum tu yg kasik mummy angin dia pergi main berjemaah taik miqael..aduhai,mmg bercintalah pagi2 mummy bebel n jadi tarzan semesta alam...

korang2 semua kenapalah dera mummy pagi2 nak oii...
apa pun maafkan mummy yer sayang...mummy bernafsu ganas pagi tadi huhu..per pun mesti pengasuh kata mummy dera budak2 tu..sebab kulit diaorg jenis putih2,bila bagi penampar mmg merah2

3 beradik yang jadi mangsa mummy pagi tadi (haha ketawa jahat)


Friday, September 21, 2012

Ada perubahan

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Pagi ni mood mummy ada sikit hepi,sebab 1st time si kembar n abg aiz tak nanggis time mummy hantar rumah pengasuh setelah masuk hari ke 12. hmmmm mengada tul diaorg sebelum ni,menanggis macam mummy nak hantar terus kat situ.

masa Mila(nama pengasuh tu) buka pintu pagi tadi,miqael jer nanggis sekejap,bila dia tgok kembar dia senyap,abg aiz pun senyap tiba2 dia berhenti nanggis n senyum..entah apa2 jerlah anak mummy ni.. Mila siap bagitahu lagi,ada perubahan dah kak...harapnya terus macam tulah... mummy sangat2 susah hati bila diaorg menanggis,manataknya rasa berat jer langkah ni nak ke tempat kerja,otomatik perasaan sayu,hiba n sebak dada ni..bila sampai opis mulalah ingat anak2..

Tapi, pagi ni mummy gembira sangat bila diaorg tak nanggis,nak pergi kerja pun mood hepi jer sampailah saat ni..mungkin anak2 mummy dah faham yg mummy tinggalkan diaorg untuk seketika waktu jer,pastu petang mummy akan ambil diaorg semula...
esok sabtu ahad,hari untuk mummy n anak2...

48jam mmg takkan berenggang dgn korang pun tau...so, mummy mmg mengharap sangat 5 hari time waktu mummy berkerja,kamu jagalah diri n faham situasi mummy yer,so, jangan nanggis2 n paling penting jangan buat org meyampah dgn kamu...
Sekurang2nya kamu bertiga masih hari2 jumpa mummy.Kalau nak dibandingkan kamu bertiga dgn abg Joe,jauh bezanya ok. Abg Joe jumpa mummy sekejap2 jer,kadang2 sebulan 2kali,kadang2 sekali sebulan.. so, bersyukurlah yer... Harap sangat hari isnin depan ni n seterusnya jgn nanggis2 ok..tak mahu buat hati mummy risau.

Setiap kali mummy melangkah ke tempat kerja,mummy hanya mampu berdoa n tawakal kepada Allah,agar Dipelihara kamu semua mengikut kehendakNya.

kamu bertiga

Thursday, March 22, 2012

Tiada apa yang lebih Berharga

Salam dears,

tak ada apa yg mummy nak citer sgt pun,just saja nak berblog hari ni,saja nak buat entri tuk abg2...

Tiada apa lagi yang lebih berharga selain anak2,seorg ibu sanggup bergadai apa saja pun untuk membesarkan anak2..macam tu jugak mummy..kadang2 ayah selalu cakap dgn mummy,"gaji bulan ni belilah baju n barang2 keperluan awk syg,tgok tiap2 hari awk pergi kerja baju yg sama juga berulang2".. mummy just senyum je bila ayah cakap macam tu..

Dalam hati mummy biarlah mummy pakai baju tu seminggu 2 kali pun takper,mummy tak pernah fikir semua tu,janji kat dalam almari dapur tu stok susu untuk 4 hero cukup,diapers kat bilik cukup,tu dah cukup buat hati mummy gembira..sbb apa yg ada tu semua hasil gaji mummy..bohong kalau mummy tak nak itu,tak nak ini..tapi,pada mummy keperluan anak2 lagi penting..

Anak2 ibarat nyawa yg tak boleh ditukar ganti..anak2 segala2nya.......biarlah apa pun terjadi anak2 yg pertama walaupun mummy terpaksa ikat perut sekalipun,biarlah yg terbaik tu hanya untuk anak2,mummy tak pernah terlintas kat hati ni, supaya satu hari bila anak2 dah besar n ada kerjaya,anak2 akan tlg mummy dr segi kewangan,cukuplah anak2 senangkan hati mummy..itu sudah cukup untuk mummy tenang di alam sana.

Buat anak2 ku... kamu semua adalah nyawa mummy buat selamanya



Tuesday, March 6, 2012

3 Hero tercinta Balik kampung

Salam pagi semua...

pagi ni 3 hero kesayangan mummy balik kampung(ayah,abg aizz n abg joe) ayah cakap nak balik kampung ada kerja sikit nak buat,tak tahulah sikit yg ayah cakap tu macamana..ayah cakap 3 4 hari juga...


Tadi, ayah bgth keluar jer Tol pagoh aircond kereta rosak...huhu dah 2 kali rosak dah dalam tempoh 2 bulan ni,tukar jerlah kereta lain..kereta tu pun dah lama sangat,anak kita pun dah ramai,kalau duk dalam kereta tu dah cam duk dalam tin sardin huhu(jgn maree)

time entri ni dilakar ayah n 2 hero tercinta dah sampai pun kampung..terima kasih Tuhan pelihara perjalanan insan2 tersayang.

Wednesday, February 29, 2012

Anakku Soleh

Malam tadi lepas bagi abg aizz n abg Joe susu(masa ni tengah azan maghrib), mummy tgok abg Aizz pergi toilet,pastu diikuti dgn abg joe... diaorg biasalah nak pergi mana pun panggil ayah...ayah follow diaorg pergi toilet..

mummy just pandang jer keletah diaorg 3 beranak,bila dah keluar dari toilet tu mummy tgok abg aiz n joe, dua2 basah cam pas org ambil wudhuk(air sembahyang).. mummy tanya ayah,"anak2 buat apa tu syg".. ayah cakap " Diaorg nak sembahyang" sejuk hati n perut ni melahirkan diaorg bila dengar ayah cakap macam tu..

mummy tgok kelopak mata ayah mcm berair,mesti ayah gembira tgok anak2 mcm tu..mummy apatah lagi...songkok abg aiz ada,songkok a.joe tak ada(tertinggal kat kg)..

masa dalam bilik sembahyang,abg aiz cakap " ami, ayah angan engok,aiz ngan joe nak ayang" mummy dgn ayah terus berlalu dari bilik,tapi mummy dgn ayah diam2 intip apa diaorg buat... subhanaAllah mummy tgok aizz tengah betulkan kaki Joe untuk duduk tahiyat awal,dgr suara a. aiz cakap... "acam ni joe", pastu mummy tgok abg aiz angkat takbir, abg joe tak reti abg aiz tunjukkan jugak cara...hampir menitik air mata tengok.. Walaupun tak ikut tertib tapi, banyak step yg abg aiz tahu..

masa dah siap n time part berdoa,ayah masuk n snap satu gambar



abg Joe tak ada songkok(topi pn topilah)


pas diaorg dah lipat sejadah n duduk depan TV, abg aizz cakap sambil mata tgok TV " Ami, ayah g ayang" slow jer abg aizz cakap...terima kasih sayang..mudah-mudahan jadi anak yang Soleh..Taat Perintah Allah dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

Saturday, February 25, 2012

Nenek n' Atuk Izz

Malam tadi dalam pukul 1:00pagi, ada bunyi kereta parking depan rumah,masa tu mummy n' ayah tak tido lagi sebab ayah rasa tekak haus, so, mummy panaskan air buatkan ayah air nescafe panas...tengah berbual ngan ayah masa tu lah dengar bunyi kereta parking depan rumah...ayah cakap mak ngan abah datang kut...mummy cakap takkan pagi2 mcmni diaorg datang..

mummy intai dari celah tingkap,betul tekaan ayah ... mama abah emy n zira dah ada kat luar...gembira rasa hati bila tgok diaorg datang...yang mummy rasa cam nak nangis tu,iyerlah selama ni mummy balik kampung tak pernah belikan apa2 untuk mama n abah,tapi malam tadi diaorg sampai belikan beras,sayur , lauk, tepung... naik malu pun ada...selalunya anak2 yg belikan semua tu,ini mama n abah datang boleh bawa macam2..

pagi ni bila abg aizz bangun tido,bila kamu tgok atuk n nenek ada,boleh plak kamu halau diaorg keluar,anak bertuah betul kamu...geram jer mummy dengar..apa yg kamu tak suka sangat kat atuk ngan nenek,tahu tak sejak kamu lahir kat dunia ni, tulah tangan yg sambut kamu,orang2 yg sanggup bangun malam n tak tido sbb kamu kena sawan tangis...tolonglah jgn buat atuk kamu mcm tu...banyak pengorbanan atuk n nenek kamu untuk kamu n adik2 tau..mungkin kamu tak suka org kacau tido kamu agaknya..tapi, bila atuk n nenek nak keluar berjalan,sibuk plak kamu menanggis nak mengikut...tapi, serius mmg mummy sanngat2 marah dgn kamu tahu...

karang tengahari nak bawa diaorg g Karnival WOW Putrajaya...

Friday, February 10, 2012

Tuesday, January 31, 2012

Abang pergi Hospital

hari ahad lepas 29/1/12...dalam pukul 10.pm lebih abang bagitahu mumy yang abang sakit perut nak mwmbuang air besar...menanggis sampai pukul 11 lebih tak juga kuar najis abang...

mungkin abg penat ..terus tertido..tapi, tak sampai 15minit tido ..abang bangun lagi...sambung balik nanggis abang, mummy dah pening kepala..nak buat macam mana ni,nanggis abang tak mahu berhenti,tapi,najis tak juga keluar..ayah dah mula pening,mummy apatah lagi,risau ,kesian n entah apa2 lagi...

mummy bagitahu ayah,takperlah mummy jolok jer pakai jari..ayah cakap biar betul mummy,mummy cakap dah tu jer jalannya...ayah cakap cari dulu ubat cucuk bontot,mummy puas cari tak ada...so, mummy cakap dengan ayah..takper yah mummy sanggup buat apa saja,abang dah nangis ni tak berhenti-henti,muka pun dah pucat menahan sakit sembelit..mummy ambil minyak makan,lumur kat jari kelinking...dgn lafaz Bismillah..mummy jolok kat lubang bontot abang,mummy rasa najis abang masih jauh lagi(hehehe dah macam nak rasa kepala budak)...

abang hanya kentut lepas tu,abang terus jer meneran n nanggis,akhir keputusan,mummy cakap ayah,kita bawa pergi hospital,sampi hospital,doktor bagi ubat cucuk bontot,terus dalam 3 minit,keluarlah 3 ketul emas besar2..hmmmmmmmmmm abang2

Friday, January 27, 2012

Berlari Pas tu Jatuh

baru kejap ni ayah bagi gambar abang jatuh...abang..abang kamu tu dari kecil lagi jarang jatuh,tapi, bila dah jatuh merenggek jerlah...sudah sudahlah tu,jangan nanggis lagi..


Luka kat siku


Luka kat Lutut


kejap lagi mummy balik,karang pas siap-siap kemas baju kita balik kampung yer..minggu depan meriahlah sbb cuti kat kampung seminggu,tapi, mummy tak meriah sbb awal-awal tahun dah banyak cuti,macamnalah nak dapat APC,kerja bertahun tapi ada jer perkara-perkara yang membataskan untuk mummy tercalon utk APC..nak buat macamanakan tapi semua bersebab..

karang balik kampung mesti nenek kamu membebel kat mummy,asal bawa balik putrajaya jer mesti ada luka-luka..hari tu abg Joe..hari ni abang plak..hmmm

Thursday, January 12, 2012

SukaTengok

mummy suka tgok gambar ni...
tapi gambar ni dah diedit oleh kawan cik zira...
suka sangat tgok..tak tahu nape...


pic abg Joe n abg Aizz

Monday, January 9, 2012

Tukar Plak dah

Pagi ni ayah balik Johor bawa abg aizz plak..abg joe kena tinggal ngan mummy kat sini.
Kesian abg Joe...entah macamanalah keadan abg Joe kalau duduk dgn mummy..

mama(nenek) call mummy tadi, mama cakap "mana Joe Along"...mummy cakap " Joe tgal sini,ayah dia cakap susah nak buat kerja kalau dgn Joe". mama marah sbb iyerlah abg Joe budak manja n mengada2 semua org kat rumah tu sayang...mama cakap "berminggular kitaorg kat rumah ni rindukan Joe"..


Abah(Atuk) panggil abg aizz pun panggil dgn nama Joe..mana taknya bila ayah balik lewat malam Joe lah tido dgn abah kat bilik,tido tengah2 lagi sambil kena apit mama n abah, mana tak bertambah manja anak mummy yang ketot sorang tu..

Cik Emmy balik keje pun cari Joe..kesian abg aizz, semua org balik keje cari Joe...bukan diaorg tak sayang abg aizz tapi dah selalu sgt kut Joe kat kampung..oppss! bkn selalu sangat dah setahun lebih Joe duduk kampung sb tu bila Joe tak ada semua jadi rindu, dari November 2010 Joe dah tgal kat kampung..dari mula pandai berjalan sampailah sekarang dah pandai berlari + cakap..

Untuk Mama, Abah, Cik emmy, cik Asz n cik Zira jgn risau mummy jaga abg Joe dgn baik kat sini tapi 2 hari lepas dah tercepit pintu huhu..pasal tercepit pintu esok mummy citer

Friday, December 30, 2011

Hati Aizz Tersentuh

Semalam balik dari kerja ayah hantar mms gambar ayah dgn abg joe..n mummy balas dengan mms gambar aizz tengah tido.. mmg pun abg aizz tgh tido time mummy balik keje semalam

bila abg aizz bangun mummy tunjuk gambar abg joe n ayah..tak semena-mena rona muka abg aizz jadi lain..terus bangun n pergi bilik belakang..

mms dr ayah

mummy terus tanya diri sendiri,mummy dah buat silap ke? aduhai naperlah mummy pergi tunjuk gambar abg joe dengan ayah, mesti abg aizz fikir ayah hanya sayang abg joe...aduhai salah mummy ni..


mms dr mummy

mummy pergi dapatkan abg aizz dalam bilik..muka dia sedih sgt,mummy tanya knapa ni bang,automatik dia terus nanggis...alahai mesti hati dia sayu tgok gambar tadi...mummy pujuk makin kuat plak nanggisnya...mummy pergi ambil duit n pergi kedai belikan ais krim..

Tapi, time beli aiskrim tu, abg aizz ambil dua aiskrim drumstick..mummy tanya kenapa ambil dua..dari mulut dia yg chumel tu terus dia cakap joe punya...mummy cakap joe tak ada sayang,joe duk rumah nenek, terus muka dia sedih n bawa aiskrim tu pergi kaunter..sian anak mummy..

Monday, December 19, 2011

"Sayang Mummy""

Pagi ni rindu sangat dekat abg aiz n abg joe.. rindu sangat..rasanya sbb dah 2 minggu tak nampak diaorg..Just dgr suara diaorg dari corong handphone ...


Tadi, telefon abah(atok) tanya pasal budak2,abah cakap diaorg asyik begaduh jer dua beradik ni n kuat menanggis.Abah bagi hp kat abg aizz,dengar suara abg aizz tanya "Ami ane?" anak mummy ni dah 3 tahun pun cakap tak penuh lagi,tapi, takperlah slow2 yer sayang..InsyaAllah semuanya dipermudahkan olehNya nanti..
Sebelum perbualan mummy n abg aizz berakhir, dari situ mummy dgr kat belakang suara abg joe terjerit-jerit...apalah yg dijeritkan bujang ketot tu...


Sebelum mummy ucap salamkat abg aizz, abg cakap " Ami, Aizz sayang Ami" aduhai tersentuhnya hati..rasa nak jer peluk abg Aizz kalau dia ada depan mata sekarang ni...mummy pun balas "Ami pun sayang abg"..perbualan kami pun berakhir. tak sabar nak jumpa abg Aizz n abg Joe..InsyaAllah kalau tak ada aral mummy balik kampung 29hb malam bulan ni yer sayang..


Start Bulan Januari 2012 abg aizz tinggal dgn mummy...susah senang sedih n ketawa biarlah dgn mummy yer...

Friday, December 2, 2011

Kenapa jadi macam tu

malam tadi ayah balik rumah...sebelum balik tu ayah cakap ngan mummy dia tengah bad mood...mummy dah mula rasa something biler ayah cakap dia bad mood...
mesti akan bawa bad mood nya sampai ke rumah..
Tapi mummy dah pesan kat ayah..sebelum masuk rumah tolong jgn bawa bad mood tu masuk dalam rumah sbb habis nanti mummy n anak2 jadi mangsa..

nak jadikan cerita pukul 9:30pm ayah dah terpacak depan pintu rumah...abg aizz n abg joe yg tengah makan kat meja makan terus berhenti makan n turun dari kerusi untuk dapatkan ayah...hmmm tulah anak2 ayah,pantang nampak ayah apa saja dpan mata semua ditinggal...Alhamdulillah mummy tgok ayah cam happy jer..oklah ayah tak bawa moody dia masuk dalam rumah...

mummy tgok ayah baring tgok TV, mummy macam biasa siapkan lauk atas meja n buatkan air panas...tgh sibuk kat dapur lebih kurang setengah jam lepas ayah masuk..satu satu handphone ayah bunyi,kejap call masuk,kejap sms masuk..dua2 handphone plak tu...mummy malas nak amek port..mummy diam jer...

dari dapur mummy dengar abg aizz n abg joe minta tlg ayah bukakan jajan..tak lama lepas tu.. sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt plastik jajan ayah campak,ayah ckp.."korang jgn ingat nak manja2 dgn aku" apa masalah ayah ni...mummy istifar panjang,mummy dah pesan jgn bw mood tak baik tu masuk..rupanya tak sampai setengah jam ayah dah marah2..kesian abg aizz n abg joe..

dua2 nanggis,abg aizz peluk cik zira, abg joe peluk mummy..nak jer air mata mummy keluar saat tu..mummy tahan, mummy minta cik zira buatkan air susu untuk abg aizz n abg joe..sian anak mummy.. ayah penat agaknya sayang..jgn nanggis2..
mummy sayang kamu..

Friday, January 21, 2011

abg demam

kesian abg aizz demam beberapa hari ni,mgkin rindu kat izzuan, iyerlah dah 2 minggu tak jumpa izzuankan..



abg, mummy minta maaf banyak2 semalam mummy mampu bagi abg ubat syrup panadol jer,tu pun mummy beli kat kedai bawah rumah kita..bukan mummy tak nak bawa abg pergi klinik tapi, ekonomi mummy kurang sikit mgu ni..iyerlah klinik kawasan sini paling murah pun dia charge RM55,tu paling murahlar..kalau kat kampung RM30 jer pun dah complete semua ubat ada..mummy m maaf banyak2 sbb abai abg punya kesihatan..sesekalipun mummy tak niat nak abai mcm tu..




abg, kalau abg rindukan adik(izzuan) mummy lagi rindukan dia..kalaulah kesihatan mummy mgizinkan mmg mummy tak akan pisahkan abg,xmungkin mummy suka2 nak tgal adik kat kg..abg, sabtu ni kalau ada keizinan kwangan mummy,mummy bawa abg pergi klinik yer..mummy risau sebenarnya kalau abg yg demam,sbb kalau abg demam temperature abg akan naik mendadak,sbb tu mummy sedih sgt kalau abg demam.




abg 28/1 ni mummy janji,kita cuti seminggu balik kampung yer,kita g jumpa adik..abg mummy doakan abg cepat sihat yer..

Tuesday, January 4, 2011

abang oh abang...........

pagi2 lagi abang dah buat perangai....selalu time ayah ada mmg ayahlar yg tolong mandikan n kejutkan abang dari tido..
mgu ni ayah keje malam mulalah episod menangis pagi2 nak bangun tido n g mandi...
nak tak nak trpaksalah juga mummy angkat jer abang pergi toilet...menangis terpekik2lar abang kat toilet sbb mummy jirus jer ngan air hehehe ^_^

abang pukul mummy ngan tangan abang hehehe...nak jer mummy cakap 'eleh tak sakit pun'...
pas mandi abang mengigil kesejukkan, minta towel tuk mummy balut badan abg, siap minta 2 towel tu...lawak tullar abang ni...macam mandi ais jer...

mummy baringkan abang atas tilam bagi susu,abang buat2 pejam matalar konon..geli jer mummy tgok,konon tidolar taknak g school..mummy pakaikan baju abang siap ngan bedak lagi...tetiba abang bangun..mummy dah tahu dah kalau abang bangun mesti nak pergi bilik mummy kan?? abang g amek baby oil dan sapu kat rambut abang n abang siap pacak2kan lagi...bagus anak mummy ni...memula jer nangis pastu bergaya lagi...

dalam pada mummy buat susu,ayah bagi salam dr luar,oh ayah dah balik kejer...cepat2 abang dapatkan ayahanda kesayangannya tu,dikucup tangan ayah n minta dukung,aduhai,penat ayah tu tak hilang..iyerlah demi abang,ayah layankanlah juga..

bagi ayah minum air panas,amek helmet n ayah hantar mummy pergi opis dan abang hantar pergi school...
thanks ayah.... ^_^

Wednesday, June 24, 2009

Selsema n' Batuk

dari hari khamis lepas g mummy tak sihat..
batuk semakin teruk,plak tu ngan selsema plak..
Ya Tuhan tak laratnya badan mummy ni..iyerlah ngan bawa baby dalam perut lagi.. kesian aizz beberapa hari ni mummy tak tumpukan perhatian kat aizz, bukan mummy sengaja aizz..



mummy nak juga rapat2 ngan aizz tapi, mummy takut demam n batuk mummy berjangkit dekat aizz,malam tadi ayah marah mummy sebab tak tidur sebelah aizz, bukan mummy tak nak ayah,tapi mummy tak sihat,mummy takut aizz berjangkit plak,biarlah mummy sorang jer yang sakit,mummy tak nak aizz sakit sekali..


ni pun kat opis mummy tak larat sangat rasa nak jer amek mc n tido jer kat umah,tapi, bila pikirkan banyak kerja nak kena buat mummy batalkan jer niat nak mc,kerja menimbun,karang lau tangguh2,esok2 makinlah membukit plak..
kepala ni pun sakit sangat,bila time duduk nak bangun jer rasa melayang jer,dalam hati doa biarlah mummy kuat semangat..
Ayah n aizz, mummy mina maaf yer tuk beberapa hari ni,mummy tak berapa nak layan u all,malam pas isya mummy dah tertido,rasanya dah seminggu mummy tak jengok dapur,terima kasih ayah sebab masak tuk mummy n aizz,terima kasih gak sbb dah beberapa malam ni ayah bangun buatkan susu aizz, maaf bukan mummy tak nak bangun tapi betul2 tak larat dah..

Friday, May 8, 2009

Pic Aizz time Demam













hari 1st kena demam





hari 2nd mcm kurang rupanya makin panas plak petang tu






hari 3rd dah boleh main dah tapi suh senyum punyalah susah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX