Google Website Translator Gadget

Friday, June 29, 2012

Perangai baru si kembar

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Balik dari rumah pengasuh hari ni,mummy sikit terkejut tgok muka Daniel ada kesan biru n merah..tak sempat mummy nak tanya pada kak ton,kak ton dah buka mulut dulu.
' awk tgok muka si adik,biru ni si abg gigit,yg merah ni si abg cakar' aduhai anak mummy, buat apa ni weh.. 'satu lagi si iqbal anak fiza pun,si abg gigit juga'..
anak org pun dia gigit juga..matilah kalau kena marah dengan mak si iqbal..

dahlah sebelum ni si miqael berebut barang di tolaknya daniel ke dinding sampai bengkak dahi kiri daniel,kak ton tu tolong tuam,kalau tak tuam mahu benjol kepala si adik..

sejak dia pandai gigit2 ni,ni yang mummy rasa risau,kalau dia gigit si kembarnya ok lagi,kena plak dia gigit orang lain..wui haru jadinya..

muka daniel yang di gigit miqael

lepas ni kena berhati2lah mummy kalau tak mesti mummy sekali digigitnya...habislah lebam sana sini.

Thursday, June 28, 2012

Si kembar menduga hati

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

malam tadi rasa geram kat si kembar mummy yang makin comel + mengada terlebih tu..
yang buat mummy geram tu,ambil dari rumah pengasuh sampai jer kat rumah diaorg meragam + menanggis jer..tak tahu kenapa,bagi biskut diaorg makan,habis biskut meragam semula,pergi bawa bilik belakang ,bagi mainan,dicampaknya...

apalah kamu duaorg ni nak sayang...buatkan susu kat botol sorang satu,tak mahu jugak...tapi, mata si miqael tgok dada mummy jer sambil tangan tu hulur2 suh angkat dia,daniel plak bila tgok abg kembar dia buat macam tu,dia pun ikut juga buat benda yg sama...aduhai parah,mummy tak mandi lagi,tak masak lagi,ayah plak nak balik malam ni...
diaorg nanggis tu mummy tinggal macam tu jer ...
mandi koboilah mummy apalagi,tak sampai 5 minit dah keluar bilik air, karang lama2 kat bilik air,ada plak budak dua orang tu pengsan menanggis huhu,cabul betul mulut mummy ni... haish busuk sungguh mulut ni...

pas siap semua,pergi juga kat si kembar,tarik2 baju,fahamlah nak apa,sempat masak nasi jer..aduhai dapur bersepah tu weh,lantai tak mop lagi,baju tak berlipat,silap hari bulan ada yang kena bebel ni...kembar mummy kenapa yer malam ni kamu buat perangai,saja nak suruh ayah membebelkan...

memang betul2 menduga,pukul 11:30pm baru dua org ni tidur

Monday, June 25, 2012

Tayar kereta meletup

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

benda ni berlaku 2 minggu lepas tapi, baru ada kesempatan nak buat entri pasal ni..
12/6  hari tu, mummy on the way balik ke Putra dari kampung,mummy bagitahu kat ayah kita balik pagi2 yer,kalau sempat mummy nak pergi kerja,semalam dahlah mc,takkan hari ni nak cuti plak,dahlah cuti tinggal berapa harilah sangat..

tapi, biasalah manusiakan lain yg dirancang lain plak yg jadi...pukul 9:30am jugak keluar dari rumah kampung,alamatnya cuti lagilah hari ni..masa masuk h'way pagoh mummy dah rasa macam tak sedap hati jer,mana taknya,rasa mcm ayah bawa melayang2,tapi, mummy diamkan diri jer..kata org tu kalau jalan jauh jangan fikir bukan2...

kalau masuk h'way dah pukul 10am panas tu makin terasa kehangatannya...ayah mummy tgok kejap2 menguap,si kembar pula tak reti diam,ke depan ke belakang..wui letih nak layan diaorg, abg aiz plak layan tido kat seat depan..

Dipendekkan cerita lepas je RnR Seremban,masa tu ayah bawa kat lane tengah,"POP" 'mummy pegang anak2!!'jerit ayah spontan...
 nasib baik ayah tak laju masa tu,terus ayah parking ke tepi,tayar belakang belah kiri pecah, wuiii takut weh mummy,kalaulah ayah bawa laju time tu mahu terbalik kereta,Nauzubillah min zalik...takut bila fikirkan...melelong jugaklah kereta time tu... abg aiz yg tengah tido terperanjat sambil menanggis,si kembar tersedar juga dalam pangkuan mummy...

Senario kejadian
situasi kejadian;

1. parking tepi
2. parking jer terus ada kereta call man parking depan kereta kitaorg
3. kereta iswara(kereta call man india)
4. call man tengah buka tempat letak tayar spare
5. bertabahlah ayah(sian kurusnya suamiku)
6. Apa daa PLUS punya rangers baru nak sampai...tayar dah siap pasang pun...

tak pasal2 RM50.00 jugak melayang,mula2 diaorg minta RM80.00 disebabkan ayah ada business card untuk towing kawasan selatan,ayah cakap harga kawan2..so, india tu tolak RM30.00..kalau tak mmg tadahlah RM80.00...
ayah kata nasib baik kenangkan mummy n anak2,kalau ayah sorang mmg ayah buat sendiri jer..

Bila balik ayah tgok ada paku besar kat tayar tu...wui saper punya angkaralah..otak mummy dah fikir yg negatif jer...apa pun terima kasihlah kat call man india tu sebab tolong kitaorg

Ayat Seribu Dinar

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,
 

Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.

Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.

Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.

Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MEMAHAMI MAKSUD DAN MENGAMALKAN kandungan ayat ini.


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga :


Terjemahannya :
Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Kesimpulannya, jika ingin murah rezeki dan mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah jadilah orang yang TAQWA dan TAWAKKAL kepada ALLAH.


Wallahhu a'lam (Allah lebih mengetahui).

kredit: Tazkirah

Friday, June 22, 2012

Kenapa tak boleh

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

kenapa dah 2 hari buat entri kat blog ni tak boleh nak upload gambar yer?
ni yg membuatkan mood marah ni huhu.. (^_~)

ada sesaper tahu,mehlah share sbb apa..
bila nak upload jer terus jadi hang,pastu terus tak leh publish..
tengah ada mood nak update blog..
ada plak problem pada blog mummy ni.. sigh

Makanan ringan

 Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

semalam petang lepas jer balik dari ambil si kembar dekat rumah pengasuh teringin nak buat bubur kacang letak durian(durian dr kampung).

pergi singgah kedai beli barang2,si kembar sibuk jugak tangan tu mencapai itu ini,nak bagi diaorg diam,mummy belikan diaorg jajan NINI biskut celup..

kiranya pertama kali mummy belikan makanan ringan kat si kembar..

jom layan gambar si kembar dengan biskut celup NINI


sumber pakcik gugel



Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah dah ok

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Semalam petang masa ambil si kembar dekat rumah pengasuh,masuk jer umah kak ton,si kembar mummy tgok tengah tgok luar dari pintu pagar nak ke beranda,nampak jer mummy sampai,dua2 terkedek2 berjalan menanggis dapatkan mummy,padahal ok jer,menanggis mengadalah tu satu hari tak jumpa mummy..

dua2 mummy dukung,senyum mengada dua2 beradik kembar ni,abg aiz yg ikut mummy ambil si kembar pun,si kembar hulur muka suruh abg aiz cium,mengada sungguh si kembar mummy..mummy tanya dengan kak ton,diaorg ok tak,kak ton bgth biasalah budak2,kat tempat baru mmg menanggis,pas tu oklah diaorg..siap gelak2 lagi.
Syukur Alhamdulillah,wpun, bayaran upah tuk jaga si kembar RM600.00 paksa rela jugalah mummy ni..huhu(dah test minta kurang,tapi tak berjaya) .

sampai jer rumah mummy tgok bubur yg mummy bekalkan pagi tadi,sikit jer terusik,dalam hati tak bagi makan ke?? abaikan jer... ayah buatkan bubur suruh mummy suapkan si kembar,penuh bubur dalam mangkuk besar,mummy bagi si kembar,laju saja diaorg makan mcm lapar sgt,sbb masa bibik jaga biasanya siang si kembar makan nasi 2 kali,malam sekali..mummy bagi makan tak sampai setengah jam,habis licin satu mangkuk,ayah cakap lapar betul anak2 kita,tak bagi makan ke?? mummy no komen,sbb mummy tak nampakkan,adatlah bagi org jaga,belum tentu semuanya sempurna..

kalau mummy jaga sendiri mungkinlah kita main paksa jer diaorg makan,kalau org jaga ni,bila dia tgok budak tu mcm makan main2 terus jer dia pun stop bagi makan.. apa pun kena pasrahlah...

lepas jer makan,mummy pergi cuci punggung si kembar n tukarkan diapers,mummy baring n bagi diaorg breasfeed,masa menyusu tu dua2 lentok tertido,kesian anak2 mummy,nampak muka penat + kekenyangan kut...

pagi tadi masa hantar untuk hari kedua,masa nak tinggalkan diaorg kat rumah kak ton,diaorg menanggis jerit2 sebut mak..mak...mak.. sian weh..macam tak terlangkah kaki ni nak meninggalkan si kembar,tapi, mummy perlu berkerja untuk diaorg juga...
apa pun mummy sentiasa doakan yg terbaik untuk si kembar + sayang kamu berdua sangat..begitu juga kat ank2 mummy yg dua org lagi abg aiz n abg joe..miss u so much..

daniel & miqael

abg aiz & abg joe

 nyawa mummy buat selamanya...

Tuesday, June 19, 2012

Pagi yang tenang

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Pagi ni,hantar si kembar kat pengasuh baru lagi,pengasuh yang semalam tak mahu terima aka si kembar kena reject huhu..boleh baca kat sini ..

masa hantar pagi tadi si kembar menanggis,berat hati ni nak tinggal takut jadi mcm semalam,tapi, mummy kuatkan hati n tawakal jer kat Allah..Mudah2 an segalanya ok2 jer..

baru sekejap ni mummy tepon pengasuh baru(kak ton) dia bgth si kembar adik saja yg menanggis duk jer depan pintu,si kembar abg sibuk bermain dengan seorg lagi kanak2 yg kak ton jaga..kak ton bgth tak payah risau dia boleh handle budak2 tu, InsyaAllah..

Lega sikit hati mummy bila dengar macam tu,mummy berdoa kat Tuhan,agar anak2 mummy boleh memahami mummy yang perlu pergi berkerja untuk mencari rezeki. Harap tuhan perkenankan..

Tapi, kak ton ni, dia dah bgth awal2 yg dia selalu cuti,sebulan 2 kali wajib cuti untuk check up n kalau dia demam pun dia akan cuti... pening jugak sebenarnya kepala mummy ni,sementara ni oklah dia jaga si kembar tu,tapi, mummy still cari pengasuh lain..bukan apa, kalau selalu sangat cuti mummy juga yg susah kena  ambil cuti sekali,dahlah cuti mummy tinggal berapa hari lagi,tu tak termasuk si kembar kena buat rawatan susulan kat pkar 3 bulan sekali,tak termasuk cuti bulan 11 ni jumpa pakar mata, si kembar punya temujanji..dahlah semua rawatan susulan kat hospital batu pahat.. hari temujanji hari khamis,otomatik hr jumaat pun ambil cuti..tak kan nak berulang alik batu pahat - putrajaya..

Monday, June 18, 2012

Tak Nak kak..Memang tak nak

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

pukul 9am, pengasuh si kembar call,bgth 1st twin mmg tak mahu berhenti menanggis sampai dia pun tak tahu nak buat apa,suami dia yg patut masuk kerja pukul 8:00am pun tak pergi kerja lagi,mummy call ayah,15 panggilan mummy buat ayah tak jawab,bagi mesej pun tak berbalas..tak boleh jadi ni,nak tak nak mummy keluar opis,terus pergi rumah pengasuh..

sampai jer depan pintu rumah,mummy dah dengar suara si kembar menanggis terjerit2,dalam hati,anak2 ku, sungguh2 menanggis kamu berdua..mummy call bgth mummy dah kat luar pintu. mummy masuk jer dalam,si miqael n daniel dah kejar mummy,muka miqael dah pucat lesi,mata dah bengkak merah,dah mcm org sakit dah mummy tgok,bayangkan 2 jam setengah nanggis tak berhenti..wui sayang mummy ni..si daniel mata merah juga menanggis,tp, pengasuh cakap daniel ada juga diam,tp, miqael mmg tak diam langsung,masa mandikan pun dia tak benti menanggis..

dua2 dah duk kat pangku mummy,paling teruk si miqael,erat peluk mummy macam bertahun tak jumpa,padahal baru 2 jam setengah,pas 2 minit kat pangku mummy,boleh dia senyum + gelak2,memang bertuah sungguh si kembar mummy ni. Tak lama mummy kat situ ayah datang,ayah bagitahu,ayah tak dengar bunyi telefon sb ayah tertido,sbbnya malam tu ayah tak tido layan bola punya pasal + layan si miqael yang tak mahu tido..

masa ayah sampai tu,ayah tengok muka si kembar sorang2,nampak air muka ayah cam geram jer dgn si kembar,tp, ayah diam jer..masa ni mummy dah pening sangat kepala,mana nak cari pengasuh lain plak,kalau cari pengasuh lain,mesti menanggis juga.

lepas dah duduk bersembang itu ini,ayah kata kita baliklah dulu..
mummy tanya sekali lagi kat pengasuh tu(Ana).."macamana ana,boleh tak jaga si kembar esok ni"... air muka dia mummy tengok macam serba salah juga..last2 dia cakap juga " Tak nak kak..memang tak nak"..mummy dah agak jugak jawapan tu "test lagi satu hari ana"... " maaf kak,memang tak nak,bkn apa, takut jadi apa2 masa diaorg nanggis tu,karang ana yg akak salahkan" sambil senyum ana bgth, mummy pasrah... tapi, ok juga ana bgth mcm tu,setengah org main ambil jer janji dapat duit..

mummy minta izin untuk balik,mummy bagi sedikit upah untuk jaga 2 jam setengah dengan kerenah n ngaruk si kembar..anak menolak,dia bgth "tak payah kak,ana yg minta mf sbb tak boleh nak jaga ank2 akak,ana takut jadi apa2,lagipun ana mmg tak pandai nak pujuk mcmana lg" mummy faham,lagipun ana masih muda n baru anak sorang,satu, lagi anak2 lain yg dia jaga pun kecik2 mungkin susah dia nak handle si kembar.masa mummy nak balik tu,ana tarik tangan mummy." akak ana minta maaf tau tak boleh jaga,lepas ni kalau jumpa jgn tak tegur ana,ana minta maaf banyak2" mummy senyum,mummy bgth dia " kenapa plak akak tak nak tegur kamu,bukan kamu buat salah dgn akak," apalah ana ni kelakar betul..

si kembar kememeh
sampai dalam lif, ayah bebel kat si kembar " miqael,daniel.. tak kesian kat mummy ke? kenapa buat perangai,tahu tak mummy tido pukul berapa malam tadi? pukul berapa mummy bangun nak siapkan makanan(bekal) kamu? tido pukul 3.30am bangun plak pukul 5:30am.." mummy just senyum jer dengar ayah bebel kat si kembar..tapi, si kembar tu baru 1 tahun 3 bulan so, mmg tak faham pun kalau kena bebel..huhu muka don't know jerlah dua beradik tu..

Pagi yang suram

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

pagi-pagi hari ni airmata mummy dah mengalir,alahai mummy ni pagi2 dah beremosi bagai..bukan apa, pagi ni,hari pertama hantar si kembar kat rumah pengasuh baru.
dahlah masa mummy nak tinggalkan diaorg tadi,dua2 menanggis...

risaunya hati mummy ni,kalaulah diaorg terus menanggis,tentu si pengasuh tak sangup nak jaga,dahlah pengasuh tu jaga 3 org budak yg lain,semuanya kecik2..memang tak menang tanganlah gamaknya...

Ya Allah,permudahkanlah segalanya Ya Allah ...

tengah mummy buat entri ni,pengasuh call,dia bgth si kembar menanggis saja silih berganti,dia dah tak tahu nak buat mcmana,Allahu Akbar, mummy bgth kat pengasuh tu,tgu sehingga 8:30am kalau tak ok jugak,mesej saja mummy,takkan mummy kena cuti?? kalau dia tak sanggup jaga,nak hantar pada sapa??

rasa nak berhenti kerja je?? perlu ke berhenti atau ambil cuti tanpa gaji?? tapi, boleh ke ambil cuti tanpa gaji?? HR bagi ke??

Ya Allah semoga anak2 ku boleh diam n terima,mungkin si kembar terperanjat kut duk umah lain,pengasuh lain..

Friday, June 15, 2012

Minggu cari Pengasuh

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

minggu ni memang minggu yang sangat2 sibuk mummy rasa,dari hari selasa lagi mummy dengan ayah ke hulu ke hilir keluar masuk taska,keluar masuk rumah orang..bukan sebab kami ni penyelia nak sibuk2 keluar masuk taska dan bukan jugak penyibuk nak keluar masuk rumah orang,tapi, tengah mencari org yang boleh jaga hero2 mummy start hari isnin ni.

Taska yg kami pergi redah Taska kat JPN,Taska Si Comel Wisma Tani n Taska Cendekiawan Educare PPj, semuanya mengecewakan hati mummy n ayah sebab dah penuh,kat Si Comel ada kekosongan untuk abg aizz,susah pula rasanya,adik si kembar ke tempat lain,si abg pula kat tempat lain..

Dapat tahu daripada kawan pula ada sorang kakak ni jaga budak sorang jer,mummy pergi redah juga,tanya punya tanya akak tu setuju,tapi, dia bgth yang dia kena cuti dalam sebulan tu 2 kali sebab nak check up sakit jantungnya n kalau dia demam dia juga akan cuti..mummy dah mula risaulah juga,cuti mummy pun dah tak banyak,kalau akak ni selalu cuti,susah jugak mummy,disebabkan tu jer pilihan mummy terimalah jugak..dalam masa yang sama mummy bertanya jugak mana2 insan untuk jadi pengasuh, sebelum isnin depan ni 18/6/2012.

semalam balik dari kerja mummy pergi satu rumah ni plak,tanya punya tanya,yes dia kata tak kisah,boleh jer hantar,syukur sangat..ayah kata oklah tu mummy sbb pengasuhnya pun masih muda,kuat lagi,bolehlah kalau nak jaga anak2 kita yg aktif2 tu...huhu..

mummy harap sangat pengasuh yg baru ni bolehlah jaga anak2 mummy dengan ikhlas,mummy tak nak macam bibik sekarang ni,setiap kali mummy balik jer dari kerja,belum sempat duduk,mesti bibik bebel kata anak2 mummy kurang ajar n tak dengar cakap,padahal bibik tu yg pemalas..

Ya Allah aku bermohon padaMu agar anak2ku serasi dengan pengasuh baru ni,agar hati ini tenang setiap kali melangkah ke tempat kerja n semasa kerja.Amin..

Berbaloi dengan Comfort Ultra

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

mgu lepas masa berjalan-jalan ke blog kawan2 terpandang satu entri yg agak menarik minat mummy, blog izan ishak  cerita mengenai pelembut fabrik comfort ultra. mummy pun masa pergi shopping barang rumah hari tu, pergilah juga cari comfort ultra ni,ayah macam biasalah nak ambil pelembut yang biasa kami guna..

mummy terus jer tarik tangan ayah suruh letak semula,mummy cakap kita guna comfort ultra nak? tukar selera.. ayah cakap ok ke? mummy kata kita cubalah  baru tahu ok ke tak..

keputusannya mmg berbaloilah,mummy basuh semua sarung bantal,bau wangi tu memang tak hilang pun walau dah seminggu,baju dalam almari pun wangi jer,tak payah nak letak perfume bagai...terima kasih izan dan terima kasih comfort ultra..


Monday, June 11, 2012

4 Hero @Tasik Y

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

hari minggu yang lepas 10/06/12 mama n abah ajak mummy n 4 hero mummy pergi Tasik Y kat Batu Pahat, memang tu lah rutin abah kalau hari ahad memang suka bawa cucu n anak2 ke sana,sejak abg joe tinggal kat kampung,abah cakap  Tasik Y lah tempatnya setiap hujung minggu.

tak der apa pun nak cerita saja nak kongsi gambar gelagat 4 hero mummy, sepanjang kat tasik Y..


teruja sangat ke hulu ke hilir,terjatuh plak,cik emmy tolong angkat

nak juga buat tapi, tak reti hehe

Lepaskan kami,kami nak main
Tak terkejar nenek nak layan kamu semua

Teruja sorang-sorang

Lepas ni kalau balik kampung,wajiblah bawa diaorg bergumbira,tu pun kalau isnin mummy ambil cuti,kalau isnin tak cuti maknanya hari ahad tu kita on the way balik putrajayalah anak2ku

Friday, June 8, 2012

Sedih dan Doa Nabi Yunus AS

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Bila kita dalam kesusahan n kesedihan kebanyakkan daripada kita suka mengeluh.. Dosa sebenarnya kalau kita mengeluh,tapi, kita ni manusia biasakan..mummy pun kadang2 termengeluh jugak tanpa disengajakan..

selepas ni apa pun kesusahan, keperitan ataupun kesedihan yg melanda diri kita..
bacalah ayat kat bawah ni,jadikan zikir harian pun tak per,dalam kita tengah buat kerja bacalah dalam hati sebanyak mana pun yg boleh.. InsyaAllah, Tuhan perkenankan.



لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ


La ilaha illa anta.subhanaka inni kuntu minaz zolimin


Maksudnya:
"Tidak ada Tuhan sebenarnya disembah melainkan engkau,Ya Allah.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim"




* peringatan buat mummy juga.

semoga terus kuat mengharungi liku2 kehidupan







Pengasuh untuk anak-anak mummy

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

malam tadi masa bersembang dengan bibik,tiba2 bibik cakap dia nak berhenti,dia tak larat nak jaga si kembar dengan abg aizz lagi.. terdiam mummy seketika..Allahu' akbar dugaan lagi.mummy tarik nafas,mummy senyum jer,mummy cakap kalau dah tu yg dia nak,mummy tak boleh nak halang.lagipun mummy pun sebenarnya dah tak larat nak bela bibik ni lagi.

mummy tanya dia apa sbb yg kukuh untuk dia berhenti,tak sangka bila ayat yg kuar dr mulut bibik, bibik bgth dia tak tahan duduk rumah mummy bila ada ayah,bibik tak sanggup tgok anak2 mummy selalu kena pukul dgn ayah,dia tertekan bila tgok semua tu..setiap kali budak2 kena pukul,dia sedih sgt2,dia bgth juga kat mummy kenapa selama ni dia minta keluar sabtu ahad,dia minta keluar sbb dia nak tenangkan fikiran dia cakap,apa2lah bik. bibik bgth yg dia tak faham dgn perangai ayah,bila baik,baik sgt,tapi, bila panas barannya naik semua dimarah sampai tak ada sorang pun yg terkecuali dalam rumah tu, bila bibik dah bgth mcm tu mummy fahamlah.

sekarang ni mummy tengah fikir saper nak jaga anak2 mummy,peningnya kepala otak mummy nak fikir semua ni,iyerlah kalau nak hantar taska,mummy nak bawa naik apa? mmg boleh bawa naik bas,tapi, mcmana mummy nak dukung si kembar,dgn nak pimpin tangan abg aizz lagi..susahnya,kalau nak hantar rumah orang pula,semua tak sanggup bila mummy bgth yg mummy balik kerja pukul 7:00pm.

ada sesaper tak ek yg nak jadi pengasuh ahad petang datang,jumaat petang boleh balik,yg datang pagi balik petang pun tak per,yang nak tinggal duduk umah mummy pun tak per..

4 hero izz (jaga 3 org jer,yg sorang mmg duk kampung)
harap sangat ada yg nak jaga anak mummy sebelum 16hb jun 2012


* biar apa pun orang cakap pasal ayah,cakaplah mummy tetap sayang n cintakan ayah,mmg ayah mudah angkat tangan dgn anak2,kadang2 mummy pun tak faham,tapi, ayah pernah bagitahu mummy yg ayah ader trauma dari kecik... entahlah. apa pun doakan kebahagiaan kami sekeluarga.

Monday, June 4, 2012

Izzuan @ Abg Joe masuk ward Part II

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

1/6/2012 pagi ni dalam pukul 4am abg joe bangun menanggis masa nurse bagi antibiotik n ubat demam. cek suhu 37.6'c,masih ada demam lagi.lepas tu abg joe tido semula,pukul 6 lebih abg joe bangun minta susu.

pa minum abg joe tido semula,mummy punya breast time ni sakit sangat,mana taknya satu hari  setengah tak menyusukan si kembar,pergi kat tempat nurse tanya ada tak pam susu,dah tak larat mummy,mcm nak  demam pun ada menahan sakit.nurse bgth ada kat wad 2B,nanti dia kol kan pastu mummy g lah pam kat sana..

sampai jer kat wad 2B,dah tak lengah2 lagi,sementara abg joe tido, mummy g lah mengepam,Alhamdulillah pam elektrik Symphone 2.0 medela,senang n mudah,tak menyakitkan pun.dapatlah 10oz..

bila dah siap tu cepat2 mummy pergi wad 2C semula,sampai jer pintu bilik tgok abg Joe dah nanggis,sian anak mummy,mummy g toilet ambil kain basah lapkan badan abg joe,tukarkan pampes,tukarkan baju,nampak ada ok sikitlah dari semalam.

time doktor round,doktor bagitahulebih kurang pukul 5 pm berkemungkinan abg joe dibenarkan keluar. syukur kat Tuhan,mummy call bibik tanya macamana dengan budak2 dekat rumah,boleh plak dia bebel bgth dia penat siang malam jaga budak2,Allahu' akbar,kenapalah mummy dapat bibik yg tak ada rasa kesian kat mummy ni,dahlah semua mummy buat sendiri,dapat bibik pula yg tak mahu bertolak ansur.Syukur juga hari ni boleh keluar wad.

Dalam pukul 1:00pm kwn mummy datang melawat abg joe (siti aminah abdullah n nor azila ngah),terima kasih sudi jenguk anak mummy + bawa makanan kegemaran abg joe biskut oreo n biskut chipsmore..thanks uols..tapi,masa mereka datang abg joe tido sbb dah dekat 2 jam abg joe menanggis tak benti.mgkin penat menanggis tu yg tertido time mereka melawat..





Dalam pukul 5:30pm,dengan gagahkan diri bawa beg sandang 1,beg besar kat tangan 1belah kiri,dukung abg joe belah kanan(abg joe tak boleh jalan sbb badan dia lemah).Semua nurse kat dalam wad 2C tu abg joe cakap terima kasih + lambai2kan tangan + dengan senyum abg joe yg manis tu. Masa kat dalam lif, mummy turunkan abg joe kejap,lenguh tangan kekdahnya..masa tu, adalah pasangan suami isteri ni tgokkkan kami,

si suami: balik mana ni,?
mummy: balik Presint ..
si suami: suami tunggu kat lobi yer?
mummy: tak lah,balik naik teksi.
si suami: dah kol teksi.(masa ni si isteri dah mcm nak cakap sesuatu)
mummy: belum lagi, turun bawah kang baru nak kol.
si isteri:  tak pelah dik,tumpang kitaorg jer,kitaorg pun nak menghala ke sana?
mummy: tak perlah kak.sy naik teksi jer,kesian kat akak nak berhantar kitaorg.
si suami: sini adik acik dukung( abg joe geleng kepala), sini beg tu biar saya bawa(sambil hulur tangan untuk ambil beg pada tangan mummy).
mummy: hmmm...terima kasih banyak2
si isteri: takperlah dik,kitaorg pun sama jalan ke tempat awk,kesian awk bawa barang2 dgn nak dukung budak lagi.

serius mummy malu sangat time ni,mummy sebenarnya tak baper suka bila org simpati dengan mummy,mummy takut bila ramai sgt yg simpati, mummy jadi tak kuat,tak tabah mcm skrg. akak tu kerja kat SMK Presint 9(1),tak sempat nak tanya nama akak tu.terima kasih banyak2 dari mummy.

sampai jer rumah,abg aizz terus cium abg joe,tanya "joe sakit" sian abg aizz sayang dia kat adik dia,si kembar tak sempat mummy nak duduk dah kejar minta susu.duduk terus kedua2nya tarik baju,sabar jerlah..lepas mandi abah telefon beritahu abah nak datang malam ni.Alhamdulillah,gembira bila dapat tahu abah ,mama n emmy nak datang,ada jugak kekuatan mummy malam ni..

Izzuan @ abg Joe masuk Wad

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

31/5/2012 pagi tu masa nak pergi kerja mummy rasa dahi abg joe,panas,Ya Allah, demam ke anak mummy ni,biasanya kalau abg joe yg demam mesti sekejap jer,pastu eloklah,so, mummy pesan kat adik mummy cik ziera suruh bagi ubat demam n tuamkan air kat dahi..mummy terus jer pergi kerja,sbb yakin mesti demam biasa.

pagi tu ada majlis hari ibu yang opis mummy buat kat Taman Wetland Putrajaya,konpiden jer mummy join majlis tu..dalam pukul 9:30am,cik ziera call,bgth badan abg joe makin panas,hati mummy time ni dah ader rasa risau,risau jadi macam abg aizz,demam terus tarik(sawan),mummy bgth cik zira minta tlg dia mandikan abg joe sampai mengigil..pastu bagi ubat..tak lama lepas tu, cik zira mesej bgth abg joe tak mahu makan ubat..bertambah tak sedap hati ni..

mummy call cik ziera minta dia pergi kedai bawah belikan kool fever,dalam lebih kurang pukul 12:00tgh,mummy call cik ziera,dia cakap abg joe kaki n tangan kejang2,badan lemah,mata layu,panggil pun tak menyahut...Ya Allah anak mummy,Alhamdulillah majlis habis awal,sampai jer opis minta tolong kawan mummy (siti aminah abdullah) hantar mummy balik rumah.sampai rumah mummy gok abg joe dah merah cam kena bakar,panas badan abg joe pun tinggi,bila mummy dekat macam bau benda hangit dah..wuii panas benar ni...

mummy pergi mandi n bersiap,telefon teksi,tak sampai 10 minit teksi dah sampai depan rumah.terus bawa abg joe pergi kat bahagian kecemasan & trauma Hospital Putrajaya,sampai2 terus cek dengan MA,tinggi tu suhunya 40.3'c. terus bawa masuk kat bahagian semi kritikal,doc tanya itu ini,masuk ubat bontot paracetamol 250g..sian mummy tgok abg joe menanggis,jerit2 sebut nama mummy,nak mengalir air mata..kesian anak mummy.masa nak pasang 'drip' n ambil darah doktor suh mummy tgu luar dari katil abg joe,masa ni mummy dah tak sanggup nak dengar abg joe terjerit2 menanggis panggil mummy.sedih n hiba sgt hati ni.

doktor suh masuk wad Day Care kat kecemasan tu,sementara tunggu keputusan darah..lebih kurang 3 jam kat day care, nurse suh naik wad 2C..kena duduk wad?? mummy dah binggung,macamana dgn si kembar kat rumah,kesiannya 2 hari tak menyusu badan.barang2 ag joe n baju mummy pun mummy tak standby,adapun pampes n sepasang baju abg joe..siapa nak hantar baju ke sini yer..
nak suruh cik zira yg hantar,mana cik zira tahu nak naik bas ke hospital..binggung..call ayah bgth yg abg joe masuk wad,boleh plak ayah tanya,"ayah nak kena balik ke?" aduhai syg,anak masuk wad ni,perlu ke tanya mcm tu..

mummy tak jawab pun apa2,malas nak bersoal jawab,bgth nurse bolh tak mummy tinggal abg joe sendiri sbb mumy nak ambil pakaian,nurse tak bagi sbb takut doktor round atau abg joe menanggis,boleh menganggu patient lain.binggung sangat time ni,mesej kat ayah,mumy nak minta tolong abg depan rumah hantarkan pakaian,so, minta tolong bibik siapkan barang2 keperluan..tak lama mesej macam tu ayah telefon bgth yg ayah on the way balik Putrajaya.tarik nafas lega time ni,iyerlah mummy mmg drop bila anak sakit,kalau ada ayah ada juga kekuatan mummy..

Dalam pukul 9:00pm ayah sampai kat wad 2C, ayat pertama keluar dari mulut ayah,kat bawah ada abg Sani(kwn ayah),ayah sekejap jer ni,pastu ayah kena balik Johor semula. nak menitik air mata bila dengar mcm tu,tak kesian ke kat mummy n anak2,paksa rela tabahkan hati walaupun hakikatnya hancur lebur hati seorg isteri,sementara ayah ada tu mummy pergi bersihkan diri,dalam pukul 10 lebih gitu ayah minta izin balik,ayah bagi duit kocek sikit tuk tambang teksi kalau keluar hospital n keperluan sepanjang dekat hospital..

mummy kuatkan hati tanya kat ayah,tak kesian ke kat mummy n anak2,masa tu terus laju airmata mummy mengalir,sedih ok..ayah bgth bukan tak kesian tapi, ayah perlu kemas barang untuk event kat Batu Pahat..mummy tak mampu nak cakap apa time ni,hanya mampu tertunduk saja.

lepas ayah balik tu,doktor suh bawa abg joe masuk bilik rawatan,doktor nak ambil darah n bagi antibiotik,mummy kena tunggu kat luar,dengar semula abg joe jerit2 sebut nama ayah,dlm setengah jam pastu mummy dengar abg joe jerit plak nama mummy..sayu semula hati ni..semoga mummy terus tabah hadapi semua ni seorag diri..masa nurse panggil suruh mummy masuk bilik rawatan untuk angkat abg joe,mummy tgok abg joe tersedu2 sampai lemah badan,peluk mummy erat sangat,kesian anak mummy,tak sanggup tgok anak2 sakit.

mummy bawa pergi katil,tgok mata abg joe tercari-cari sesuatu,mgkin cari ayah agaknya,tapi, abg joe tak cakap pun,punya tercari2,tak perlah abg joe,biar apa pun mummy setia kat sisi abg joe,jgn risau. mummy dodoi abg joe sampai tertido..abg joe ajak mumy baring n peluk kat sebelah dia,bayangkan katil yg kecik tu mummy baring sekali..pas dia tido mummy turun kat kerusi n sandarkan badan berehat sekejap..tgok kat mata abg joe ada air jernih mengalir,mungkin sisa air mata menanggis masa ambil darah tadi.


bersambung Part II

Petua Untuk Anak Hyperaktif

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,


Tengok kat list blogger yg mummy follow blog mamakembar3 ada tajuk entri berkenaan dengan anak Hyperaktif, saja nak share info ni untuk kekawan semua n untuk mummy jugak,memandangkan mummy ni ada 4 hero,tapi, mummy tgok yg ada simptom hyperaktif ni si kembar mummy budak berdua tu.

wui, naik pening jugak nak kawal,mana taknya semua benda dipanjat,hampir setiap hari ader jer benjol baru kat dahi,calar kat muka dengan tangan lagi.Semoga petua ni dapat membantu mummy n uols k.

info ni mummy copy & paste dari blog mamakembar3
___________________________________________________________________

Edu Cahayaku, salah satu siri buku-buku yang anak-anak aku guna untuk pembelajaran semasa mereka diperingkat tadika. Pengasasnya Chahaya Abdul Manan.

Mohamad Shuhmy Shuib, penceramah untuk bimbingan, kaunseling dan motivasi. Lawat facebook fan pagenya di Bimbingan dan Lathan Pekerja/Pelajar atau facebooknya sendiri, Mohamad Shuhmy Shui
___________________________________________________________________  
 
balik kerja karang nak pi singgah alamanda,cuba cari grape seed oil,tapi, untuk baby 14 bulan boleh ke? takper leh tanya kat org farmasi tu..thanks yer mamakembar3 share info ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX