Google Website Translator Gadget

Wednesday, November 30, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Nur Qistina Elyssa


Baru kejap tadi mummy call mak usu(adik ayah yg bongsu)...

mak usu kamu baru jer bersalin 7 November 2011 yg lepas.. sejak mak usu bersalin sampai hari ni mummy masih tak ada lagi kesempatan nak lawat dia n baby..bukan apa, mak usu duk johor mummy duk putrajaya..wui jauh tu.. nak minta cuti, cuti tahun tgal satu hari...

so, kenalah tunggu cuti krismas akan datang, tu pun kalau ayah bawa pergi sana(rumah atok) kalau tak mmg entah bilalah nak jengukkan.. yang bestnya mak usu dapat baby girl..mmg sebelah ayah ramai yg dapat anak girl..tapi, mummy maybe banyak ikut belah mummy agaknya..kalau ikut belah mummy mmg ramai anak boy, lagi2 belah tok abah mmg majoriti lelaki semua..tak perlah janji Tuhan bagi rezeki anakkan...

masa mummy tanya nama baby,mak usu cakap baby nama Nur Qistina elyssa..tang Qistina tu yg mummy teruja sikit..mummy teringin sangat kalau ada anak gegirl mummy nak namakan Qistina,sbb tu nickname mummy (mummyqis).. mummy siap pesan lagi kat mak usu jgn panggil qistina,panggil elyssa..hehe..tapi, mummy ni berangan jer lebih entah bilalah nak ada rezeki baby gegirl.. apa pun lau tak dapat baby girl mummy tumpang kasih sayang dengan baby mak usu lar Nur qistina Elyssa

4 HEROES @Alamanda

semalam cuti ganti Awal Muharram 1433Hijrah..

pagi2 mummy dah siapkan si kembar..nak pergi alamanda sbb dah janji dgn abg aizz..ikutkan ptg ahad lagi nak pergi alamnda tapi, call cab, operator ckp satu cab pun tak ada...so, nak tak nak terpaksalah buka baju semula abg aizz dah buat muka nak nangis...so, mummy terpaksa janji dgn abg aizz nak bawa esok paginya(semalam).. tapi, abg aizz ckp pergi naik bas... aduhai syg mana boleh naik bas..macamana mummy nak bawa stroller ngan bawa si kembar lagi,dgn bawa adik kamu sorang lagi si joe...



abg aizz


berbalik pada citer mummy dah siapkan si kembar, bila si kembar dah siap mummy kejutkan abg aizz n abg joe..tgok muka abg aizz mcm malas jer nak bangun..rupanya si abg joe lg teruk..boleh bangun pastu landing plak kat tilam lain dan tido semula..aduhai laling2 mummy ni..nak kena babap agaknya sorang2..



abg joe

pendekan citer,dah semua siap,ops lupa cik zira pun ada jugak join..kalau mummy sorang tak bolehlah,mcmana nak handle kamu berempat..silap haribulan mummy nangis sorang2..cik zira handle dua hero yg besar,mummy plak handle 2 hero yg kecik..call teksi centre,operator cakap tgu sekejap ye puan nanti teksi sampai...tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak..dalam 5minit tu..ada panggilan masuk... nak tahu dia cakap apa..." maaf puan tak ada satu teksi pun yg balas panggilan" wuiii..........nak nangis rasa..semua dah hensem2.. nak tak nak kena naik baslah juga...

Episod naik bas plak...masa bas sampai tu,cik zira naikkan 2 hero yg besar..aduhai si joe menanggis mcm org kena pukul...mengigil2 dia,takut naik bas gamaknya..alahai anak mummy sorang ni..dah selalu sgt naik kereta bila naik bas jd cam kena histeria.. si abg aizz sukalah sbb dia mmg minat naik bas(pernah hidup susah dgn mummykan syg)..bila 2 hero besar sudah naik..cik zira turun amek si daniel, mummy pegang miqael..uh nak tutup stroller plak susah sbb dah pegang si kembar.. nak nangis rasa..dahlar dalam bas si joe dah terjerit2 menangis..kelam kabut jadinya..

Alhamdulillah, ada insan baik hati dalam bas tu turun dan berikan pertolongan..terima kasih sgt kat insan tu..tak sempat nak tanya nama cuma ucapan berbanyak terima kasih jer yg mampu diperkatakan.. masa nak turun bas pun insan ni tolong turunkan stroller dulu atas jaln..Ops lupa.. dalam bas si joe peluk erat kaki mummy takut sgt dia..kat kaki joe,kat tangan miqael..apa pun misi nak ke alamanda tercapai..

Sampai jer terus cari tempat makan..mummy malas nak g tempat makan yg heavy..so, mummy cari fast food jer...mummy fikir abg suka burger..nak g mcD penuh betul org..so, mummy g jer Burger King..si hero2 besar berselera makan..si kecik pun boleh tahan juga,nak tahu apa yg si kembar suka n siap nangis2 lagi..makan aiskrim...nasib baik ayah kamu tak ada,kalau tak mahu kena marah baru 8 bulan dah bagi makan aiskrim..untung kamu berempat,kalau ayah tak ada mummy kamu ni sumbat jer apa2 dalam mulut kamu yg penting bersih n halal..

pas2 siap makan..pusing2 g carefour cari susu kamu berempat ....pusing2 lagi n balik...time balik ni mummy ambil jer cab...trus hantar sampai depan rumah..






sampai jer rumah..mandi2 kan kamu...buatkan susu panas...so, semuanya tido kepenatan...sian hero2 mummy tercinta..per pun mummy sayang kamu sgt2..love u syg sbb tak banyak ragam sepanjang kita keluar..mummy bangga sbb mummy boleh bawa kamu berjalan,w'pun tanpa kenderaan sendiri n tanpa ayah disisi..thanks juga kat cik zira...

Wednesday, November 16, 2011

Rahsia Pengikat Kasih

Tadi masa mummy tgok2 mesej dalam inbox facebook ada kawan yg bagi info ni kat mummy..mummy nak share kat kengkawan di luar sana bagi sesiapa yang masih belum mengetahui tentang perkara ini


"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39



"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."


Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami/isteri, bacalah kedua ayat ini.

Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik

kembar dah 8 bulan

pagi tadi bawa kembar pergi klinik buat rutin check up,letihnya rasa apa taknya kena bawa satu2..

pagi2 mummy dah mandikan kamu berdua sebelum pergi hantar pengasuh..sampai rumah pengasuh mummy bawa daniel pergi klinik dulu..suka daniel mummy bawa naik bas..macam org tak pernah naik kenderaan lagaknya...toleh kiri kanan ,terlompat2..wui hampir terjatuh kamu tau....sampai jer kat office mummy,mummy pergi scan card pastu terus bawa kamu pergi klinik...


Izz Muhammad Miqael (1st twin)

sampai2 jer kat klinik, penuhnya org...alamatnya berjamlar ni..aduhai kejap lagi nak amik abg kembar kamu plak, dekat pukul 10am baru siap,berat daniel 7.0kg tinggi 65cm, anak mummy dah 8 bulan baru 7kg alahai teciknya...ambil temujanji untuk next check up 11.01.12...dah siap tu mummy call teksi,dalam 5minit teksi sampai,terus pergi rumah pengasuh,mummy cakap kat kakak yg memandu teksi tu,suruh dia tunggu sekejap sbb mummy nak ambil sorang lagi..



Izz Muhammad Daniel(2nd twin)


sampai rumah pengasuh,miqael auntie ana cakap baru jer tido..nak tak nak terpaksa juga mummy angkat miqael,daniel mummy tgal plak kat rumah auntie ana..dalam teksi miqael dah terjaga dari tidur terpinga2 miqael tgok mummy ada sebelah,sampai kat klinik, kena tgur dgn sorang akak ni,dia tanya 'tadikan anak awk dah cek,kenapa datang lagi,ada masalah ke' hehe mummy senyum, mummy cakap yg tadi tu adik kembar dia,yang ni abg kembar plak nak check up... suka akak tu tgok miqael...

Dalam pukul 11:00am nombor giliran miqael naik,yang miqael sekejap plak, mungkin sbb tadi masa nak hantar daniel balik mummy dah ambil nombor untuk miqael, g timbang 6.9kg lagi kecik dari daniel,ikut pada carta berat miqael tak melepasi garisan kuning,nurse cakap lagi sebulan kena datang lagi sbb nak tgok berat dia... pergi buat temujanji next check up 14/12/2011. Dah siap semua mummy telefon teksi,jenuh berpuluh kali call tak jawab pun..last2 mummy ambil keputusan naik bas je.. kesian miqael,dahlar panas.nasib baik tunggu bas sekejap dah ada.

Sampai jer depan rumah pengasuh mummy dah termengah2,turun naik nafas menahan penat..dahlar dari pagi tak minum or makan lagi..lepas hantar miqael mummy terus balik office beli air n makanan.dah macam setahun tak dapat makan,mengigil dah badan mummy..mana taknya dahlah dari pagi kamu berdua menyusu badan..Tapi, demi kebaikan kamu..tengahari pun tengaharilah(makan) janji mummy dapat tunaikan kewajipan untuk check up kesihatan kamu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX