Google Website Translator Gadget

Wednesday, January 16, 2013

Hamka

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

bait dari Buya Hamka;

Kalau hidup sekadar hidup,

babi di hutan juga hidup.


Kalau bekerja sekadar bekerja,


kera di hutan juga bekerja.


apa maksudnya yer????

Maafkan mummy abang...

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

luahan hati ni khas untuk abang(izz mohamad rayyan)



masih terbayang kat mata n ingatan mummy abang meronta-ronta menanggis merayu n merintih minta nenek lepaskan abang agar abang dapat ikut mummy masuk dalam kereta..sedih + sayu n hiba hati mummy time tu...

Ya Allah andai mummy mampu..mummy akan bawa abang pergi,mummy tak akan sanggup tgok org yg paling mummy sayang..cinta ..dan kasih menanggis tersedu sedan serta merintih begitu... maafkan mummy.. tak pernah terlintas difikiran ni selama ini untuk berpisah dengan abang ..cukuplah masa umur abang 2 bulan ke 5 bulan abang berjauhan..rasanya selepas itu mummy tak sanggup pun berpisah...

tapi, pada akhir november 2012 ada beberapa perkara yang tidak boleh dielak(kalau abang nak tahu,abang tanya pada ayah,hanya ayah saja boleh jawab) dan sejak itu kita berpisah abang..abang kena tinggal dengan nenek kat kampung bersama dengan adik abg(abg joe).. sejak abang berpisah dengan mummy..serasa kosong setiap malam mummy,malahhari2 mummy mcm dah tak ada sape... biarlah mummy yg faham situasi ini..

berbalik pada cerita mula2 tadi...abang malam tu(ahad lepas 13hb 01 2013) tepat pukul 8pm ayah bangundr sofa rumah nenek..serta merta abang tanya ayah nak ke mana,padahal sebelum tu ayah dah bagitahu kat abang yang ayah nak hantar mummy balik putrajaya,mungkin abang tak ambil endah sebelum tu..bila kali ni ayah bagitahu sekali lagi..tak semena-mena abang mula menanggis,abang cakap abang nak ikut balik rumah mummy..terpaksa mummy pergi kat abang mummy pujuk abang yang mummy nak balik,mummy nak cari duit,abang duk rumah nenek,abang kena sekolah.. abang suruh jugak mummy tinggal kat rumah nenek dan abang cakap lagi biar ayah saja kerja..
merintih merayu abang time tu.. (masa ni abg joe tidur)..

ayah suruh mummy terus masuk dalam kereta sambil bawa si kembar... dari dalam kereta mumy tgok abang menanggis sambil tangan abang tunjuk signal tunggu... sambil tu juga abang cakap ''mummy tunggu aiz" Ya Allah hati ibu mana yang sanggup tgok anak mcm tu, mummy keluar semula dari kereta..mummy pergi kat abang ..mummy cium abang..mummy peluk abang..mummy tgok muka abang..mummy tgok mata abang yg penuh dgn air mata..muka abang yg sedih sangat2...mummy hanya mampu berdoa dalam hati,agar dikuatkanhati..mummy tak mahu menanggis depan abang..walau hakikatnya hampir luluh hati ni..hampir terduduk tubuh ni...oh kuatkanlah hatiku..
seerat mungkin mummy peluk abang sambil diperhatikan mama,abah, amy n zira..

ayah cakap mummy kena masuk kereta sebelum abg joe plak bangun... berat hati mummy nak lepaskan pelukan mummy kat abang...mama(nenek) pegang abang.. abang terus meronta-ronta minta dilepaskan..mummy hanya tgok dari tingkap kereta...mummy tahan sebak kat dada,sedaya upaya mummy tahan dari mata ni berkaca..mummy tak nak abang tgok mummy menanggis..takut abang makin kuat menanggis...

abang jerit2 sebut ..ayahhh.... ayahhh.... ayahhhh..... tak semena2 ayah keluar sambil marah2 abang dengan kayu...abang jangan salah anggap..ayah buat mcm tu sbb tak nak abang terus menanggis n meronta2 hati ayah tak kuat..(masa perjalanan ayah cerita kat mummy) tapi, abang tetap juga menanggis.

masa ayah keluar bawa kayu tu...mummy tgok nenek n abah terperanjat..mungkin tak sangka ayah nak buat mcm tu...ayah tak niat pun nak pukul abang cuma nak bagi abang tidak meronta2..sian abah n nenek terkejut...mummy dapat tahu nenek menanggis masa ayah keluarkan kayu tu...mana tak sedih hati nenek seorang ayah sanggup buat mcm tu kat anak sendiri...sian nenek nenggis... maaf mama ..isa tak niat nak kecilkan hati sesaper...

masa kereta berlalu pergi...abang minta nenek lepaskan abang dari pelukan nenek...abang kejar kereta ayah... Ya Allah hibanya hati mummy time tu...bayangkan dalam gelap abang berlari...  abah halang abang dr terus kejar kereta ayah...mesti time ni jiwa abang sakitkan??? maafkan mummy abang...maafkan ayah...

sampai jer kat pekan pagoh mummy mesej kat cik asz..masa ni dah berlalu lebih kurang 40 minit..mummy tanya abang menanggis lagi ke? cik asz cakap abang masih lagi menanggis sambil sebut " mummy tunggu aizz" Ya allah kesiannya abang... maafkan mummy abang..
mummy telefon nenek, nenek bagitahu baru jer buatkan susu... mata abang dah terlelap mungkin letih menanggis...tapi, masih sedu-sedan.. sebak dada mummy...
dalam tak sedar mengalir juga mutiara jernih kat pipi mummy,cepat2 mummy seka...mummy tak nak ayah nampak...biarlah depan ayah nampak seolah2 mummy kuat n tabah...hakikatnya mummy adalah seorang ibu...ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak beratus batu....sedang si kembar duk taska 8 jam mummy rindu...inikan plak abang yg jauh...maafkan mummy abang dan abg joe...

esok siangnya balik jer dari tadika...lepas tunggu cik zira balik sekolah,cik zira cerita abang ,abang joe n ck zira tido sekali..dalam pukul 4pm cik zira cerita,tiba2 abang bangun dan sebut " mana mummy?? mana mummy?" cik zira cakap mummy tak ada,mummy kerja... abang cakap " mummy ada kat sini tadi" mesti abang mimpikan mummy,abang rindukan mummy agaknya sampai bawa dalam mimpi..kesian abang...maafkan mummy sayang...

sejak abang n abg joe masuk tadika, setiap hari abah yang ambil..kesian abah kena ganggu time kerja sebab nak ambil kamu berdua... doakan abah sentiasa sihat n dimurahkan rezeki sentiasa... maafkan akak abah selalu menyusahkan... sayang abah selamanya...
dan sejak abang n abg joe masuk tadika cik emmy n cik asz yang mandikan n pakaikan baju..
mama(nenek) yang akan gosokkan baju abang,kadang2 cik emmy yg gosokkan..kapur kasut plak cik emmy yg buat..terima kasih semua...

cik zira macam biasa...siang malam akan mengasuh abang n abg joe...sian cik zira dahlah tahun ni nak ambil SPM..semoga kejayaan sentiasa jadi milik cik zira Amin...

abg joe n abang

Wednesday, January 9, 2013

BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM. ... BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM. ......




رسول الله يقول من قال" بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في 
 " السماءوهوالسميع العليم
 ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يصبح ومن فالها حين يصبح ثلاث مرات لم نصبفجأة بلاء حتي يمسي




Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)     
Daripada buku  "Iktiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab"  karangan Tuan Guru Dato Dr hHaron Din.Ingin ummu berkosgsi dengan semua pembaca blog ummu berkenaan doa yang tertera diatas.


Dalam buku yang ummu naytakan di atas ,penulis menamakan  memdidnding diri dengan ayat penggerak( " بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في )  
 " السماءوهوالسميع العليم
 cara amalan:
1. Bila kita hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko atau pulang dari rumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko ,maka baca ayat ini tujuh kali 
2. jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaganya ,berehat dahulu.setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan itu.
Kesannya bergantung kepada kayakinan anda pada  Allah semat-mata ...ingatlah semua doa yang kita baca hanyalah ikhtiar kita semata-mata yang menjadikan doa itu berkesan atau dtidak hanyalah Allah jua...
Wallahu'alam.

Sakit Tekak

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Hari ni sakit sangat tekak mummy,rasa macam nak demam jer...
agaknya penat sangat + kurang rehat + kurang tido...
cari kat google petua tuk hilangkan perit tekak..
jumpa plak pasal petua hilangkan batuk n gatal2 kerongkong ni...
kena cuba jugalah petua ni
 
 
 
pic google
 
 
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

 Petua ubati sakit tekak.

Air Garam Ubat Sakit Tekak
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.

Caranya :Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.

Mengurangkan Rasa Sakit Tekak
Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum.

Sakit Tekak Di Waktu Pagi
Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

Lain²
Ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.

Minum air asam jawa. Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

Kemam strepsils/ Fishersman Friends dan yang seangkatan dengannya.
 
 
 

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

"Tidak ada insan suci yang tidak punya masa lampau....dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan...
setiap orang berhak merasai bahagia...."


tajuk  entri kali ni... setia hujung nyawa hehe

mummy sekarang ni ngah layan cerita yg dibintangi ngan pelakon amar asyraf sebagai hero a.k.a zain hakimi..

serius jatuh hati mummy dgn cerita ni.. masa episod 1 n 2..mummy buat tak tahu jer rasa cam tak best n ntah apa2 jer..tapi bila diaorg berkahwin atas kehendak org tua masing2 mummy dah mula jatuh hati tgok cerita ni... rasa mcm kembali ke zaman manja2 ngan hubby dulu memula kahwin...

hahaha memori..memori....
kadang2 bila tgok citer tu serius mummy rasa el tu mcm mummy,tak reti masak,tak reti mengemas... n segalanya tak retilah bab kerja perempuan ni..bkn sbb mummy manja tapi, sepanjang masa mummy sekolah sampailah mummy study kat ipt...mmg masa mummy banyak dgn aktiviti sekolah /kolej... entah apa2kan..
bila kahwin jer ngan ayah(my lovely hubby)..
setiap kalimummy balik kerja dengarlah ayah bebel sebab tempt tidur tak kemas..lantai melekit..dapur plak bersih jer...

yang mummy tahu, "jom syg g kedai tak pun kita tapau jer" hahaha..masa mula2 kahwin ayah follow jer..masuk 2 minggu kahwin barulah ayah cot cet cot cet..

kalau nak tahu ayahlah yg ajar mummy cam ner nak kemas rumah..cara cam ner nak pegang mop...
kalau dulu mummy tahu goreng ayam n ikan jer time masak...sampai ayah komplen.."ini jer yg awk tahu" hahahha... mmg tu jer pun sbb paling senang n ringkas...

tapi, walaupun goreng ayam tetap kena komplen sbb masih ada darah n merah2... ayah ckp goreng ayam pun fail..hahahha... malu ok time tu...
pastu barulah mummy tahu yg ayah ni tukang masak masa kat singapore... hahaha patutlah banyak songeh...

sejak tu mulalah ayah ajar cam ner nak buat ayam masak kari,masak merah,masak kicap n rendang..

dan Alhamdulillah hari ni bermacam jenis masakan mummy dah pandai walaupun tak ssedap ayah masak..haha..tapi, satu perangai mummy dr sebelum kahwin sampailah hari ni mummy mmg tak pandai nak mengemas rumah hahaha...fail selalu...kalau mop mesti ada rasa melekit n basah lantai..kalau ayah yg mop..lantai cepat jer kering tak basah n tak melekit pun.. aduhai tabik springlah kat ayah...

satu lagi yg paling2 mummy tak suka..bukan tak buat tau,tapi tak suka sangat2..lipat baju..hahaha sejak dah  2bulan ayah duk Johor.. serius mummy cakap ada gunung everest kat bilik belakang...ntah bila gunung tu mummy nak tarah tak tahulah...


eh apa mummy melalut ni... aduhai cerita pasal mummy plak..padahal memula nak citer pasal cerita 'Setia Hujung nyawa'..

apa pun mummy mmg jatuh cinta = jatuh hati dengan cerita ni..dgn hero yg sejuk mata memandang + ada aura yg menganggumkan hati mummy ni.. tenang sangat tgok n manja amar asyraf tu...

sikit mengenai latar belakang citer ni..citer yang diadaptasikan dr sebuah novel..


KUALA LUMPUR - Pelakon baru Amar Asyraf atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 26 mula dikenali selepas diberi peluang memegang watak utama seterusnya membintangi drama bersiri Setia Hujung Nyawa terbitan Suhan Movies Sdn. Bhd. Drama adaptasi novel Fatin Nabila ini berjumlah 28 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan sejak 24 Disember yang lalu telah menaikkan nama Amar Asyraf di dalam dunia hiburan tanah air.

Kini bakatnya semakin dikenali dan khabarnya drama ini juga telah mengubah penampilannya kepada tampil dengan imej baru - rambut pendek dan lurus berbanding sebelum ini di mana rambutnya panjang dan berkerinting.

"Asalnya saya memang tak nak potong rambut tetapi apabila berjumpa dengan Amy Maziah yang merupakan ‘orang kuat’ dalam pembikinan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, beliau telah mencadangkan supaya saya memotong rambut kerana ingin menampakkan kelainan dalam lakonan dan juga untuk tujuan ‘branding’. Bila semua sudah dijelaskan dengan rela hati saya memotong rambut ini,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran sidang media drama ‘Setia Hujung Nyawa’ baru-baru ini.

Dalam Setia Hujung Nyawa, Amar bergandingan bersama dengan pelakon remaja, Nellydia Senrose yang merupakan heroin dan diberi peranan memegang watak sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi. Dalam drama ini mereka digandingkan sebagai suami isteri.

Setia Hujung Nyawa mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Drama Setia Hujung Nyawa arahan Amie Maziah turut membariskan antaranya Nelydia Senrose, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith, Ryzal Jaafar dan Bea Rameshan.

kredit: forum.cari
pelakon utama Setia Hujung Nyawa


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013..

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk mengecapi tahun baru 2013...
Selamat tahun baru sayang2 mummy.....

lama rasanya mummy tak update blog...
busy manjang..biasalah november n disember setiap tahun bertimbun2 kerja..
baik kat opis
kat umah...
macam2 semua nak difikir bila dua bulan terakhir setiap tahun...

semua orang ada azam bila masuk tahun baru...
mummy pun ada azam juga..walaupun azam lama banyak lagi tak tercapai hmmm.. :)
Azam mummy tahun ni..


  • nak jadi supermummy...(YES..YES..)
  • nak jadi isteri yg terbaik
  • nak jadi mummy yg paling penyayang
  • nak jadi anak n menantu yg baik hati n rendah hati..
  • nak berjaya dunia akhirat..
  • nak jadi seorang yg kuat n tabah..
  • nak jaga displin kedatangan waktu kerja(sbb selalu dtg lewat hehe)
  • nak jadi seorang yang rajin melipat baju(hahha selama ni serius lipat bajulah benda yg paling mummy tak suka buat)..
  • nak bawa kereta(kena berani sbb dah 4 tahun tak pegang stereng lepas xcdent)
  • nak sambung study(ni azam yg dah bertahun tak tercapai2..harap sangat tahun ni boleh)
  • nak jadi kaya(hahaha)



itu jer kut azam mummy...esok2 adalah tu nak ditambahnya hehe..
apa pun mummy tetap nak jadi seorang muslimah yg taat pada perintah Allah S.W.T dan mengikut sunnah Rasullullah S.A.W.. Amin....

SELAMAT TAHUN BARU UNTK SEMUA DRPD MUMMY N FAMILY




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX