Google Website Translator Gadget

Monday, December 17, 2012

Buat Renungan ibu bapa

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurang
nya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi” 

kredit: tumpang lalu

Wednesday, December 12, 2012

Amalkan Surah Ad Dhuha

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,



Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya, Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
­ Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah,­ jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/­ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah PublisheR

Friday, December 7, 2012

mood positif di pagi hari

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,



 tips untuk mendapatkan mood positif di pagi hari...
.

1) Hindari tidur lewat malam - tidur awal bagus untuk tubuh badan berehat dan mengembalikan tenaga yg hilang di siang hari nya...

2) Pastikan bilik tidur nyaman - letakkan barangan yang boleh menghasilkan memori indah atau sesuatu yg menyamankan/mendamaikan di dalam bilik...

3) Pastikan bilik tidur gelap - untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, tutup la lampu...if tido dalam keadaan cerah walaupun sekadar cerah sedikit, ia tetap menganggu tidur anda...sebab cahaya masih dapat dilihat dari celah kelopak mata...

4) Hindari stress sebelum tidur - unsur negatif boleh menganggu badan dari mendapat rehat yang sepatutnya...maka, silalah tenangkan fikiran sebelum tido yeeee...

5) Siapkan keperluan ke pejabat/kolej di malam hari - preparation awal dapat membantu diri kita mempersiapkan diri dengan lebih awal tanpa stress...so, memang akan ceria je la pagi-pagi sebab dah siap semuanya kannn...

6) Bersyukur - bersyukur lah dengan ape yang kita miliki, kerana dengan bersyukur lah kita dapat tenangkan hati kan...

ni adalah tips-tips yang korang boleh buat sebelum tido...dan dapat bangun pagi dengan happy & ceria...

Tuesday, December 4, 2012

Pesanan Buat para Isteri

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,



  mummy sekadar berkongsi




::Pesanan Buat para Isteri:
Biarpun Suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar..

Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagimana ia masih bergelar suami..
Redha ALLaH adalah selepas redha seorang Suami..
Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga kamu..
Dialah juga yg bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti..
Jodoh kamu dengannya telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi. :)

 





nukilan dari Akhi Shahrul Mizan

Wednesday, November 28, 2012

Rindu

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

gambar2 kat bawah ni adalah malam terakhir(25/11/2012) keempat - empat anak mummy ada di rumah,
esok siangnya abg joe n abg aizz balik kampung .

sekarang ni hanya tinggal si kembar jer dengan mummy, Ya allah permudahkanlah segala urusanku agar satu hari anak - anakku boleh sebumbung denganku....
biarlah mereka membesar dihadapanku..

Abg Aizz n abg Joe, biarpun jarak memisahkan kita, kamu berdua tetap terus bertakhta didalam hati mummy...
rindu n sayang kamu buat selama-lamnya...

4 hero mummy baik jer makan..





  dua beradik(abg aiz n miqael) ni bila nak habis



sayang selamanya buat kamu berempat tanpa noktah....






* terima kasih buat mama, abah, cik boy, cik mimi(emmy),cik asz n cik illa(zira) , terima kasih sbb jagakan anak2 akak...

Tuesday, November 27, 2012

WANITA DAN JANGAN

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,



Jangan pikat wanita 
kalau anda tak bersedia cintakan dia.

Jangan buat wanita
jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.

Jangan memberi wanita
harapan kalau anda tidak pasti.

Jangan sakitkan hati wanita
kalau anda tiada hati untuknya.

Jangan mainkan perasaan wanita
kalau anda tiada perasaan untuknya.

Haram jika jadikan wanita
itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.

Tambah sorang lagi

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

mulalah episod air mata lagi bagi mummy,
dari hari khamis lepas ada jer benda2 yang buat mummy rasa stress sangat2....

mummy malas nak cerita segala masalah yang ada...
biarlah simpan jer...kalau nak luah pun tak tahu nak cerita macamana..dah pening jadinya...

kalau selama ni (bermula 25/03/2012, setelah mummy jaga abg joe bermula januari - 25/3/2012) hanya abg joe sahaja yang tinggal kat kampung, tapi semalam abg aizz pun terpaksa mummy hantar duk kampung juga...Ya Allah serasa tak kuat dah hati ni..sorang2 anak mummy kena tinggal kat kampung..

Sejarah tinggal kat kampung;

abg joe: 

usia sehari - 13 bulan                          = tinggal dengan mummy (habis pantang,tinggal di Semenyih)

bermula usia 13 bulan - Januari 2012 = tinggal kampung dengan mama n abah (mac 2011 - november 2011,mummy kat kampung cuti separuh gaji)

Januari 2012 - mac 2012                     = tinggal dengan mummy(Putrajaya)

mac 2012 - hari ni(27/11/2012 n tak tahulah sampai bila) = tinggal kampung dengan mama n abah. siang hantar rumah pengasuh(makcik mummy cik lina kat pt sulong,petang sampai pagi mama n keluarga mummy yg jaga..mama n keluarga jaga free of charge ok) thanks my family..


abg aizz ;

 usia sehari hingga 2 bulan               = tinggal dengan mummy

usia 2 bulan - 6 bulan                       = tinggal kat kampung dengan mama n abah (seminggu masa mummy tinggal tu cik asz dgn cik zira yg jaga) pastu hantar rumah pengasuh kat sri wangi.. siang rumah pengasuh,pukul 5pm sampai pagi mama n keluarga mummy jaga.

usia 6 bulan - febuari 2012              = tinggal dengan mummy

febuari 2011 - mac 2011                  = tinggal kat kampung dengan  ngan mama n abah. siang hantar rumah pengasuh(makcik mummy cik lina kat pt sulong,petang sampai pagi mama n keluarga mummy yg jaga..mama n keluarga jaga free of charge ok) thanks my family..

mac 2011                                         = tinggal kat kampung dengan mummy (masa ni pantang bersalinkan si kembar n cuti separuh gaji hingga akhir tahun 2011).

januari 2012 - 25 november 2012   = tinggal dengan mummy

november 2012 - tak pasti lagi        = tinggal di kampung mama n abah (cik illa(zira) yg jaga)


Doa Apabila menghadapi Tekanan(STress)

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,




Semoga jiwa mummy tenang dari saat ini hingga ke akhir hayat...
bermacam dugaan dan permasalahan yang timbul beberapa hari ini..sangat2 tertekan,hampir juga mummy memikirkan perkara yg bukan2...

ya allah hanya padaMu ku berserah dan tabahkanlah hatiku agar aku terus kuat menghadapi segala ujianMU.
Amin....

Doa duduk diantara dua Sujud

 


Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Hanya PadaMU ku bersujud YA ALLAH

tahukah kita makna dalam doa2yang kita bacakan di dalam solat  kita selama ni? di sini mummy sharekan untuk semua rakan-rakan tersayang betapa sayangnya Allah swt kepada kita semua yang mengingati NYA.


image

Tahniah Nabil – Kelahiran Anak Perempuannya

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

 


Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad mengakui terkejut menyambut kelahiran anak perempuannya pada pagi Ahad yang dilahirkan lebih awal daripada jangkaan.
Nabil, 29, berkata, perasaan itu wujud kerana anak yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan isterinya Nazirah Ayub, 24, bersalin iaitu pada pertengahan Disember depan.

Menurutnya, anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, dekat sini selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.

Gambar terbaru bayi perempuannya bersama Nazirah selepas dilahirkan pada pagi Ahad.
“Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana tidak jangka dia (isteri) akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut perkiraan dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lalu.
“Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada Disember nanti,”
Ditanya mengenai nama pilihan untuk anak perempuan itu, Nabil berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang nama pada waktu ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut.

Friday, November 23, 2012

batuk + Selsema


Assalamualaikum n salam sejahtera dears,


dah 2 hari mummy tak sihat...
rasa tak larat sangat badan
terpaksa juga pergi kerja
semalam pergi klinik kesihatan dapat MC 1 hari jer
kalau pergi swasta confim dapat MC 2 hari..

dengan aircond yang sejuk rasa sakit sangat kepala ni
nak jer lari ke surau
boleh baring2,tapi, surau pun sejuk
so, terpaksalah bertahan duk depan PC ni..

kaki plak bisa-bisa
batuk plak jenis berkahak dengan tekak yang kering
wui rasa cam nak tercabut tekak ni menahan perit

Tuesday, November 6, 2012

Selamat Pagi sayang

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

pagi ni bangun dengan wajah baru,azam baru... Amin
Alhamdulillah..

Selamat Pagi Sayang


Selamat pagi sayang
Baru sekejap kita bertemu
Engkau datang membawa
Sekuntum mawar merah
Pagi menjadi indah

Selamat pagi sayang
Semalam pun kita berjumpa
Engkau datang bersama
Sejambak mawar biru
Resah berubah rindu

Beribu batu
Rasa kau dekat di sisi
Kita berlari
Menyapa bayu pagi
Burung yang terbang
Turut berkicau
Berkicau keriangan

Sayang selamat pagi
Apa khabar engkau di sana
Kan ku tunggu kau datang
Walau di dalam mimpi
Hatiku kan bernyanyi

Monday, November 5, 2012

Berisik Khabar

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Lama tak berblog cerita pasal anak2 mummy...
busy memanjang jer mummy ni kan...
saat ni mummy rindu sangat kat ayah..my lovely husband
saat ni juga rindu kat abg joe yang jauh di Johor
saat ni juga rindu kat abg aizz yang makin hari makin manja
saat ni juga rindu kat si kembar mummy yang makin alahai aktifnya nak oii

apa pun bersyukur pada Tuhan
semua insan yang mummy rindui
sentiasa memberikan ketenangan dalam hidup mummy

Ayah,

mummy setiap hari rindukan ayah..
sejak akhir2 ni selalu jer ayah tak berapa sihat..
badan pun selalu sakit2,cuaca sejuk barangkali..
walaupun macam tu,ayah tetap bangun pagi buat nasi lemak
untuk dihantar ke opis mummy
pastu ayah kena jaga si kembar ngan abg aizz sbb pengasuh anak2 tak ada
karang petang ayah kerja plak..
sian ayah
penat tapi ayah tetap juga buat segalanya
terima kasih ayah..

abg joe,

jauhnya kamu dengan kami..
dengar dari berita rumah makcik mummy yang jaga kamu tu banjir..
kalaulah makcik mummy kena pindah dewan
saperlah yg nak jaga kamu kat sana.
nak jer mummy bawa kamu balik sini.

si kembar n abg aizz

tolong jangan nakal2,sian ayah penat..


Friday, November 2, 2012

SET SIMPUL KASIH


HARGA SET adalah harga promosi drpd KYC

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog KYC

Disini KYC ingin berkongsi rahsia suami bahagia,isteri gembira...

dengan padanan BIDADARI dan ADUKA..
 InsyaAllah kebahagiaan dan kegembiraan yang anda impikan sdaripada pasangan masing2 terjamin.. Amin.
itu harapan KYC..


ADUKA
Minuman berfungsi semulajadi untuk Lelaki

berkesan dan membantu:

  • Tonik segera untuk lelaki
  • melancarkan perjalanan darah
  • menguatkan sistem imun
  • melegakan sakit urat dan pinggang
  • kaya dengan bahan anti oksida
  • membantu untuk awet muda
  • mengurangkan tekanan mental
  • mengelakkan masalah kardiovaskular




BIDADARI
 Membina karisma wanita dari dalam

membantu:
  • masalah keputihan dan sengugut
  • membina dan mengecutkan rahim
  • mengecutkan otot serta menyempitkan faraj.
  • menguatkan sistem kemutan
  • merangsang seksual danmemberi kepuasan pada suami
  • menambahkan kolagen dalam badan
  • mencantikkan kulit dan sri wajah
  • menegangkan payudara dan punggung
  • merawat luka dalam perut dan pembedahan
  •  membekalkan tenaga segera

MAHUKAN SET SIMPUL KASIH DARPD KYC
 http://kakyongcantek.blogspot.com
sms/call : 017 7891588

Thursday, November 1, 2012

Jom sokong bisnes mummy

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

mummy nak ajak uols
sokong bisnes mummy
disamping mummy nak tolong uols 
cantik
anggun
cergas
cerdas
dan paling penting uols sihat..

ada masa berblogwalking
jomlah singgah blog bisnes mummy
mehlar cuci2 mata yer
segalanya berbaloi..InsyaAllah

Jom sayang2 mummy
 pergi sini





Friday, October 19, 2012

Kuiz: Jadi Follower kiosk mummy & menang

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Uols ......

mummy nak jemput uols jadi follower mummy di  blog  http://kakyongcantek.blogspot.com/ 



sesiapa yang menjadi follower KE 2, 21, 30,50 DAN 77 ,akan mendapat produk PERCUMA

( RED GUARA CAFE DCL)


Minuman berfungsi berperisa coffee hebat ini hasil gabungan extract Guarana, Ubit Bit Merah, Red Yeast, Kopi Arabica dan kacang soya. Berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, tahan lapar terutama ketika puasa, bertindak sebagai pain-killer

pAGI2 DAH KASIK MERAH TANGAN MUMMY

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

ENTRI RINGKAS JER PAGI JUMAAT NI..

pagi ni tapak tangan mummy dah merah..
sebabnya:

a) bagi penampar kat muka abg aiz
b) bagi penampar kat peha miqael
c) bagi penampar kat lengan Daniel

bukan sesuka hati nak menampar tapi, ada sebab musabnya ok

mulakan dengan abg aizz;
 kena penampar sebab bangun tidur menjerit2 cari ayah sebab tak nak pergi rumah pengasuh, ayah plak pagi2 dah tak ada sebab ada kursus dengan MARA,bila mummy angkat nak letak dalam stroller,boleh plak keras kat badan...wuii, pang... ko merah pipi..sampai umah pengasuh masih lagi sedu2 menanggis..geram sangat.

Miqael plak;
kena penampar kat peha,nak tahu sebab apa, tengah mummy sibuk cari baju dia untuk dipakai,baru lepas mandikan dia, boleh plak dia masuk bilik dengan tangan penuh taik,sbb dia terberak kat karpet dapur...hoho saja tu cari penyakit namanya..tak pasal2 peha yg mulus kecik tu jadi mangsa keganasanku..hehe

Daniel plak:
dah dia tgok semua menanggis dia pun gatal juga menanggis tanpa sebab..tapi, sebelum tu yg kasik mummy angin dia pergi main berjemaah taik miqael..aduhai,mmg bercintalah pagi2 mummy bebel n jadi tarzan semesta alam...

korang2 semua kenapalah dera mummy pagi2 nak oii...
apa pun maafkan mummy yer sayang...mummy bernafsu ganas pagi tadi huhu..per pun mesti pengasuh kata mummy dera budak2 tu..sebab kulit diaorg jenis putih2,bila bagi penampar mmg merah2

3 beradik yang jadi mangsa mummy pagi tadi (haha ketawa jahat)


Wednesday, October 17, 2012

Khas untuk Peniaga/warga Putrajaya saja

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Uols yang ada membuat perniagaan secara online...
nak memantapkan lagi bisnes online uolss...
bolehlah emailkan alamat email uols kat mummy yer...
Tapi, hanya untuk penduduk yang beralamat di Putrajaya sahaja...


Urgent!!..(sebelum 22 oktober 2012)

email mummy : mummybuatizz@gmail.com

untuk negeri2 lain maaf yer..InsyaAllah sambutan menarik mummy buka untuk usahawan2 negeri lain..

Monday, October 15, 2012

My Dear Warehouse Sale 2012 : UPdate okt - nov 12

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,





The next warehouse sale is 25 Oktober until 4 November 2012





Time
9am – 7pm


Location (603 8060 6093)
Cuang Cheng Mao Yi Sdn. Bhd.
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor

Friday, October 12, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,




Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX