Google Website Translator Gadget

Monday, June 18, 2012

Tak Nak kak..Memang tak nak

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

pukul 9am, pengasuh si kembar call,bgth 1st twin mmg tak mahu berhenti menanggis sampai dia pun tak tahu nak buat apa,suami dia yg patut masuk kerja pukul 8:00am pun tak pergi kerja lagi,mummy call ayah,15 panggilan mummy buat ayah tak jawab,bagi mesej pun tak berbalas..tak boleh jadi ni,nak tak nak mummy keluar opis,terus pergi rumah pengasuh..

sampai jer depan pintu rumah,mummy dah dengar suara si kembar menanggis terjerit2,dalam hati,anak2 ku, sungguh2 menanggis kamu berdua..mummy call bgth mummy dah kat luar pintu. mummy masuk jer dalam,si miqael n daniel dah kejar mummy,muka miqael dah pucat lesi,mata dah bengkak merah,dah mcm org sakit dah mummy tgok,bayangkan 2 jam setengah nanggis tak berhenti..wui sayang mummy ni..si daniel mata merah juga menanggis,tp, pengasuh cakap daniel ada juga diam,tp, miqael mmg tak diam langsung,masa mandikan pun dia tak benti menanggis..

dua2 dah duk kat pangku mummy,paling teruk si miqael,erat peluk mummy macam bertahun tak jumpa,padahal baru 2 jam setengah,pas 2 minit kat pangku mummy,boleh dia senyum + gelak2,memang bertuah sungguh si kembar mummy ni. Tak lama mummy kat situ ayah datang,ayah bagitahu,ayah tak dengar bunyi telefon sb ayah tertido,sbbnya malam tu ayah tak tido layan bola punya pasal + layan si miqael yang tak mahu tido..

masa ayah sampai tu,ayah tengok muka si kembar sorang2,nampak air muka ayah cam geram jer dgn si kembar,tp, ayah diam jer..masa ni mummy dah pening sangat kepala,mana nak cari pengasuh lain plak,kalau cari pengasuh lain,mesti menanggis juga.

lepas dah duduk bersembang itu ini,ayah kata kita baliklah dulu..
mummy tanya sekali lagi kat pengasuh tu(Ana).."macamana ana,boleh tak jaga si kembar esok ni"... air muka dia mummy tengok macam serba salah juga..last2 dia cakap juga " Tak nak kak..memang tak nak"..mummy dah agak jugak jawapan tu "test lagi satu hari ana"... " maaf kak,memang tak nak,bkn apa, takut jadi apa2 masa diaorg nanggis tu,karang ana yg akak salahkan" sambil senyum ana bgth, mummy pasrah... tapi, ok juga ana bgth mcm tu,setengah org main ambil jer janji dapat duit..

mummy minta izin untuk balik,mummy bagi sedikit upah untuk jaga 2 jam setengah dengan kerenah n ngaruk si kembar..anak menolak,dia bgth "tak payah kak,ana yg minta mf sbb tak boleh nak jaga ank2 akak,ana takut jadi apa2,lagipun ana mmg tak pandai nak pujuk mcmana lg" mummy faham,lagipun ana masih muda n baru anak sorang,satu, lagi anak2 lain yg dia jaga pun kecik2 mungkin susah dia nak handle si kembar.masa mummy nak balik tu,ana tarik tangan mummy." akak ana minta maaf tau tak boleh jaga,lepas ni kalau jumpa jgn tak tegur ana,ana minta maaf banyak2" mummy senyum,mummy bgth dia " kenapa plak akak tak nak tegur kamu,bukan kamu buat salah dgn akak," apalah ana ni kelakar betul..

si kembar kememeh
sampai dalam lif, ayah bebel kat si kembar " miqael,daniel.. tak kesian kat mummy ke? kenapa buat perangai,tahu tak mummy tido pukul berapa malam tadi? pukul berapa mummy bangun nak siapkan makanan(bekal) kamu? tido pukul 3.30am bangun plak pukul 5:30am.." mummy just senyum jer dengar ayah bebel kat si kembar..tapi, si kembar tu baru 1 tahun 3 bulan so, mmg tak faham pun kalau kena bebel..huhu muka don't know jerlah dua beradik tu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX