Google Website Translator Gadget

Thursday, July 26, 2012

11 Makanan Sedap Membantu Turun Berat Badan Anda.

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,


1. Yogurt.
Sekarang menjadi trend, makanan berasas yogurt sejuk dan di campurkan dengan buah-buahan seperti Tutti Frutti, Snogurt, dan lain-lain lagi. Tak pernah rasa lagi. Korang pernah rasa? Kajian menunjukkan kalsium yang boleh menyekat pertambahan berat badan dengan menghalang penyerapan lemak di dalam usus kecil.

2. Telur.
Kajian menunjukkan sajian telur putih tanpa kuningnya dapat kenyangkan anda lebih lama dari makanan yang karbohidrat dan hindari snek yang tidak menyihatkan anda

3. Pistachios.
Membantu dalam menahan makan dan banyak serat dalamnya. Kacang ini kurang lemak tepunya, sesuai untuk kudapan mulut anda semasa menonton televisyen atau membuat kerja sambil menyelusuri internet.

4. Grapefruit. (Limau Gedang)
Satu kajian khususnya mendedahkan bahawa makan 1/2 bahagian sebelum setiap waktu makan membantu diet anda penurunan lebih baik dari anda makan tart kononnya comel untuk dinikmati.

5. Avocado.
Membantu membentuk badan anda, pengkaji mengatakan bahawa lemak tak tepu dalam avokado boleh membantu hormon yang mencetus rasa lapar dipanggil leptin – hormon yang membolehkan otak anda bahawa anda kenyang, anda berhenti makan.

6. Cendawan.
Mudah, gantikan daging merah dengan cendawan. Maka ia akan mengurangkan lemak dari daging dan juga mengurangkan kalori sebanyak 420 kalori.

7. Minyak Zaitun.
Minyak yang agak mahal di Malaysia, ia membantu dalam mengawal pemakanan dan memberi rasa kenyang apabila kita bernafsu hendak makan dengan kuantiti yang banyak. Sedap di taburkan atas salad dan di makan begitu sahaja.

8. Whole Grains. (Bijirin Penuh)
Gantikan semua bahan makanan dengan makanan penuh bijirin. Contohnya : beras perang, quinoa, oat, bijirin gandum, dan 100% keseluruhan roti gandum dan juga pasta. Bijirin membantu dalam mengempiskan perut dan juga mengurangkan lemak / kolesterol dalam badan.

9. Red Pepper
Lada merah, di Malaysia mungkin tidak berapa popular. Tambahkan lada seperti japaleno, lada merah atau serbuk lada merah dalam masakan dan ia dapat menambah keberkesanan dalam menurunkan berat badan anda. Capsaicin - sebatian haba yang menyegarkan dalam lada merah, menurut penyelidikan, mengawal selera makan dan pengambilan makanan setiap hari.

10. Fava Beans. (Kacang Fava)
Di Malaysia kacang ini mungkin di kenali sebagai kacang parang. Ia enak dan berkrim, kacang Fava ini (atau broad beans, mirip kacang buncis tapi saiz besar) adalah sumber protein tanpa lemak yang kaya dengan flavonoid. Dalam satu kajian selama 14 tahun, antioksidan khas di dalam kacang ini telah membantu dalam menghalang pengumpulan lemak perut.

11. Rice with Veggies (Nasi dengan Sayuran)
Menambah beberapa sayur-sayuran berserat tinggi seperti brokoli, lobak merah dalam nasi anda, banyak membantu dalam merendahkan kadar pengambilan kalori. Memakan sayur-sayuran dengan nasi pada waktu makan tengahari dapat melambatkan pengosongan perut, mengikut kajian anda berasa kenyang lebih lama. Makan malam anda, tidak terlalu banyak yang anda akan makan.

kredit:  Sharifah Hanisah Bilfagih

Bidadariku

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Tuesday, July 24, 2012

Tips Menentukan Jantina Anak Lelaki Atau Perempuan

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,




Hari ni mummy ada berbincang dengan kawan opis ni mengenai macamana nak dapatkan baby gegirl,almaklumlah anak mummy semuanya boboy..kawan mummy cadankan guna calendar cina tu sbbnya diaorg kata 99% betul..tapi, bila mummy selidik,mummy jadi confius samada nak kira umur masa lahirkan baby atau masa mula bersalinkan baby..malas nak pening kepala mummy cari formula lain plak.

Kat sini mummy nak kongsi sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga. Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang dan apa2 pun, Allah SWT yg tentukan

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama

1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga – utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.
2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.
3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki
2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon
suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)
3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)
5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama
“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)


Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki – perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…




* mummy tak suka asam n air gas,sebab tu kut mummy tak dapat gegirl hehe..memang dari kecil lagi air gas ngan asam mmg tak boleh lalu kat tekak ni..pas ni kena cuba jugaklah..tapi, 3 - 4 tahun lagi kut..

Juadah berbuka dari Ayah

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

semalam hari terakhir ayah berbuka puasa dengan mummy,hari ni ayah dah balik Johor. semalam ayah sediakan juadah berbuka..

rajin ayah dalam masa tak satu jam semua dah terhidang depan mata..terima kasih sangat2. yang bestnya tu sambil masak ayah menyambil basuh baju yang dah bertimbun..terima kasih sangat2..ayah bagitahu sebelum dia balik Johor,ayah nak siapkan dulu apa2 yang patut,ayah cakap ayah tak nak mummy susah,balik kerja penat2 nak buat itu ini..terharu jer rasanya..

nasi impit, rendang daging dan sayur goreng(sambal goreng)

juadah berbuka macam juadah pagi raya
macam tu lah ayah kalau untuk berbuka mesti kena yang sedap. serius rendang daging ayah memang sedap semalam,semua bahan cukup rasa.. mabeles.. sambal goreng ayah pun power..kalau sebulan puasa ni ayah yang buatkan juadah berbuka,bukan berat badan turun,silap haribulan naik 10kg huhu..

Wednesday, July 18, 2012

Isteri solehah

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,


Sharing is caring

semoga menjadi amalan para isteri

 
Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)

Isteri Solehah



Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Pengasuh baru lagi untuk si Kembar

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Hari ni start hantar kat pengasuh baru lagi,hantar kat rumah kawan opis mummy,hantar kat isteri dia (suhaiza) hari pertama hantar,pagi tadi diaorg menanggis..hmm harap2 oklah..dah seminggu diaorg tak ada hantuk2 kepala..harap sangat dah tak buat perangai tu semula...

kat pengasuh yg baru ni dapatlah kurang RM50.00 dari rumah pengasuh lama...Alhamdulillah..mudah2an selesalah n serasilah si kembar mummy ni kat rumah su.

ikutkan hati mummy,mummy tak naklah juga cari pengasuh lain,memandangkan pengasuh yg lama kak ton,kena wajib cuti 2 kali dalam sebulan n tak boleh hantar pagi2,terpaksalah juga mummy cari pengasuh lain.ikutkan kak ton ok sangat jaga diaorg,iyerlah org lamakan,mmg bab handle budak2 ni mudah dah bg diaorg..

takperlah ni jer harapan mummy,sebab su kata dia tak kisah kalau mummy hantar pagi..
mudah2an berterusan.

my twins

Tuesday, July 10, 2012

Lawatan ke Caw. Kejuruteraan Jalan & Geoteknik JKR KL

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Hari ni mummy ada lawatan ke JKR kat Menara PJD, banyak2 tempat yang mummy pergi sebelum ni,tempat ni lah yang best sangat n rasa sangat2 dihormati diri ini n rakan2 yang lain..

Monday, July 9, 2012

Ayah kecil hati

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

beberapa hari ni mood mummy memang tak berapa ok,siap plak dengan stress..
rupanya ada yang makan hati dengan perangai mummy yang diam n blur ni...
hari ni dapat mesej dari ayah,ayah cakap kalau dia bersalah dia minta maaf,kalau mummy tak suka dia ada kat rumah,dia boleh balik Johor..

mummy mampu senyum jer..apalah ayah,maaf sangat2 kalau berkecil hati dengan mummy,bukan tak suka,tapi, serius beberapa hari ni otak mummy tak boleh berfungsi dengan baik,sebabnya banyak sangat masalah yang perlu di fikir,sampaikan anak2 menanggis pun mummy blur2 jer..

mummyizz
ayah izz
maafkan mummy ayah,sebab buat hati ayah terluka..tak niat nak menyakitkan hati..mummy minta izin beberapa hari ni untuk mummy settlekan segala masalah yg bersarang kat otak ni,walaupun tak dapat nak settle,sekurangnya bagilah masa untuk mummy redakan sikit apa2 yg bergolak dengan mood mummy yer...

apa pun terima kasih,walaupun mummy banyak buat hal sendiri akhir ni ayah masih bertahan juga,masih nak masak utk mummy n anak2,masih juga nak mengemas rumah..terima kasih yer

Pasangan Mengamuk Di JPM @ Putrajaya



Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Tadi kawan tanya mummy,'kak boleh tak tanya2kan kenapa depan JPM tu jalan tutup.. budak saya susah nak masuk"
selidik punya selidik..ada orang mengamuk kat dalam tu..kat JPM

ni dari berita utusan,

 PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.


Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.


Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.


Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.


Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.


Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN


  ni plak gambar dari forum.cari


Sepasang suami isteri mengamuk di JPM 



nama tukang amuk ni : khalil afandi (disahkan meninggal di hospital)
kesan tembakan pada lengan dan di ari2..

blog khalil afandi :

http://jayanegara1234.blogspot.com/
https://www.facebook.com/khalil.afandi.1
https://www.facebook.com/notes/jaya-negara/melayu-semakin-layu/117102191761711
http://www.facebook.com/jaya.negara.10?sk=wall

apa pun janganlah ada orang awam yang tercedera,risau kan kat mana2 pun tak selamat sekarang ni..

Kembar 6 yang unik @ Thailand


Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

tadi masa buka facebook,tgok kat wall geng DK(dianugerahkan kembar) ada geng yg bercerita tentang kembar 6 kat Thailand yg sangat unik sebab mak bapak si kembar namakan kembarnya dengan nama model kereta...

 
comel2nya..
ibu kepada si kembar Duangchanok Wangwitthayaskul, menamakan keenam bayinya Audi, Fortune (Toyota Fortuner), Porsche, Mini, Volkswagen, dan Fiat.
 memang betul2 unik namanya..

mungkin si ibu terlalu meminati model2 kereta ni,tu yg taksub memberikan nama tersbut pada si anak..mummy kembar 2 pun macam nak pengsan menjaganya,macamanalah kalau dapat kembar 6..

apa pun, inilah anugerah Tuhan...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX