Google Website Translator Gadget

Wednesday, August 29, 2012

Demi kembarku

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

 
mummy nak minta tolong sangat2..

 my twins selalu hantuk2 dahi kat lantai,mcmana yer nak hindarkan diaorg dari buat macam tu,sampai lebam dahi tu,memang setiap kali diaorg hantuk mummy cepat2 berlari ambil diaorg. masalahnya hampir setiap hari. sekarang ni pengasuh diaorg tak nak jaga diaorg lagi sbb benda tu,dia tak sanggup nak jaga,pening kepala hampir setiap bulan bertukar pengasuh.tanya doktor,doktor ckp itu perkara biasa,tapi, dah masuk 4 bulan perkara tu tak berhenti2 pun, 

balik kampung raya baru ni,ada makcik tu cerita,anak sedara dia mcm tu juga masa kecik,sekarang jadi OKU sbb gegaran pd otak..terus membuatkan hati ni takut & sedih sangat..kalau ada cara untuk halang diaorg hantuk2 dahi kat lantai, mehlah share sama yer..

tengok dahi diaorang

beberapa hari ni, mummy banyak search kat google tentang masalah ni, mummy terjumpa pasal Autisme..  mummy risau diaorgmenghidapi penyakit ni,sbb apa tanda2 penyakit ni ada pada perangai twins..contoh suka mengigit,buat hal sendiri,hyperaktif,panjat sana sini,tak suka tumpu pada sesuatu(kalau mcm tgok TV tu skejap je..pastu wat perangai lain plak)..yang paling mummy pening suka hantuk kepala dan memang tak reti duduk diam.. Dahi diaorang pun dah naik lebam..

ni berkenaan Autisme..

 
Apa itu Autisme?
Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti
menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
 
Adakah suntikan vaksin berhubungkait dengan autisme?
Pada masa dahulu, suntikan vaksin turut dikaitkan dengan autisme, namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan berkenaan perkara ini.
Sekiranya, anak anda menunjukkan simptom-simptom autisme, segeralah membawa anak anda berjumpa dengan doktor.

Oleh Nanny V.B.

Harap sangat ada yang boleh tolong mummy.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,



Dikesempatan ini mummy dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf andai ada salah dan khilaf yang disengajakan atau tidak sepanjang dari awal penulisan mummy hinggalah ke hari ini..

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin 

buat followers mummy,silent readers & semua samada secara langsung atau tidak.






Ikhlas daripada mummyizz, Ayahizz, 
Izz Mohamad Rayyan, Izz Mohamad Izzuan, 
Izz Muhammad Miqael & Izz Muhammad Daniel

Tuesday, August 14, 2012

Rumahku ketesenanku ... aptb ^_^

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Apa dah jadi, refer pada gambar sudah...
malas nk citer hehe


keadaan parkir dlm bilikku
disebabkan bilik air tersumbat,air melimpah kuar,bila kering,habis semua terangkat..

dalam bilik air kedua

tgok tu hitam2 ada taik...tensen duk umah bawah,sape punya taiklah

sinki dapur..
bahagian dapur luar

banjir ok

 
tgok hitam2 ada taik juga...tensen sangat sbb bila dah repair ngan maintenance kena cuci sendiri
kalau uols jd mummy,apa uols buat... pindah atau pendam jer

Friday, August 10, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX