Google Website Translator Gadget

Showing posts with label anak2 mummy. Show all posts
Showing posts with label anak2 mummy. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Berbuat baik di balas kebaikan.

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

mummy nak cerita ni,

tadi masa mummy naik bas hendak pergi ke tempat kerja..(mummy balik tengahari sbb kemas rumah, ayah nak balik sini petang ni, kalau bersepah rumah tu mahu bebelannya sampai seminggu)

ada satu makcik ni naik bas saing mummy, mungkin ini kali pertama dia naik bas,mungkinlah....
dari apa yang mummy tengok makcik ni berbangsa Indonesia.
dia nak bayar tambang bas. dia hulurkan RM5.00.

pakcik driver tu bgth tambang rm0.50 saja,kalau bagi rm5.00 tak baki. makcik tu cakap dia langsung tak ada duit syiling. mummy nak tukarkan duit rm5.00 dia tu pun mummy tak ada.
sambil dia duduk dia buka beg besar dia, mungkin nak cari duit-duit yang terselit..
kesian plak rasa mummy tgok. pakcik driver pula dok bebel ntah apa2.

mummy buka purse, ada syiling, mummy hulur kat makcik tu,  nah kak rm0.50 pergilah bayar..
" tapi ibu saya tak ada duit nak bg ibu ".. mummy tersenyum je.. mummy cuma bgth tak pe kak ambil jerlah .. saya bagi ikhlas..
lepas dia bayar tu, terus dia pergi tempat mummy " ibu terima kasih ya,semoga Allah saja yang balas kebaikkan ibu "
mummy sekali lagi senyum sambil lidah melafazkan "AAminn"..

Ya Allah, Maha SuciMu Ya Allah, dengan hanya Rm0.50, seseorang mendoakanku kepadaMU...

anak-anak mummy, mummy nak pesan.. andai kamu baca apa yang mummy coretkan ini satu hari nanti, mummy nak anak2 mummy belajarlah bersedekah biarpun sikit.. tapi, ganjarannya sangat besar..

kalau tidak mampu dengan wang ringgit mahupun harta..senyumlah wahai anakku..
kerana senyuman itu adalah sedekah yang indah kerana dapat menyejukkan hati sesiapa pun..
berdoalah untuk mereka.

# tersenyumlah walaupun hatimu sedang menanggis

Wednesday, March 27, 2013

Bercuti @Melaka

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

pagi isnin mummy kerja macam biasa serasa putus asa sbb ayah tak bawa berjalan pun hari ahad tu...
dalam tengahari ayah call minta balik awal petang sbb ayah cadang nak peri melaka...
serius hati berbunga kembali...

balik kerja 5:30pm packing barang terus saja kereta meluncur ke destinasi iaitu Melaka..Negeri kegemaran mummy bila time brcuti...entahlah serasa tak pernah bosan kalau kat Melaka tu..sampai saja malam tu terus cari tempat makan.. ayah belanja sedap gilr menu malam tu...tapi, kesian kat abg joe..sepanjang makan dia tido.. sian anak mummy..


lepas makan ayah pergi cari hotel, dari satu hotel ke satu hotel semua penuh..musim cuti sekolahkan..
last2 dapat Hotel Beauford kat Melaka Raya..oklah dua bilik siap ada Jacuzzi lagi..seronok kamu berempat yer..sampai2 terus minta mandi...abg joe yg tido pada awalnya pun mata terus segar..ingat lepas korang mandi nak ajak ayah pusing2 melaka di malam hari..tapi, ayah mention dia penat...redha sajalah mummy...

malam tu mummy tido bilik kedua dengan si kembar.. ayah tido bilik utama dengan abg aiz n abg joe..bangun pagi tu semua lena jer tido...

bila semua bangun bersiap pula nak ke ayer keroh..pergi jusco makan dulu...tapi, kamu berempat sibuk minta ais krim..pagi2 dah breakfast aiskrim

siap breakfast..
ayah carikan seluar abg aiz n abg joe..ayah carikan kamu berdua sandal juga..untuk si kembar mummy hanya bgth ayah tak payah...biarlah utk abg2 saja..
keluar dari Jusco ayah terus ajak naik kereta lembu..lamanya mummy tak naik..seingat mumy dulu masa mummy kecik2 adalah naik sekali..

selepas tu ayah ajak pergi mauk zoo..

 Naik kuda
RM2.00 kanak2
RM3.00 dewasa
RM4.00 Dewasa + kanak2

 Take 5
makan ais krim

 Hero2 mummy

 abang2 cinta hati  mummy

 Si kembar paling mucuk...


 Selepas balik dari Zoo mummy nak ajak pergi bandar Hilir..tapi, ayah cakap lainkali sbb ayah ada janji dengan orang malam tu...hmmm apa pun terima kasih ayah bawa kami bercuti... bye melaka..jumpa lagi tuk next trip..
\





Monday, March 25, 2013

cuti sekolah @rumah mummy

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

cuti sekolah dah brmula..
mummy minta ayah bawa abg aiz n abg joe balik rumah mummy..
mummy bagitahu kat ayah yang mummy rindu sangat kat abang2... ayah cakap mmg ayah bercadang nak bawa mereka berdua.

Tapi, mummy bgth yg mummy tak berapa nak ada duit tuk bw mereka berjalan, semua disettlekan oleh ayah..
hari ahad 24hb abg aiz n abg joe sampai dekat rumah..rindunya..mummy peluk keduanya rindu sangat2..kamu berdua sampai pukul 5:00pagi.. sb seronok sgt kamu berdua kejut si kembar yg sedang lena diulit mimpi..
dah keduanya bangun.. teruslah korang bermain sampai ke pagi..pukul 6:30am mummy keluar rumah ngan bawa si kembar utk majlis jalan kaki bersama PM..
tapi, sampai saja opis bos mummy cal suruh mummy kerja... hmmm

selepas habis kerja pukul 11:00pagi mummy balik rumah n ayah pula keluar.. so, sepanjang hari mummy jaga kamu berempat..
penat + letih tapi mummy bahagia bila semua depan mata mummy..

inilah kalau dah berempat duk kat umah...yang panjat paling tinggi miqael.. abg joe pastu daniel.. abg aiz sibuk dengan game kat tangan..
tak tahu takut agaknya kamu bertiga kalau jatuh.. masa ni dah puas mummy menjerit..last2 mummy tutup sliding door tu..


selepas semua letih n sibuk bermain mummy masak tuk kamu... ayam masak kicap..dan
sotong + brokoli....
udang jer mummy tak dapat nak sediakan.. sbb udang kegemaran abg aiz.. sotong tu kegemaran abg joe..

 ops lupa mummy kegemaran abg aiz pun ada juga yer kerang..


 tunggu punya tunggu petang tu ayah tak balik lagi... ingatkan nak ajak kamu brempat pergi pusing2 putrajaya... hmmm hampa sbb sampai ke maghrib ayah tak muncul juga..
pukul 8 lebih ayah baru balik bawa KFC.. tu jerlah hidangan malam tu..so tak ada bw kau pergi mana2...sian korangkan..

Friday, June 15, 2012

Minggu cari Pengasuh

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

minggu ni memang minggu yang sangat2 sibuk mummy rasa,dari hari selasa lagi mummy dengan ayah ke hulu ke hilir keluar masuk taska,keluar masuk rumah orang..bukan sebab kami ni penyelia nak sibuk2 keluar masuk taska dan bukan jugak penyibuk nak keluar masuk rumah orang,tapi, tengah mencari org yang boleh jaga hero2 mummy start hari isnin ni.

Taska yg kami pergi redah Taska kat JPN,Taska Si Comel Wisma Tani n Taska Cendekiawan Educare PPj, semuanya mengecewakan hati mummy n ayah sebab dah penuh,kat Si Comel ada kekosongan untuk abg aizz,susah pula rasanya,adik si kembar ke tempat lain,si abg pula kat tempat lain..

Dapat tahu daripada kawan pula ada sorang kakak ni jaga budak sorang jer,mummy pergi redah juga,tanya punya tanya akak tu setuju,tapi, dia bgth yang dia kena cuti dalam sebulan tu 2 kali sebab nak check up sakit jantungnya n kalau dia demam dia juga akan cuti..mummy dah mula risaulah juga,cuti mummy pun dah tak banyak,kalau akak ni selalu cuti,susah jugak mummy,disebabkan tu jer pilihan mummy terimalah jugak..dalam masa yang sama mummy bertanya jugak mana2 insan untuk jadi pengasuh, sebelum isnin depan ni 18/6/2012.

semalam balik dari kerja mummy pergi satu rumah ni plak,tanya punya tanya,yes dia kata tak kisah,boleh jer hantar,syukur sangat..ayah kata oklah tu mummy sbb pengasuhnya pun masih muda,kuat lagi,bolehlah kalau nak jaga anak2 kita yg aktif2 tu...huhu..

mummy harap sangat pengasuh yg baru ni bolehlah jaga anak2 mummy dengan ikhlas,mummy tak nak macam bibik sekarang ni,setiap kali mummy balik jer dari kerja,belum sempat duduk,mesti bibik bebel kata anak2 mummy kurang ajar n tak dengar cakap,padahal bibik tu yg pemalas..

Ya Allah aku bermohon padaMu agar anak2ku serasi dengan pengasuh baru ni,agar hati ini tenang setiap kali melangkah ke tempat kerja n semasa kerja.Amin..

Monday, June 11, 2012

4 Hero @Tasik Y

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

hari minggu yang lepas 10/06/12 mama n abah ajak mummy n 4 hero mummy pergi Tasik Y kat Batu Pahat, memang tu lah rutin abah kalau hari ahad memang suka bawa cucu n anak2 ke sana,sejak abg joe tinggal kat kampung,abah cakap  Tasik Y lah tempatnya setiap hujung minggu.

tak der apa pun nak cerita saja nak kongsi gambar gelagat 4 hero mummy, sepanjang kat tasik Y..


teruja sangat ke hulu ke hilir,terjatuh plak,cik emmy tolong angkat

nak juga buat tapi, tak reti hehe

Lepaskan kami,kami nak main
Tak terkejar nenek nak layan kamu semua

Teruja sorang-sorang

Lepas ni kalau balik kampung,wajiblah bawa diaorg bergumbira,tu pun kalau isnin mummy ambil cuti,kalau isnin tak cuti maknanya hari ahad tu kita on the way balik putrajayalah anak2ku

Friday, June 8, 2012

Pengasuh untuk anak-anak mummy

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

malam tadi masa bersembang dengan bibik,tiba2 bibik cakap dia nak berhenti,dia tak larat nak jaga si kembar dengan abg aizz lagi.. terdiam mummy seketika..Allahu' akbar dugaan lagi.mummy tarik nafas,mummy senyum jer,mummy cakap kalau dah tu yg dia nak,mummy tak boleh nak halang.lagipun mummy pun sebenarnya dah tak larat nak bela bibik ni lagi.

mummy tanya dia apa sbb yg kukuh untuk dia berhenti,tak sangka bila ayat yg kuar dr mulut bibik, bibik bgth dia tak tahan duduk rumah mummy bila ada ayah,bibik tak sanggup tgok anak2 mummy selalu kena pukul dgn ayah,dia tertekan bila tgok semua tu..setiap kali budak2 kena pukul,dia sedih sgt2,dia bgth juga kat mummy kenapa selama ni dia minta keluar sabtu ahad,dia minta keluar sbb dia nak tenangkan fikiran dia cakap,apa2lah bik. bibik bgth yg dia tak faham dgn perangai ayah,bila baik,baik sgt,tapi, bila panas barannya naik semua dimarah sampai tak ada sorang pun yg terkecuali dalam rumah tu, bila bibik dah bgth mcm tu mummy fahamlah.

sekarang ni mummy tengah fikir saper nak jaga anak2 mummy,peningnya kepala otak mummy nak fikir semua ni,iyerlah kalau nak hantar taska,mummy nak bawa naik apa? mmg boleh bawa naik bas,tapi, mcmana mummy nak dukung si kembar,dgn nak pimpin tangan abg aizz lagi..susahnya,kalau nak hantar rumah orang pula,semua tak sanggup bila mummy bgth yg mummy balik kerja pukul 7:00pm.

ada sesaper tak ek yg nak jadi pengasuh ahad petang datang,jumaat petang boleh balik,yg datang pagi balik petang pun tak per,yang nak tinggal duduk umah mummy pun tak per..

4 hero izz (jaga 3 org jer,yg sorang mmg duk kampung)
harap sangat ada yg nak jaga anak mummy sebelum 16hb jun 2012


* biar apa pun orang cakap pasal ayah,cakaplah mummy tetap sayang n cintakan ayah,mmg ayah mudah angkat tangan dgn anak2,kadang2 mummy pun tak faham,tapi, ayah pernah bagitahu mummy yg ayah ader trauma dari kecik... entahlah. apa pun doakan kebahagiaan kami sekeluarga.

Monday, June 4, 2012

Petua Untuk Anak Hyperaktif

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,


Tengok kat list blogger yg mummy follow blog mamakembar3 ada tajuk entri berkenaan dengan anak Hyperaktif, saja nak share info ni untuk kekawan semua n untuk mummy jugak,memandangkan mummy ni ada 4 hero,tapi, mummy tgok yg ada simptom hyperaktif ni si kembar mummy budak berdua tu.

wui, naik pening jugak nak kawal,mana taknya semua benda dipanjat,hampir setiap hari ader jer benjol baru kat dahi,calar kat muka dengan tangan lagi.Semoga petua ni dapat membantu mummy n uols k.

info ni mummy copy & paste dari blog mamakembar3
___________________________________________________________________

Edu Cahayaku, salah satu siri buku-buku yang anak-anak aku guna untuk pembelajaran semasa mereka diperingkat tadika. Pengasasnya Chahaya Abdul Manan.

Mohamad Shuhmy Shuib, penceramah untuk bimbingan, kaunseling dan motivasi. Lawat facebook fan pagenya di Bimbingan dan Lathan Pekerja/Pelajar atau facebooknya sendiri, Mohamad Shuhmy Shui
___________________________________________________________________  
 
balik kerja karang nak pi singgah alamanda,cuba cari grape seed oil,tapi, untuk baby 14 bulan boleh ke? takper leh tanya kat org farmasi tu..thanks yer mamakembar3 share info ni

Wednesday, April 11, 2012

Doakan cepat sihat

Assalamualaikum n salam sejahtera,



Daniel admit ward dari semalam(ward 2C hospital Putrajaya),
Miqael Demam juga tapi, tak admit ward suhu 38'c..
abg aizz pagi tadi panas juga,abg joe demam baru nak ok...

doakan anak2 mummy cepat sembuh yer

Tuesday, March 13, 2012

Taska Bersamamu

Salam Uols... ^-*

Sejak abg aizz n abg joe ada kat sini dgn mummy, meriah rumah... Mana taknya 4 hero dalam satu rumah dah macam taska pun ada....

Bila si abg,abg senyap..si adik,adik terjerit2,time giliran adik,adik senyap, abg, abg plak terpekik sana terpekik sini..yang lagi haru biru..bila 4 hero mula lawan saper lagi power..pengsan mummy nak dengar..hehe..

Ayah cakap,sejak semua ada ni..rumah kita jadi 'Taska Bersamamu' mummy pun tak tahu apa sbb ayah cakap macam tu...memang meriah sangat2 sekarang ni,tapi, dalam sibuk meriah tu kadang2 hilang sabar juga jadinya hehe(mana leh sabar weh,anak2 mummy sgt2 aktif..huhu lagi2 si kembar bergaduh jer rebut barang siap tarik2 rambut lagi)hari ahad lepas lagi best 4 kali Miqael jatuh kat kepala,dahlah doktor pesan jgn bagi jatuh dalam sebulan ni...Tapi, sudah banyak kali woo jatuh..suka sgt main kejar2 dgn adik kembarnya daniel..

Ni lah Taska Bersamamu....... ^_^


Wednesday, March 7, 2012

Angin dgn Iklan "CINTA KURA KURA"

mummy bukan nak ban cerita filem baru "Cinta Kura Kura" ... tapi mummy sikit angin dgn iklan cerita ni dekat TV3...

Iklan filem ni ada sebut awal2 iklan tu dengan perkatan 'SETAN' pastu kura-kura tu boleh cakap balik 'siapa setan or apa setan setan'... yg buat mummy angin tu abg aiz dengan abg joe kalau dengar terus je ikut apa dia cakap,' setan, setan'..tahu tak iklan tu memburukkan pemikiran kanak2..maaflah kalau ada yg sentap..tapi mummy lagi sentap bila perkataan setan tu keluar dr mulut abg aiz n abg joe..

masa ni lah perkataan tu keluar time iklan

bukan nak cakap apalah,dalam cerita kartun boboboy pun ada cakap perkataan 'bodoh',pengaruh dr cerita,skrg ni abg aiz pandai cakap bodoh ..bila mummy marah dia cakap' oboboi akap Odoh' wuh tensen je rasa..

nak jer rasa time abg2 ada kat rumah mummy tak nak buka TV,karang tak buka TV org cakap ko ni kolotlah,Urban sikitlah... nilah nk urban sgt,sampai perkataan yg tak patut cakap,dah pandai cakap,org keliling mesti fikir, mak ayah dia selalu ckplah ni sbb tu anak petah bercakap bukan2..org tak tahu pengaruh media masa yg kadang2 tak fikir bermacam peringkat umur yg tgok..

p/s: sebelum buat sesuatu fikirlah keadaan sekeliling jgn main hentam keromo jer..

Monday, February 27, 2012

Daniel Jatuh terhempap kerusi

bengkak kat kepala miqael tak sembuh lagi sepenuhnya..si Daniel plak malam tadi terhempap kerusi makan.. Ada jer benda nak jadi akhir-akhir ni..

Si kembar akhir2 ni sangat2 aktif,semua benda nak dipegang,semua benda nak dipanjat n akhirnya berdentum jatuh...abg aiz n abg joe pun makin hari,makin boleh tahanlah nakanlnya,bkn nakal apa,asyik bergaduh saja..berebut baranglah,berebut tempat tidolah,kadang baju nak dipakai pun berebut...hmm esok2 kalau mummy beli baju,biar beli sama brand,sama warna n semuanya samalah senang sikit,pastu boleh turunkan baju tu untuk si kembar plak,save bajet huhu

malam tadi tengah asyik mummy susukan Daniel,tiba2 jer dia cabut mulut dia dr menyusu dgn mummy bila dengar suara ayah,kuat betul aura ayah kamu yer...pas2 cabut tu,miqael plak sambung menyusu. Si daniel kamu dah meluru meja makan,sbb ayah n abg Joe tgh makan,dalam sibuk nak berdiri kat kerusi,entah macamana kerusi tu jatuh n terhempap kamu,habis muka kamu biru kesan kena hempap tu,mujur tak jadi apa2...kelam kabut mummy cari ais nak susutkan bengkak kat pipi tu..

kamu menanggis dgn penuh syahdu huhu,mummy susukan kamu n kamu terus tido...pas tidokan kamu,mummy tidokan miqael kat bilik,dalam asyik menyusu tu,mummy pun terlelap sekali..abg joe n abg aiz mummy tak tahu citer dah..mungkin mummy penat sangat,mmg terus terlelap,mummy perasan banyak kali ayah kejut suruh tido bilik,tp, mummy bangun kejap pastu tido balik..last2 ayah cakap dgn nada tinggi sikit "nak tido sini ke" huhu baru mummy bangun n terus tido atas katil,daniel n miqael ayah yg setting mummy dah jauh melayan mimpi..hehe sorry lerrr..



panjat kat pagar sliding door(suka betul kat sini)





suka muka masing2 kalau dapat berdiri cam ni

Wednesday, February 8, 2012

4Hero makin Membesar

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia dan selamat pagi rabu.............

Hari ni hari pertama mummy mulakan tugas untuk bulan februai 2012 setelah bercuti panjang start 28/01 - 7/02/2012..panjangkan cuti...sepanjang mummy cuti,duduk kampung saja..2/2 - 3/2 bawa kembar utk appointment pakar kat Hospital BP,doktor cakap InsyaAllah ada 2 kali lagi treatment lepas tu dah boleh discharge...

Tenang rasa duk kampung,tapi, lagi tenang kalau ada rumah sendiri kat kampung..sepanjang duk kampung tak ada ke mana pun,duk umah ,bw anak ke hospital n pergi kenduri kahwen,selebihnya hanya duk rumah..dengar macam bosan,tapi, nak buat macamana ayah busy dengan kerja siang malam,tak ada masa nak bawa keluar,lagipun ayah tak suka kalau keluar bawa semua anak-anak,sbb ayah cakap anak-anak tak reti diam,kadang2 sedih hati mummy,dah nama pun anak2 kecik mana nak diamnya..yang mereka tahu main n main..ayah selalu cakap anak-anak mummy tak macam anak orang lain..anak org lain kalau bawa jalan diam jer..selalu mummy tanya ayah,anak sape yang bawa jalan diam jer..pada mummy kalau ada budak kecik umur bawah 5 tahun diam jer sepanjang jalan ada benda tak kenalah tu..entah2 ada penyakit..normal lah budak nakal usia bawah 5 tahun..tapi, ayah tak faham..yang ayah tahu anak-anak hanya menyusahkan dia.. hmmm..




Izz Mohamad Rayyan..
Semakin membesar ni banyak dah perubahan,selera makan tinggi,boleh diharap,pandai bawa diri,kalau adik bergaduh dah pandai leraikan..thanks abang..tapi, akhir2 ni mummy nampak muka abang stress,stress yg ketara,bila malam abang meracau2 time tido,mungkin sbb abang selalu kena marah dengan ayah..abang duduklah dengan mummy kat sini,biar mummy jaga abang..biar abang tak selalu kena pukul n tak dipaksa tidur.satu lagi mummy nak ucap terima kasih sbb selalu leraikan perselisihan faham antara mummy n ayah.

Izz Mohamad Izzuan
makin hari kamu makin kiut miut,geram mummy tgok kamu sampai ada orang cakap kamu gegirl,gelihati mummy bila dengar org cakap mcm tu,kamu mempunyai personaliti yang selamba,kamu tak boleh berenggang dengan ayah,wpun ayah marah kamu,kamu tetap nak tido dengan ayah,kalau tak dapat tido dengan ayah mesti sepanjang tido kamu gelisah semacam,macam2lah kamu ni..terima kasih selalu sejukkan hati mummy dengan senyuman manis kamu tu.





Izz Muhammad Miqael
Sejak dah pandai duduk ni kamu suka buli kembar kamu,lagi2 bab berebut barang sanggup kamu cubit kembar kamu kalau tak dapat barang yang kamu rebutkan,buat mummy tersenyum tgok keletah kamu,dah 2 hari ni mummy tgok kamu cuba berdiri sendiri InsyaAllah bulan depan dah pandai berjalan,kalau dah pandai jalan bermakna pandai "mengemas" rumahlah jawabnya..mummy bersyukur sbb doktor cakap perkembangan kamu semakin baik walaupun kamu baby prematured.mummy rindu kat gelak kamu yang kelakar tu ^_^..

Izz Muhammad Daniel
anak mummy yang chubby + manja sangat,kesian mummy tgok kamu selalu mengalah dengan abg kembar kamu,mummy suka tgok muka kamu yg comel buat hati n jiwa mummy tenang,suka bergurau dengan abg aiz n abg joe,kamu pun macam abg joe,kalau ayah ada mesti nak tido atas dada ayah,kamu mmg manja dgn ayah,kadang2 mummy jeles,iyerlah kamu jarang jumpa ayah tapi,cara kamu manja tu seolah2 macam selalu jumpa..

Buat hero-hero mummy,mummy sayang sangat2 sama kamu semua,maafkan mummy kadang-kadang mummy terpaksa tegas dengan kamu.

Tuesday, January 3, 2012

2012 adanya SINAR

Dah tanggal 3 Januari 2012 dah hari ni....bermakna 3 hari dah di tahun baru...bertambah lagi usia kan...??

Awal2 hari tu,ada kawan2 yang ucapkan selamat tahun baru sambil selit ucapan semoga tahun ni dapat triplet..TRIPLET??? hahaha sedangkan twins + abang abang je mummy dah jadi gergasi Gorgon, kalau ditambah plak dengan triplet mahu jadi segala2nya karang..
Tapi kalau Tuhan nak bagi, dan Tuhan rasa mummy mampu jaga diaorang, InsyaAllah mummy terima..tapi, mummy mmg jadi housewife terhormatlah..

buat hero..hero.. hero... hero... mummy,mummy doakan yang terbaik untuk kamu semua..



Buat abg aizz (Izz Mohamad Rayyan)
terima kasih sbb dah pandai tolong jaga adik adik walaupun mengeluh penat, terima kasih sbb dah tak pakai diapers,kurang sikit perbelanjaan hehe..


Buat abg Joe (Izz Mohamad Izzuan)
terima kasih sayang selalu sangat mengalah,paling mummy suka kamu tak pernah kedekut walaupun makanan kat tangan kamu tgal sikit,kamu sanggup kongsi dgn abg aiz,tapi, yg paling kesian bila makann yg sikit kat tangan kamu semua abg aiz ambil,tapi, kamu diam seolah2 redha jer..huhu


Buat abg Aqil (Izz Muhammad Miqael)
Sekarang kamu dah pandai panjat sofa, terima kasih sbb kamu makin sihat mummy tgok walaupun doktor cakap perkembangan kamu lambat,tapi mummy tgok kamu macam baby lain juga..tak ada pun beza..punya kamu kuat menanggis..huhu



Buat Anil (Izz Muhammad Daniel)
Kamu makin manja sangat2, suka sangat ketawa, yang paling kamu suka lakukan kacau abg aizz main game kat ipod,semalm pun kamu kena marah + kna pukul ngan abg aizz,hehe.. kamu sebiji macam abg aizz suka tgok tv,suka main, n paling mengada kamu suka merajuk hehe gelihati kamu ni..terima kasih sbb kuat makan senang hati mummy(cam abg joe kuat makan)

Thursday, December 1, 2011

Apa Dah Jadi Ni!!

Tak pasal-pasal pagi ni mummy lewat sampai opis + mata bengkak.....
nasib baik pagi tadi cik zira kamu kejut mummy,kalau tidak mesti mummy tak kerja agaknya...bangun2 dah pukul 6:30am..cepat2 capai tuala terus pergi mandi n solat..

si kembar tengah tido mummy angkat jer masuk stroller,abg2 plak mummy tgok semua terbongkang...

nak tahu apa sebab lambat hari ni...
ni nak citer ni, malam tadi cik zira dah buatkan susu untuk abg2 dalam pukul 11:00pm, mummy fikir kejap lagi kamu berdua tidolah..si kembar plak daniel dah tido lama,miqael plak tgh menyusu dgn mummy,miqael mmg macam tu kalau nak tido suka mengempeng lama2...tgh duk nyusukan miqael entah mcmana mummy pun terlelap...

part ni yg mummy naik hangen satu badan..dalam pukul 1:00am mummy tersedar sbb dgr suara budak gelak,mummy bangun tgok abg joe n daniel bergurau...abg aizz plak g tukar2 channel TV, miqael plak pergi main botol minyak yuu yee........ho ho... geramnya...dah pukul berapa ni woooiiii,asal korang leh buat pesta plak...

Mummy dah hilang akal dah time ni,angin dah satu badan,hati dah mendidih,otak dah tak leh nak fikr benda yg waras dah.. si abg2 dah kena sedas 2 tangan mummy lkat tapak kaki..menjerit2 nanggis..si kembar plak buat muka seposen..si abg joe,agaknya takut mummy dia dah jadi SINGA...sampai boleh terberak...aduhai satu hal lagi...tgh2 malam mummy heret masuk bilik air,geram sgt hati dah..terus mummy mandikan...Kejamkan....

si abg aizz dah nanggis suh cik zira bangun coz takut mummy dah jd Singa..tapi, cik zira dia kalau dah tido mmg tak sedar dah..masa siapkan joe punya baju,mummy terpaksa juga kejutkan cik zira...sian cik zira kamu,siang malam pagi ptg jaga kamu layan jer kerenah kamu..mummy suh cik zira buatkan susu si abg2,cik zira ngan muka mengantuk dia bangun juga untuk kamu tahu...

lepas cik zira siap buat susu,cik zira siap sound kamu berdua.."korang kalau tak tido lepas ni,cik eila lempang sorang2"hahaha padan muka kena marah... tu part abg2 dah selesai mmg lepas habis minum susu semua tido dalam pukul 2:15am...

giliran si kembar plak, dua2 berlumba mengesot..mentang2 dah pandai maju ke depan...makin kita marah makin laju dia...1st mummy ambil daniel...mummy angkat mummy cubit hidung dia n dua jari hinggap kat tapak kaki..geram rasa sbb join abg2 main..daniel tgok jer muka mummy,nak minta simpatilah tu..mummy malas nak layan dah..mummy susukan lebih kurang 10 minit,daniel tido..ok dah 3 org hero tido..





sorang lagi miqael plak..mummy angkat,sama juga dua jari mummy hinggap kat tapak kaki dia..boleh gelak plak...saja jer buat mumy dia lg geram..bagi susu belah kanan..dalam 10 minit tak mahu tido juga..bagi plak susu belah kiri..sama tak mahu tido gak..ops mummy lupa,kalau miqael dia suka menyusu bila mummy baring..bila mummy baring dia baring atas badan sambil menyusu,dalam 2minit dah tido..mummy tgok jam dekat pukul 3am juga baru semua tido..

bila semua dah tido,mummy pergi bilik air basuh muka,mummy tgok muka satu2 hero mummy..kesian abg2 kena marah ngan mummy..sayuhati bila fikir2 balik..nama pun budak dia bukan tahu malam ke,pagi ke,petang ke..yg dia tahu main dan main...sblum mummy pejamkan mata semula mummy kucup dahi sorang2..mummy minta maaf yer sayang..tak niat nak marah n pukul kamu..tapi, mummy betul2 penat..

Wednesday, November 30, 2011

Tuesday, November 29, 2011

4 HEROES @Alamanda

semalam cuti ganti Awal Muharram 1433Hijrah..

pagi2 mummy dah siapkan si kembar..nak pergi alamanda sbb dah janji dgn abg aizz..ikutkan ptg ahad lagi nak pergi alamnda tapi, call cab, operator ckp satu cab pun tak ada...so, nak tak nak terpaksalah buka baju semula abg aizz dah buat muka nak nangis...so, mummy terpaksa janji dgn abg aizz nak bawa esok paginya(semalam).. tapi, abg aizz ckp pergi naik bas... aduhai syg mana boleh naik bas..macamana mummy nak bawa stroller ngan bawa si kembar lagi,dgn bawa adik kamu sorang lagi si joe...



abg aizz


berbalik pada citer mummy dah siapkan si kembar, bila si kembar dah siap mummy kejutkan abg aizz n abg joe..tgok muka abg aizz mcm malas jer nak bangun..rupanya si abg joe lg teruk..boleh bangun pastu landing plak kat tilam lain dan tido semula..aduhai laling2 mummy ni..nak kena babap agaknya sorang2..



abg joe

pendekan citer,dah semua siap,ops lupa cik zira pun ada jugak join..kalau mummy sorang tak bolehlah,mcmana nak handle kamu berempat..silap haribulan mummy nangis sorang2..cik zira handle dua hero yg besar,mummy plak handle 2 hero yg kecik..call teksi centre,operator cakap tgu sekejap ye puan nanti teksi sampai...tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak..dalam 5minit tu..ada panggilan masuk... nak tahu dia cakap apa..." maaf puan tak ada satu teksi pun yg balas panggilan" wuiii..........nak nangis rasa..semua dah hensem2.. nak tak nak kena naik baslah juga...

Episod naik bas plak...masa bas sampai tu,cik zira naikkan 2 hero yg besar..aduhai si joe menanggis mcm org kena pukul...mengigil2 dia,takut naik bas gamaknya..alahai anak mummy sorang ni..dah selalu sgt naik kereta bila naik bas jd cam kena histeria.. si abg aizz sukalah sbb dia mmg minat naik bas(pernah hidup susah dgn mummykan syg)..bila 2 hero besar sudah naik..cik zira turun amek si daniel, mummy pegang miqael..uh nak tutup stroller plak susah sbb dah pegang si kembar.. nak nangis rasa..dahlar dalam bas si joe dah terjerit2 menangis..kelam kabut jadinya..

Alhamdulillah, ada insan baik hati dalam bas tu turun dan berikan pertolongan..terima kasih sgt kat insan tu..tak sempat nak tanya nama cuma ucapan berbanyak terima kasih jer yg mampu diperkatakan.. masa nak turun bas pun insan ni tolong turunkan stroller dulu atas jaln..Ops lupa.. dalam bas si joe peluk erat kaki mummy takut sgt dia..kat kaki joe,kat tangan miqael..apa pun misi nak ke alamanda tercapai..

Sampai jer terus cari tempat makan..mummy malas nak g tempat makan yg heavy..so, mummy cari fast food jer...mummy fikir abg suka burger..nak g mcD penuh betul org..so, mummy g jer Burger King..si hero2 besar berselera makan..si kecik pun boleh tahan juga,nak tahu apa yg si kembar suka n siap nangis2 lagi..makan aiskrim...nasib baik ayah kamu tak ada,kalau tak mahu kena marah baru 8 bulan dah bagi makan aiskrim..untung kamu berempat,kalau ayah tak ada mummy kamu ni sumbat jer apa2 dalam mulut kamu yg penting bersih n halal..

pas2 siap makan..pusing2 g carefour cari susu kamu berempat ....pusing2 lagi n balik...time balik ni mummy ambil jer cab...trus hantar sampai depan rumah..






sampai jer rumah..mandi2 kan kamu...buatkan susu panas...so, semuanya tido kepenatan...sian hero2 mummy tercinta..per pun mummy sayang kamu sgt2..love u syg sbb tak banyak ragam sepanjang kita keluar..mummy bangga sbb mummy boleh bawa kamu berjalan,w'pun tanpa kenderaan sendiri n tanpa ayah disisi..thanks juga kat cik zira...

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Haji 2011

02/11 lepas balik keje mummy terus balik kampung..rindu sangat kat abg aizz(IM Rayyan) n abg joe(IM Izzuan).. sampai jer kampung, terlonjak2 a. aiz n a.joe kesukaan..hehe. sian anak2 mummy..

mummy rindu sangat dkat sebulan tak nampak kamu berdua,mummy turun jer kereta terus cium a.joe pastu a.aiz, si kembar plak asyik menangis jer sbb takut ngan orang..mungkin lama sangat diaorg tak nampak pakcik makcik nenek n atok diaorg..sian diaorg tau rindu kat kamu si kembar,tapi kamu boleh plak nangis...

3/11 pagi2 dah bawa si kembar g check up kat hospital BP, a. aiz n a.joe mummy tgal dgn cik zira,sian cik zira dari kamu semua kecil sampailah kamu berumur sekarang cik ziralah jadi tukang jaga kamu..thanks cik zira..

4/11 hari ni mummy busykan diri untuk kamu berempat,lama dah mummy tak jaga sendiri kamu berempat...mummy teringin sangat nak jadi suri rumah n jaga kamu,mandikan kamu,masak untuk kamu,suapkan makanan kat mulut kamu..tapi, mummy kena kerja sayang,mummy kena kerja untuk besarkan kamu semua untuk pendidikan n masa depan kamu..

5/11 hari ni mummy jaga kamu berempat juga,tp, hari ni mummy letih sangat dgn perangai kamu satu satu,semua buat perangai,mummy tak tahu syaitan apa yg dah rasuk otak mummy hari tu,semua menangis,entah mcmana mummy boleh pijak kepala a.joe,mummy geram sangat sebab a.joe nangis tak berhenti2 tak tahu nak apa,kat sini mummy nak minta maaf kat a.joe,mummy salah,mummy jahat buat a.joe mcm tu,mummy tak niat langsung.tapi, lepas mummy buat tu..mummy terus pergi dapur n basuh muka,terus mummy dapatkan a.joe,mummy angkat kat pangku mummy,mummy cium n usap kepala a.joe..mummy nangis dgn perbuatan mummy sebentar tadi..maafkan mummy n ampunkan mummy sayang..

6/11 pagi2 mummy dah siapkan baju untuk ayah,a.aiz n a.joe smartnya anak2 mummy,tapi, ayah tak nak pergi sembahyang raya sbb ayah cakap ayah nak balik ayer hitam rumah atok,mummy suruh ayah balik lepas sembahyang raya..tapi, ayah tetap dgn keputusan dia..kesian a.aiz n a.joe tak dapat sembahyang raya..sampai rumah atok ayer hitam,atok n nenek tak ada pun,nenek pergi kota tinggi,atok plak kat kedai kepek..sabo jerlah..tunggu nenek balik pastu pukul 3pm ayah dah ajak balik rumah atok n nenek p.sulong semula dah..

7/11 pagi2 nenek dah goreng pisang..mummy bangun lewat sebab sakit kepala,ayah pagi2 ngan cik boy dah keluar ntah pergi mana..pukul 11:00am atok ajak g ngeteh plak...best lama tak g jejalan..lau ngan ayah asyik duk terperap kat rumah jerlah,ayah suka keluar sendiri.. alasannya bawa anak2 kecik menyusahkan..hmmmm..
petang pukul 5pm bertolak balik putrajaya,kesian a.joe kena tinggal kampung,ayah bawa a.aiz jer..alasan ayah dia nak buat kerja susah kalau a.joe ada...mummy kalau si kembar dah pandai jalan nanti,biarlah kamu berempat duduk dgn mummy,biarlah susah senang mummy jaga kamu berempat..mummy dah tak sanggup nak pisah2 dah..sesungguhnya setiap saat mummy rindukan keempat2 anak mummy..

Wednesday, July 6, 2011

Hati mummy Risau

Hari ni nak buat kerja serba tak kena mummy ni.
hati asyik teringat IMR,IMI,IMM n IMD apalah korang buat time ni yer. kesian bibik kena jaga 4 org sekaligus, dua minggu lepas IMI mummy hantar kampung sebab tak berani mummy nak bawa balik sini selalu sangat kacau IMM n IMD..

tapi, mgu ni terpaksa juga mummy bw balik sini sbb ayah banyak keje kat luar mgu ni,so, ayah kata biar anak2 semua dengan mummy, akur jerlah. harap sangat bibik boleh kawal anak2 mummy ni semua,mummy tahu anak2 mummy baik2 belaka cuma IMI jer ada sikit nakal suka kacau adik2.













Bibik Ariyah(t.kasih jaga anak2 mummy dengan baik)


kalau hari2 yg lepas bibik boleh buat solat Duha, masak, basuh baju n lipat baju tapi, mummy tak pastilah kalau ada IMI bibik leh buat semua tu,mummy dah psan kat bibik jgn tinggal IMD n IMM kalau IMI tak tido risau dibuat bukan2,iyerlah jeles mungkin.manataknya IMI masih kecik tapi, dah ada adik lagi,kembar plak tu.mana tak kecik hati huhuhu..

kalau abang IMR mummy tak risau sangat,kalau Ipad kat tangan apa pun dia lupa,leka sangat main ipad dia...macam2 hal anak2 mummy ni,senyum sendiri mummy kalau tengok telatah sorang2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX