Google Website Translator Gadget

Friday, October 28, 2011

Kembarku Gumbira

Sejak duduk rumah pengasuh baru ni,hati mummy lega sangat sbb setiap kali mummy ambil time balik keje,kamu berdua ketawa..senyum2..baik2 penat terus jer hilang tengok keletah kamu berdua...

tak macam sebelum ni masa dekat rumah pengasuh 'itu' muka kamu berdua nampak stress jer...bukan kamu saja yg stress syg..mummy tgok pengasuh 'itu' pun mummy stress..
apa pun mummy doakan yang terbaik buat kamu berdua.

kepada pengasuh 'itu' mummy mmg tak puashati sbb jaga kamu 9hari dia cas sampai RM410.00. mummy tak kisah sangat pasal duit tu..tapi, yang mummy berkisah tu pengasuh 'itu' tiada tanggungjawab langsung, kamu digigit,punggung kamu n penis kamu berdua habis beruam sampai berkudis n berdarah..dahlah tak pernah cakap minta maaf sbb gigit kamu..

serius mummy blacklist terus nama dia sebagai pengasuh,kalaulah darurat sekalipun mummy tak akan bagi pengasuh 'itu' jaga kamu atau sesapa pun anak kawan2 mummy.. termasuk pengasuh 'itu', dua org pengasuh yang mummy blacklist. seorang pengasuh yang mengatal kat ayah kamu(betina R13)sorang lagi pegasuh 'itu'..sampai bila2 mummy blacklist.

Tuesday, October 25, 2011

Hari Pertama hantar kembar kat Pengasuh baru

Kasihan anak mummy bertukar pengasuh lagi....



bukan sengaja mummy nak tukarkan kamu berdua dekat pengasuh lain...
mummy terkilan sbb pengasuh yang ada sekarang ni langsung tak ada tanggungjawab, sampai kamu berdua kena gigitlah..lepas tu yang mummy sakit hati dan agak marah jugak tak sampai 3 hr dia jaga habis punggung n penis kamu dipenuhi ruam..
betul2 tiada tanggungjawab langsung.




Thursday, October 20, 2011

Kasihan kembar Mummy

semalam petang balik dari rumah pengasuh masa nak naik lif mummy perasan kat dagu miqael ada merah-merah. sbb dalam lif tu tak baper nak terang mummy perasan macam tu jerlah.

sampai jer rumah mummy terus buka lampu belek punya belek OMG kena gigit!!! mummy tgok saiz gigitan macam gigitan orang besar. mummy dah mula rasa nak marah jer...wui baru baper hari nak kena gigit bagai....
ni kesan gigitan kat dagu miqael



mummy terus tuju kat daniel pula, dari hujung rambut sampai hujung kaki mummy belek... tu dia ader jugak rupanya kena gigit kat dua2 belah kaki... makin panas jer hati, bagi mesej kat cik asz suruh cik asz mesej kat ayah untuk top up kan mummy ada emergency mummy cakap...lepas ayah top upkan tu mummy terus tepon pengasuh tu...

tapi, hampa banyak kali tepon dia tak jawab, mummy mesej plak, tak balas gak...lepas isya' bgth ayah akak tu masih tak nak jawab panggilan mummy. ayah cakap bagi nombor pengasuh kat dia, biar dia tepon. tup.. tup.. masa ayah tepon akak tu jawab plak. ayah terus cakap dgn dia yang kejap lagi mummy nak telefon dia..

ayah tepon mummy n bgth akak tu angkat so, cepatlah mummy mendail nombor akak tu, terus akak tu minta maaf, dia kata anak dia yang besar gigit sebab geram...wui kalau geram pun janganlah sampai gigit dik oiii.. ingat buah epal ke...
ni gambar kaki daniel plak, yang kaki sebelah tak amek pun gambar


geram jer rasa....apalar dosa budak tu sampai gigit berbekas cam ni




Wednesday, October 19, 2011

Terima kasih Tuhan

pai semalam 18/10/11 ayah telefon mummy, ayah cakap kereta ford diselimuti salji pagi2 depan kilang Munchy's.. mummy tak faham maksud ayah. Diselimuti salji! depan kilang Munchy's! tak faham tak faham....

Rupanya kereta ford meletup masa abah bawa,pagi tu abah hantar mama pergi kerja,daripada yang mama cerita kat mummy. sebaik saja kaki mama menjejakkan kaki ke tanah enjin kereta meletup dan bahang panas dengan api besar buat mama jagi takut n mengigil,mama cakap mama menjerit- jerit minta orang tolong sebab masa tu abah masih dalam kereta..mesti situasi masa tu kelam kabutkan, sian mama n abah.

mama menjerit-jerit minta tolong ambilkan tong kecemasan bomba utk padamkan api,tu yg jadinya kereta diselimuti salji.Apa pun mummy bersyukur sangat sebab Tuhan selamatkan keduanya..

Keadaan kereta selepas api dah terpadam

Wednesday, October 12, 2011

Hari Pertama si Kembar hantar rumah Pengasuh

pagi-pagi tadi si daniel dah bangun pukul 6pagi mcam tahu jer mummy nak hantar pergi rumah pengasuh si miqael masih lagi berteleku tido,kenyang agaknya lepas menyusu.

mummy harap sangat keduanya tidak banyak membuat ragam...anak2 mummy baik2 kan... love u all sgt2... hendak saja mummy terus jaga kamu sendiri,tapi, mummy masih banyak lagi komitmen..biar apa pun mummy tetap saja ingat kamu setiap saat.

mummy tak sabar nak balik dari opis untuk bertemu kamu...rindu sangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX