Google Website Translator Gadget

Showing posts with label cerita kita. Show all posts
Showing posts with label cerita kita. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

saja-saja menjengah

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

ada lagi ke orang yang follow blog mummy ni..

sekarang ni mummy busy sangat..
siang malam bekerja..
siang kerja bergaji..
malam suri rumah uruskan kerja-kerja di rumah.

dah hampir setahun mummy kerja sorang-sorang..
kadang rasa nak pitam nak bayar itu ini dengan hutang pinjaman sana sini..
kadang buat je macam happy tapi Tuhan saja yg tahu apa yang mummy rasa.

kadang dengan no ic kat tengah tu 01 (menandakan anak Johor)
nak jer minta Sultan Johor derma kat mummy RM100,000.00
dapatlah tutup satu pinjaman mummy..
peningnya Ya Allah
pinjaman koperasi ada 2 berjumlah lebih kurang RM150K
pinjaman bank ada 2 berjumlah lebih kurang RM230K
pinjaman perumahan ada lagi RM80K

jumlah keseluruhan dekat RM500K

hmm hari2 berlalu asyik fikirkan pasal pinjaman..
3 dari pinjaman yang mummy buat tu adalah pinjaman untuk ayahizz..masa tu nak meniaga kononnya..mummy yg baikhati nak menolong suami buatlah pinjaman sebab dijanjikan akan bayar balik, dari satu pinjaman ke satu pinjaman.
 akhirnya mummy yg kena bayar sorang2
hmm xmampu nak kata apa.. Nasib? entahlah

dengan baki gaji tinggal puluh2 kat slip gaji
mummy tak tahu nak makan apa kadang..

macam semalam pertama kalinya dalam hidup mummy beras habis..kesian kat anak5 mummy,adalah beras untuk secawan..mummy buat bubur..
ada sayur kangkung sikit mummy tumis
ikan bilis mummy goreng..
kita makan sama2 Alhamdulillah syukur kita kenyang...wpun pada mulanya mummy fikir cukup ke kita 7 beranak nak makan..
syukur Tuhan cukupkan
ayah amek sikit
mummy amek sikit
abang izz ngan abg joe makan dua kali
abg qiqin ngan adik makan sekali..
Adam makan mummy suap..

Ada sesiapa tahu tak alamat sultan Johor?
memang nak sangat mohon bantuan..

Tuesday, May 27, 2014

Kami anak Ayah..

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Situasi 1 (24/5/2014)

mummy : Abg Joe kenapa letak kunci kat luar? bahaya nanti orang masuk rumah..
A. Joe    : Ami ni, nanti aAYAH balik mcmana ayah nak masuk kalau xada kunci.. nanti semua dah tido tak dengar.

Situasi 2 (25/5/2014)

mummy : Abg kenapa tak habiskan mee tu,tadi beriya minta.
A. Izz     : Aizz makan sikit,lagi sikit bagi ayah. kesian AYAH tak makan.

Situasi 3 (26/5/2014)

kawan mummy : Abg,adik(si kembar) ni auntie belikan koko krunch, balik rumah kongsi dengan abag2.
si kembar abg   : satu abang Izz, satu abg Joe, satu akin, satu nanan, satu adam, satu AYAH

situasi 4 (26/5/2014)

si AYAH telefon selepas 3 hari mendiamkan diri.
A.Izz jawab n buka loudspeaker.bila si adik2 dengar suara si ayah memasing berlari duduk sebelah abg izz..kelakar tengok,
diaorang buat bulatan sambil memasing dengar perbualan, sesekali si adik3 menyampuk,
 memasing nampak teruja n happy(rindu agaknya).

kesimpulan dari 4 situasi tersebut mummy nak beritahu, yang mummy tak pernah ajar anak5 membenci atau memburukkan ayah mereka seperti tuduhan seseorang didalam komen status mummy di Facebook.
yang buruk perangai adalah ibu ayah tak perlu untuk anak2 tahu.
saya tak pernah di ajar untuk memburukkan ayah kepada anak2 sy.saya dari keturunan yang penuh kasih sayang dan pemaaf.
Buruk Tau jahat sekalipun pasangan kita tak perlu libatkan anak2 sebab satu masa anak2 boleh menilai sendiri, jangan racun pemikiran mereka dengan keburukan kita..
ajar anak2 menyayangi kedua ibu bapa, ajar anak2 menghargai agar satu hari anak2 akan ingat kita..
tak perlu harapkan wang ringgit daripada anak2 kelak.
cukup kita berdoa agar anak2 ingat pada kita sebagai orang tuanya dan menyedekahkan Al fatihah dalam setiap doanya samaada kita hidup dan tiada lagi di dunia ini..

anak-anak adalah Amanah Tuhan..didiklah dengan kebaikkan..kita mencorakkan mereka.
#NoteToMyself

Wednesday, March 27, 2013

Bercuti @Melaka

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

pagi isnin mummy kerja macam biasa serasa putus asa sbb ayah tak bawa berjalan pun hari ahad tu...
dalam tengahari ayah call minta balik awal petang sbb ayah cadang nak peri melaka...
serius hati berbunga kembali...

balik kerja 5:30pm packing barang terus saja kereta meluncur ke destinasi iaitu Melaka..Negeri kegemaran mummy bila time brcuti...entahlah serasa tak pernah bosan kalau kat Melaka tu..sampai saja malam tu terus cari tempat makan.. ayah belanja sedap gilr menu malam tu...tapi, kesian kat abg joe..sepanjang makan dia tido.. sian anak mummy..


lepas makan ayah pergi cari hotel, dari satu hotel ke satu hotel semua penuh..musim cuti sekolahkan..
last2 dapat Hotel Beauford kat Melaka Raya..oklah dua bilik siap ada Jacuzzi lagi..seronok kamu berempat yer..sampai2 terus minta mandi...abg joe yg tido pada awalnya pun mata terus segar..ingat lepas korang mandi nak ajak ayah pusing2 melaka di malam hari..tapi, ayah mention dia penat...redha sajalah mummy...

malam tu mummy tido bilik kedua dengan si kembar.. ayah tido bilik utama dengan abg aiz n abg joe..bangun pagi tu semua lena jer tido...

bila semua bangun bersiap pula nak ke ayer keroh..pergi jusco makan dulu...tapi, kamu berempat sibuk minta ais krim..pagi2 dah breakfast aiskrim

siap breakfast..
ayah carikan seluar abg aiz n abg joe..ayah carikan kamu berdua sandal juga..untuk si kembar mummy hanya bgth ayah tak payah...biarlah utk abg2 saja..
keluar dari Jusco ayah terus ajak naik kereta lembu..lamanya mummy tak naik..seingat mumy dulu masa mummy kecik2 adalah naik sekali..

selepas tu ayah ajak pergi mauk zoo..

 Naik kuda
RM2.00 kanak2
RM3.00 dewasa
RM4.00 Dewasa + kanak2

 Take 5
makan ais krim

 Hero2 mummy

 abang2 cinta hati  mummy

 Si kembar paling mucuk...


 Selepas balik dari Zoo mummy nak ajak pergi bandar Hilir..tapi, ayah cakap lainkali sbb ayah ada janji dengan orang malam tu...hmmm apa pun terima kasih ayah bawa kami bercuti... bye melaka..jumpa lagi tuk next trip..
\





Saturday, March 23, 2013

Bersawang sudah

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

dah lama rasanya mummy tinggalkan blog mummy ni...
naik bersawang dah...
lantai pun berkulat..
tiang pun dah goyang..

busy sungguh mummy akhir2 ni mmg tak ada masa dah nak update umah ni...
anak2 mummy yg mummy sayang...maaf yer awal tahun 2013 ni banyak sgt komitmen mummy sampai mummy tak sempat nk bercerita ttg hal kamu adik beradik...

abang aiz n abg joe masuk bulan ni dah 3 bulan bersekolah di sekolah tadika kemas kt sri wangi kt kmpung nenek... bila mummy balik kg ada jer cerita.. baru ni nenek ckp cikgu komplen abg aiz banyak menyendiri n senyap.. cikgu ckp mungkin abg aiz stress..sian anak mummy...
lain pulak dgn cerita abg joe cikgu selalu puji bijak n pandai bergaul... mungkin abg joe dah biasa dgn org..mcm abg aiz pula selama ni mmg tk bercampur dgn saper...sian ank mummy...
takper mummy tetap doakn yg terbaik utk abg yer...




kisah si kembar plak....hmmm ni yg mummy malas ni hehe...maaf yer sayang mummy miqael n daniel...bkn mummy malas apa pun..tpi kamu berdua serius makin jadi perangai bijak pandainya habis semua kamu nk tahu... mummy ni dah jd tarzan tau kt umah tu..bulan ni juga dah 3 bulan kamu berdua duk taska sri comel kt bwh opis mummy ni..teacher kamu bgth..kamu berdua skrg dh pandai bw diri.. dah tahu mana tmpat utk dtuju..tapi teacher komplen yg kamu berdua suka bergaduh plus suka gigit2.. aduhai kalau kamu berdua gigit antara satu sama lain mummy tak kisah..jangan duk gigit anak org...pening mummy karang nak jwb..




InsyaAllah ada masa mummy update blog ni..

Wednesday, November 28, 2012

Rindu

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

gambar2 kat bawah ni adalah malam terakhir(25/11/2012) keempat - empat anak mummy ada di rumah,
esok siangnya abg joe n abg aizz balik kampung .

sekarang ni hanya tinggal si kembar jer dengan mummy, Ya allah permudahkanlah segala urusanku agar satu hari anak - anakku boleh sebumbung denganku....
biarlah mereka membesar dihadapanku..

Abg Aizz n abg Joe, biarpun jarak memisahkan kita, kamu berdua tetap terus bertakhta didalam hati mummy...
rindu n sayang kamu buat selama-lamnya...

4 hero mummy baik jer makan..





  dua beradik(abg aiz n miqael) ni bila nak habis



sayang selamanya buat kamu berempat tanpa noktah....






* terima kasih buat mama, abah, cik boy, cik mimi(emmy),cik asz n cik illa(zira) , terima kasih sbb jagakan anak2 akak...

Monday, November 5, 2012

Berisik Khabar

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Lama tak berblog cerita pasal anak2 mummy...
busy memanjang jer mummy ni kan...
saat ni mummy rindu sangat kat ayah..my lovely husband
saat ni juga rindu kat abg joe yang jauh di Johor
saat ni juga rindu kat abg aizz yang makin hari makin manja
saat ni juga rindu kat si kembar mummy yang makin alahai aktifnya nak oii

apa pun bersyukur pada Tuhan
semua insan yang mummy rindui
sentiasa memberikan ketenangan dalam hidup mummy

Ayah,

mummy setiap hari rindukan ayah..
sejak akhir2 ni selalu jer ayah tak berapa sihat..
badan pun selalu sakit2,cuaca sejuk barangkali..
walaupun macam tu,ayah tetap bangun pagi buat nasi lemak
untuk dihantar ke opis mummy
pastu ayah kena jaga si kembar ngan abg aizz sbb pengasuh anak2 tak ada
karang petang ayah kerja plak..
sian ayah
penat tapi ayah tetap juga buat segalanya
terima kasih ayah..

abg joe,

jauhnya kamu dengan kami..
dengar dari berita rumah makcik mummy yang jaga kamu tu banjir..
kalaulah makcik mummy kena pindah dewan
saperlah yg nak jaga kamu kat sana.
nak jer mummy bawa kamu balik sini.

si kembar n abg aizz

tolong jangan nakal2,sian ayah penat..


Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,



Dikesempatan ini mummy dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf andai ada salah dan khilaf yang disengajakan atau tidak sepanjang dari awal penulisan mummy hinggalah ke hari ini..

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin 

buat followers mummy,silent readers & semua samada secara langsung atau tidak.






Ikhlas daripada mummyizz, Ayahizz, 
Izz Mohamad Rayyan, Izz Mohamad Izzuan, 
Izz Muhammad Miqael & Izz Muhammad Daniel

Wednesday, May 2, 2012

Hari minggu yg cukup Bermakna

Assalamulaikum n salam sejahtera uols.

Hari minggu baru ni,sangat2lah gembira hati mummy ni n berbunga2 rasanya, !st anak kesayangan mummy abg joe balik rumah mummy,2nd mama,abah n adik2,pakcik2 n makcik2,sepupu2 pun bertandang kat rumah mummy. meriah sangat..walaupun penat,kurang tidur sangat berbaloilah..

28/4 pagi tu mummy kemas2 sikit apa yang patut,mummy ni kalau tak ada ayah kemas rumah mana yg nampak depan mata jer,kalau ada ayah mesti bertukar segala posisi barang dalam rumah tu,iyerlah ayah pandai menghias,kalau mummy ni pandai menyepahkan adalah hehe. tengahari tu bibik cakap dia nak keluar n cuti sampai selasa balik dengkil,lantak ko lah bik,nak cuti ke,nak berjimba ke,nak apa sekalipun dah malas nak cakap dah mummy ni.. nilah bibik mummy hari sabtu jer mesti nak cuti sampailah ahad.lupakanlah pasal bibik tu..

pukul 5:30pm ayah sampai dari kampung,dari dalam rumah mummy dah nampak kelibat si budak ketot abg joe hehe,teruja terus hati mummy tgok abg joe,dari dalam rumah mummy dah terjerit2 nama abg joe,abg aizz melompat kesukaan sambil jerit 'yes kawan aiz alik' apalah abg aiz,gembira sangatlah tu kwn ketawa n kwn air mata dia balik..si miqael n daniel pun teruja sama bila tgok semua org gembira.abg joe turun jer dari kereta terus dia cium daniel n miqael,nampak cam rindu sangat. abg aiz plak salam abg joe,siap abg aiz yg cium tangan abg joe,padahal kalau ikutkan abg joe yg cium tangan aiz,dah teruja gembira agaknya,sampai salah..mummy rapat kat abg joe,mummy cium pipi dia. Rindu sangat kat anak ketot mummy ni.

Malam tu, dalam pukul 9pm Keluarga wak saleh sampai satu keluarga,bermacam dibawanya,macam nak tinggal seminggu gayanya..bersembang bermacam2 isu, sambil ayah masak 2 jenis lauk lagi,mummy dah masak satu lauk petang tu,ayah cakap takpe ayah tambah lagi 2 lauk,takut org lapar..

29/4 pukul 2pagi mama, abah n adik2 sampai, diikuti dgn wak besah serta keluarga wak selamat,ni lagi,bermacam jenis di bawanya,iyerlah org jawalah katakan,kalau datang bertandang rumah org tak pernahnya tangan kosong...wah meriahkan ada 5 family dalam satu rumah mummy yg kecik itu...best sangat penuh segala ruang.kesian sangat sbb bantal kurang.kat rumah mummy ada 18 buah bantal,ingatkan cukup rupanya kurang juga,kesian saper2 yg tak dapat bantal tu,terpaksa guna kusyen hehe sorry..

kiranya satu malam tu mummy tak tido,lepas subuh tu mummy terlelap kejap masa susukan daniel,adalah setengah jam kut,..pukul 12tghr,semua bertolak ke rumah sepupu mama kat bangi untuk majlis kenduri kahwin. pukul 2:30pm bertolak semula ke rumah mummy,keluarga wak salleh terus balik Johor. so, tinggal 4 Family jerlah.. Petang dalam pukul 6pm jalan ke KL sbb mama n isteri wak selamat (wak noi) request pergi  Masjid India.Suka sangat bila tgok semua org gembira,mama,wak noi n wak besah macam org rambang mata,semua benda nak dicapainya..bila tgok diaorg gembira, hati ni turut sama gembira walaupun letih tak tido semalaman.



30/4 hari ni mummy ambil cuti,iyerlah takkan ada tetamu kat rumah mummy nak ke opis plak, cam melampau jer rasanya,bukannya diaorg datang selalu pun,hari ni punya menu dari sarapan sampailah makan tengahari semua dari air tangan ayah,Terima kasih sayang sbb rajin masak,ada 7 jenis lauk ayah masak untuk makan tengahari..buat sorang2 tu,semua puji sedap...tengahari tu ajaklah diaorg pergi mandi air terjun dekat Sg Tekala Semenyih..Bestnya part ni, mama, abah n wak noi turut serta mandi sama, abahlah yg mummy agak terperanjat,jarang abah nak mandi kalau kitaorg pergi air terjun atau pantai,last mummy tgok abah mandi kat pantai masa umur mummy 6 tahun agaknya.

Lepas balik dari Sg Tekala. pas siap2 minum petang,kemas2 pakaian semua dah nak berangkat balik Johor,sedih okey time ni sbb kejap lagi mummy akan berpisah lagi dengan si ketot comel abg joe,wak noi cakap sebelum balik Johor wak noi nak singgah Nilai,N9. Ayah cakap tak payah lalu tol,lalu jer jalan salak tinggi,diaorg semua tak tahu jalan. Ayah mempelawakan diri untuk hantar diaorg sampai Nilai,mummy pun ikut sekali..Sampai jer Nilai dalam 5 minit gitu,mummy suruh asz(adik mummy) bawa abg joe jalan2,sementara abg joe jalan tu mummy,ayah, abg aiz,daniel n miqael jalan semula balik Putrajaya.Salam n cium2 semua org,sedih bila kelibat abg joe hilang dari pandangan mata.

Bila mummy dah sampai rumah,mummy call cik asz tanya abg joe nangis tak,cik asz cakap abg joe tanya jer 'ayah ner? ami ner?' sayunya hati. Lepas dua jam berlalu, mummy call mama,mama cakap abg joe dia tak nanggis tapi,, dia macam merajuk, diam saja,yang lagi sedih tu, masa kereta abah keluar dari NIlai 3, abg joe suruh abah pusing balik,abg joe cakap 'Abah pusing sini ambik ayah' mesti dalam hati abg joe ayah masih lagi kat kawasan Nilai tu,padahal kitaorg dah lama sampai Putrajaya..kesian anak comel mummy..
Maafkan mummy sayang sbb pisahkan kamu dgn adik beradik kamu yang lain.

Apapun mummy puashati bila org2 yang mummy sayang ada bersama mummy untuk hari minggu yang lepas,terima kasih semua,maaf diatas kekurangan..Jangan serik,datanglah lagi,kita boleh habiskan duit di KL n Nilai.hehee..

Friday, February 24, 2012

Nyawaku Kasih Selamanya

Ayah n abg Joe


Abg Joe, Miqael, Daniel n' mummy



Abg Joe, abg aizz n' Daniel

Tuesday, December 6, 2011

Episod Rindu Datang lagi

Baru sekejap tadi mummy turun bawah opis jumpa abg aiz,abg joe, ayah n cik zira..
Dah 2 minggu abg aiz n joe tinggal dengan mummy hari ni kamu berdua kena balik kampung.. Sedih sangat mummy, rindu tak habis hilang..dah rindu semula..

Masa kereta ayah nak berlalu tadi abg joe nangis nak ikut mummy,bila tgok abg joe nangis,sayuhati mummy,tak lama abg aiz pun ikut nangis,bertambahlah sayuhati mummy ni...

petang karang mummy balik rumah sunyi semula,hanya suara miqael n daniel sajalah..taklah dengar suara pekik pekuk kamu berdua...rindunya mummy nanti..
Apa pun mummy berdoa ke hadrat Illahi agar perjalanan ke kampung terpelihara n selamat sampai...mummy rindu ayah,abg aiz n abg joe sangat2...kat cik zira terima kasih sbb jaga anak2 akak..maaf kalau ada kekurangan sepanjang 2minggu ni kat rumah akak..

Cerita Hujung Minggu

Hari sabtu yang lepas kita sekeluarga pergi ke melaka..opis mummy ada buat family day kat melaka..mummy just nak berkongsi gambar sepanjang kat sana...



dalam kereta on the way pergi melaka Daniel main saja, Miqael plak sampai melaka mengempeng




abg aiz n abg joe





5 hero sampai jer bilik terus berehat





malam dinner




malam dinner

Wednesday, July 6, 2011

Demam + Tungang langgang

hari ni baru jer naik keje setelah 2 hari bercuti, hari isnin bawa IM Miqael pergi hospital. Alhamdulillah dari cakap doktor IM Miqael setakat ni ok2 saja,tapi, minggu depan kena follow up juga kat doktor pakar.. IM Daniel pun kena pergi juga untuk follow up perkembangan kesihatannya..

balik jer dari hospital, kemas baju sbb nak balik putrajaya plak,iyerlah mummy nak kena kerja,sebelum balik tu ayah bawa durian, IM Rayyan(Aizz) biasalah kegemaran dia ni...banyak ulaslah juga dia makan..mummy just makan seulas je..IM Izzuan(Joe) dia tak makan durian pun ,maybe tak baper nak suka sgt.. pas2 angkat semua barang letak dalam bonet, maka berangkatlah kami balik ke putra..

Sampai jer putra malam tu,IM Rayyan muntah...habis tilam tempat kami tido bau durian + susu,mummy yg tercium bau ni pun ikut muntah sama..mummy lupa yg IM Rayyan tak makan nasi satu hari,mummy n ayah pun tak makan nasi juga..tak lama lepas tu,time nak tido ayah plak muntah2 n sakit perut,cuba gak makan malam tu tapi, dah masuk angin kut..habis semua terkeluar semula.. dah macam apa ntah malam tu sampai ke pagi..ayah muntah 3 kali..mummy muntah 4 kali, IM Rayyan muntah 8 kali..mummy terpaksa suh bibik amek IM Miqael n IM Daniel masuk kat bilik bibik,mummy tak larat nak jaga.. badan dah lepak sangat sbb mntah2 + jaga si Aizz.

bangun pagi mummy bagi susu kat IM Miqael n IM Daniel,bagi Aizz makan roti ngan air panas sebelum bawa pergi klinik,ingatkan nak kerja pagi ni,tapi, dah semua nya terbalik,kenalah cuti lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX