Google Website Translator Gadget

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Hari Jadi Mummy





Assalamualaikum n salam sejahtera dears,



20/8/1982

3:30pagi kelihatan seorang wanita gelisah di atas sebuah katil.. 
Tak lama wanita ni keluar pula, kat luar ada pokok bunga kertas..mulalah wanita ni tawaf pokok bunga tu..entah dia pun xsedar berapa kli dia dah pusing pokok bunga kertas tu..

puas berpusing dia masuk semula diduk atas katil..sama seperti tadi dia tetap gelisah..

"misi,sy rasa mcm nak bersalin dah ni"
"awak tu nak bersalin anak pertama..lama lagi pukul 9:00 atau 10:00pagi nanti baru pergi dewan bersalin.." keras suara nurse tersebut..


' Ya Allah, kepala baby dah dapat ku rasa..'


wanita tersebut dgn tenaga yg ada terus teran..dan 4:45pagi lahirlah seorang bayi perempuan di atas katil ward di Hospital Batu Pahat..

Masa tu suasana ward jadi hiruk pikuk dengan suara nurse2 yg entah kelam kabut sendiri..

Bayi perempuan yang baru lahir tu dalam keadaan terlungkup..
bayi perempuan tu adalah aku...
sekarang bayi perempuan tu dah dewasa..dah bersuami dan dah mempunyai 4 org cahaya mata lelaki..
Mama terima kasih lahirkan akak dimuka bumi ni..lahirkan akk sendiri di atas katil ward..


patutlah akak ni kuat melalui kehidupan ini..rupanya masa mama nk lahirkan akak..mama berusaha sendiri tanpa ada doktor dan nurse..walaupun dah byk kali mama bagitahu mama dah nak bersalin..masih lagi diaorg kata lama lg..


mama..
maaf kalau akak selalu sakitkan hati mama..kalau akak balik kampung mcm xsah saja kita tak berdebat ttg sesuatu isu...tapi, itulah kita tetap bersama..
mama sekali lagi akk nak ucapkan terima kasih banyak2 lahirkan akk kat dunia ni yer..

terima kasih besarkan akak dengan kasih sayang...

sempena hari jadi mummy hari ni...

Hari ni, 20 Ogos 2013 bersamaan dengan 13 syawal 1434H, umurku
bertambah lagi. 

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana hari
ini aku masih lagi mampu bernafas dan meneruskan kehidupanku ini..

Ya Allah Ya Tuhan kami,berikanlah aku ketabahan hati..kekuatan iman dan kesabaran dalam meniti kehidupan dan dugaan yang mendatang..
Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX