Google Website Translator Gadget

Friday, June 8, 2012

Pengasuh untuk anak-anak mummy

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

malam tadi masa bersembang dengan bibik,tiba2 bibik cakap dia nak berhenti,dia tak larat nak jaga si kembar dengan abg aizz lagi.. terdiam mummy seketika..Allahu' akbar dugaan lagi.mummy tarik nafas,mummy senyum jer,mummy cakap kalau dah tu yg dia nak,mummy tak boleh nak halang.lagipun mummy pun sebenarnya dah tak larat nak bela bibik ni lagi.

mummy tanya dia apa sbb yg kukuh untuk dia berhenti,tak sangka bila ayat yg kuar dr mulut bibik, bibik bgth dia tak tahan duduk rumah mummy bila ada ayah,bibik tak sanggup tgok anak2 mummy selalu kena pukul dgn ayah,dia tertekan bila tgok semua tu..setiap kali budak2 kena pukul,dia sedih sgt2,dia bgth juga kat mummy kenapa selama ni dia minta keluar sabtu ahad,dia minta keluar sbb dia nak tenangkan fikiran dia cakap,apa2lah bik. bibik bgth yg dia tak faham dgn perangai ayah,bila baik,baik sgt,tapi, bila panas barannya naik semua dimarah sampai tak ada sorang pun yg terkecuali dalam rumah tu, bila bibik dah bgth mcm tu mummy fahamlah.

sekarang ni mummy tengah fikir saper nak jaga anak2 mummy,peningnya kepala otak mummy nak fikir semua ni,iyerlah kalau nak hantar taska,mummy nak bawa naik apa? mmg boleh bawa naik bas,tapi, mcmana mummy nak dukung si kembar,dgn nak pimpin tangan abg aizz lagi..susahnya,kalau nak hantar rumah orang pula,semua tak sanggup bila mummy bgth yg mummy balik kerja pukul 7:00pm.

ada sesaper tak ek yg nak jadi pengasuh ahad petang datang,jumaat petang boleh balik,yg datang pagi balik petang pun tak per,yang nak tinggal duduk umah mummy pun tak per..

4 hero izz (jaga 3 org jer,yg sorang mmg duk kampung)
harap sangat ada yg nak jaga anak mummy sebelum 16hb jun 2012


* biar apa pun orang cakap pasal ayah,cakaplah mummy tetap sayang n cintakan ayah,mmg ayah mudah angkat tangan dgn anak2,kadang2 mummy pun tak faham,tapi, ayah pernah bagitahu mummy yg ayah ader trauma dari kecik... entahlah. apa pun doakan kebahagiaan kami sekeluarga.

1 comment:

Izan Ishak said...

allahuakbar mummy.. beratnya dugaan bila takde yg nak jaga anak2 ni kan. izan pun dpt rasakan sbb dulu2 masa anak sorang pernah keje. tapi start bersalinkan yg no 2 smpailah skrg mmg terus dok umah n jaga anak2 sendiri.

moga mummy dipertemukan dgn org yg nak jaga anak2 nnti ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX