Assalamualaikum n salam sejahtera dears,
minggu ni memang minggu yang sangat2 sibuk mummy rasa,dari hari selasa lagi mummy dengan ayah ke hulu ke hilir keluar masuk taska,keluar masuk rumah orang..bukan sebab kami ni penyelia nak sibuk2 keluar masuk taska dan bukan jugak penyibuk nak keluar masuk rumah orang,tapi, tengah mencari org yang boleh jaga hero2 mummy start hari isnin ni.
Taska yg kami pergi redah Taska kat JPN,Taska Si Comel Wisma Tani n Taska Cendekiawan Educare PPj, semuanya mengecewakan hati mummy n ayah sebab dah penuh,kat Si Comel ada kekosongan untuk abg aizz,susah pula rasanya,adik si kembar ke tempat lain,si abg pula kat tempat lain..
Dapat tahu daripada kawan pula ada sorang kakak ni jaga budak sorang jer,mummy pergi redah juga,tanya punya tanya akak tu setuju,tapi, dia bgth yang dia kena cuti dalam sebulan tu 2 kali sebab nak check up sakit jantungnya n kalau dia demam dia juga akan cuti..mummy dah mula risaulah juga,cuti mummy pun dah tak banyak,kalau akak ni selalu cuti,susah jugak mummy,disebabkan tu jer pilihan mummy terimalah jugak..dalam masa yang sama mummy bertanya jugak mana2 insan untuk jadi pengasuh, sebelum isnin depan ni 18/6/2012.
semalam balik dari kerja mummy pergi satu rumah ni plak,tanya punya tanya,yes dia kata tak kisah,boleh jer hantar,syukur sangat..ayah kata oklah tu mummy sbb pengasuhnya pun masih muda,kuat lagi,bolehlah kalau nak jaga anak2 kita yg aktif2 tu...huhu..
mummy harap sangat pengasuh yg baru ni bolehlah jaga anak2 mummy dengan ikhlas,mummy tak nak macam bibik sekarang ni,setiap kali mummy balik jer dari kerja,belum sempat duduk,mesti bibik bebel kata anak2 mummy kurang ajar n tak dengar cakap,padahal bibik tu yg pemalas..
Ya Allah aku bermohon padaMu agar anak2ku serasi dengan pengasuh baru ni,agar hati ini tenang setiap kali melangkah ke tempat kerja n semasa kerja.Amin..
4 comments:
amin..semoga anak awak dpt serasi dgn pengasuh baru..nak pergi keje pun senang hati kan =)
muga dipermudahkan ye.. bkn senang nak car pensauh yg baik kan
InsyaAllah..Amin.
insyaAllah... moga dapat jumpa pengasuh yg baik dan jaga anak2 dgn sempurna nnti ye.
Post a Comment