Google Website Translator Gadget

Monday, June 4, 2012

Izzuan @ Abg Joe masuk ward Part II

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

1/6/2012 pagi ni dalam pukul 4am abg joe bangun menanggis masa nurse bagi antibiotik n ubat demam. cek suhu 37.6'c,masih ada demam lagi.lepas tu abg joe tido semula,pukul 6 lebih abg joe bangun minta susu.

pa minum abg joe tido semula,mummy punya breast time ni sakit sangat,mana taknya satu hari  setengah tak menyusukan si kembar,pergi kat tempat nurse tanya ada tak pam susu,dah tak larat mummy,mcm nak  demam pun ada menahan sakit.nurse bgth ada kat wad 2B,nanti dia kol kan pastu mummy g lah pam kat sana..

sampai jer kat wad 2B,dah tak lengah2 lagi,sementara abg joe tido, mummy g lah mengepam,Alhamdulillah pam elektrik Symphone 2.0 medela,senang n mudah,tak menyakitkan pun.dapatlah 10oz..

bila dah siap tu cepat2 mummy pergi wad 2C semula,sampai jer pintu bilik tgok abg Joe dah nanggis,sian anak mummy,mummy g toilet ambil kain basah lapkan badan abg joe,tukarkan pampes,tukarkan baju,nampak ada ok sikitlah dari semalam.

time doktor round,doktor bagitahulebih kurang pukul 5 pm berkemungkinan abg joe dibenarkan keluar. syukur kat Tuhan,mummy call bibik tanya macamana dengan budak2 dekat rumah,boleh plak dia bebel bgth dia penat siang malam jaga budak2,Allahu' akbar,kenapalah mummy dapat bibik yg tak ada rasa kesian kat mummy ni,dahlah semua mummy buat sendiri,dapat bibik pula yg tak mahu bertolak ansur.Syukur juga hari ni boleh keluar wad.

Dalam pukul 1:00pm kwn mummy datang melawat abg joe (siti aminah abdullah n nor azila ngah),terima kasih sudi jenguk anak mummy + bawa makanan kegemaran abg joe biskut oreo n biskut chipsmore..thanks uols..tapi,masa mereka datang abg joe tido sbb dah dekat 2 jam abg joe menanggis tak benti.mgkin penat menanggis tu yg tertido time mereka melawat..





Dalam pukul 5:30pm,dengan gagahkan diri bawa beg sandang 1,beg besar kat tangan 1belah kiri,dukung abg joe belah kanan(abg joe tak boleh jalan sbb badan dia lemah).Semua nurse kat dalam wad 2C tu abg joe cakap terima kasih + lambai2kan tangan + dengan senyum abg joe yg manis tu. Masa kat dalam lif, mummy turunkan abg joe kejap,lenguh tangan kekdahnya..masa tu, adalah pasangan suami isteri ni tgokkkan kami,

si suami: balik mana ni,?
mummy: balik Presint ..
si suami: suami tunggu kat lobi yer?
mummy: tak lah,balik naik teksi.
si suami: dah kol teksi.(masa ni si isteri dah mcm nak cakap sesuatu)
mummy: belum lagi, turun bawah kang baru nak kol.
si isteri:  tak pelah dik,tumpang kitaorg jer,kitaorg pun nak menghala ke sana?
mummy: tak perlah kak.sy naik teksi jer,kesian kat akak nak berhantar kitaorg.
si suami: sini adik acik dukung( abg joe geleng kepala), sini beg tu biar saya bawa(sambil hulur tangan untuk ambil beg pada tangan mummy).
mummy: hmmm...terima kasih banyak2
si isteri: takperlah dik,kitaorg pun sama jalan ke tempat awk,kesian awk bawa barang2 dgn nak dukung budak lagi.

serius mummy malu sangat time ni,mummy sebenarnya tak baper suka bila org simpati dengan mummy,mummy takut bila ramai sgt yg simpati, mummy jadi tak kuat,tak tabah mcm skrg. akak tu kerja kat SMK Presint 9(1),tak sempat nak tanya nama akak tu.terima kasih banyak2 dari mummy.

sampai jer rumah,abg aizz terus cium abg joe,tanya "joe sakit" sian abg aizz sayang dia kat adik dia,si kembar tak sempat mummy nak duduk dah kejar minta susu.duduk terus kedua2nya tarik baju,sabar jerlah..lepas mandi abah telefon beritahu abah nak datang malam ni.Alhamdulillah,gembira bila dapat tahu abah ,mama n emmy nak datang,ada jugak kekuatan mummy malam ni..

4 comments:

zamarissa said...

serius...aku sedih dgn cite ko ni...semoga ko semakin kuat n tabah menjalani kehidupan ni k...

MommyIZZ5 said...

doakan aku sihat liza..

LYAfrina said...

kesiannya....
moga cepat2 sembuh ye.. sesungguhnya setiap ujian ymnimpa adalah tnda kasih drpnya..

Izan Ishak said...

izan pun sama mummy... tumpang sedih bila baca entry nih. izan doakan mummy terus kuat ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX