Google Website Translator Gadget

Thursday, December 29, 2011

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS


tengok kat facebook pengarah KPPA mengenai pelaksanaan SBPA.. diantara yg dikongsikan...

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan m...asuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.

* Selamat membuat keputusan keatas opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun kepada semua penjawat awam*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX