Google Website Translator Gadget

Monday, July 9, 2012

Pasangan Mengamuk Di JPM @ Putrajaya



Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Tadi kawan tanya mummy,'kak boleh tak tanya2kan kenapa depan JPM tu jalan tutup.. budak saya susah nak masuk"
selidik punya selidik..ada orang mengamuk kat dalam tu..kat JPM

ni dari berita utusan,

 PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.


Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.


Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.


Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.


Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.


Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN


  ni plak gambar dari forum.cari


Sepasang suami isteri mengamuk di JPM 



nama tukang amuk ni : khalil afandi (disahkan meninggal di hospital)
kesan tembakan pada lengan dan di ari2..

blog khalil afandi :

http://jayanegara1234.blogspot.com/
https://www.facebook.com/khalil.afandi.1
https://www.facebook.com/notes/jaya-negara/melayu-semakin-layu/117102191761711
http://www.facebook.com/jaya.negara.10?sk=wall

apa pun janganlah ada orang awam yang tercedera,risau kan kat mana2 pun tak selamat sekarang ni..

1 comment:

Izan Ishak said...

ada2 je sekarang ni kan. kejadian2 luar jangka macam ni mmg buat kita takut aje kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX