Assalamualaikum n salam sejahtera dears,
Firman Allah bermaksud : " kamu merupakan umat terbaik yang dilahirkan
untuk manusia, disuruh supaya menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kepada kemungkaran, dan beriman kepada Allah " ( Surah Ali Imran :110).
Dari Anas r.a, kami para sahabat r.a bertanya: Ya Rasullullah s.a.w,
kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri
mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran. Maka Nabi
s.a.w bersabda: Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, walaupun
kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, walaupun
kalian belum menghindari semuanya. (HR. Thabrani)
Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke
rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku
kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah
berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding
apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah
memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah
memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka
dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu
berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon
keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon
akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan
membantu kamu." ( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
kredit: tazkirah
No comments:
Post a Comment