Google Website Translator Gadget

Monday, July 2, 2012

Bukan Mummy tak Sayang

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Kalau dari pemerhatian orang keliling seolah2 mummy tak sayang pada anak mummy no 2 (Izz Mohammad Izzuan aka abg joe).. Sebabnya dari umur dia 13 bulan sehingga ke hari ini mummy dah tinggalkan dia kat kampung, adalah beberapa hari jer dengan mummy itupun kalau time cuti sekolah sebab mummy bawa cik zira datang sini. so, masa tu jerlah abg joe lama sikit dengan mummy..

macam sekarang ni  harapkan hari minggulah kadang2 mummy balik kampung,kadang 2 minggu sekali,3 minggu sekali.. sabtu ahad yang lepas ni,mummy ada balik kampung,gembira tgok abg joe sihat..tapi, kesian ada dua mata ikan(ulser) kat dalam mulut..kejap2 dia menahan sakit. paling best bila tgok dia buai si kembar, siap berlagu 'Allahu Akbar, Allahu akbar...' pandai anak mummy sampai ayah pun mengalir air mata dengar abg joe buai adik sambil zikir..

Semalam masa nak balik, mummy angkat abg joe dalam kereta abah(atuk izz), mesti abg joe ingat mummy nak keluar sekali dengan diaorg, masa dalam kereta tu,mummy suruh cik zira pegang abg joe sbb mummy nak keluar,bila abg joe tgok mummy keluar dari kereta,terus mummy tutup pintu,meraung abg joe dari dalam kereta...wuii sayunya hati tgok abg joe menanggis macam tu,sedih sangat hati.. terus abh gerakkan kereta,nampak abg joe meraung2 panggil mummy n ayah.. abg aizz yg tgok adegan tu, terus marah2 kat mama(nenek izz)..' eeeeeeeeee nenek aizz kul nenek' mummy dengan rasa sebak terus dapatkan abg aizz..
'Jangan salahkan nenek abg,nenek tak salah mummy dgn ayah yg salah sbb jauhkan abg joe dengan korang'
maafkan mummy sayang2 mummy,bukan mummy taknak bawa abg joe ke sini,tapi, mummy tak boleh nak jaga kamu berempat kat sini seorang diri, andai terjadi apa2 kepada salah seorang dari kamu,mcmana mummy nak handle yang lain2..

sayang mummy selamanya
Bukan mummy tak sayang,kerana sayanglah mummy terpaksa rela pisahkan kamu adik beradik..kamu semua kecik2 lagi,sbb tu mummy tak boleh nak jaga seorg diri,InsyaAllah semakin kamu membesar n boleh menilai mana yg buruk n baik,mummy akan pastikan kamu berempat duduk sebumbung dengan mummy..


4 comments:

Anonymous said...

no komen.. saya terharulah!

MommyIZZ5 said...

anak segala2nya..

Mama Kembar Tiga said...

tiap kali mama baca bout abg joe, mmg rasa sayu. tak sanggup rasanya kena berjauhan dgn anak. dpt bayangkan betapa sedihnya hati u esp bila tgk abg joe nangis camtu.

tp dah terpaksa, terus lah kuatkan hati ye. InsyaAllah tak lama lagi all your 4 boys will be with u. soon...insyaAllah.

Iena Norie said...

Sedih stiapkali baca kisah abg joe.. ksian dia... kalau boleh usahakan sampai dia dpt tinggal sama2 lagi bagus.. Takut emosi dia tganggu.. Msti lama2 dia akan terfikir knapa dlm ramai2 bradik, dia yg diasingkan.. Mcm abg saya yg ditinggalkan dgn nenek kat kg sejak umur stahun.. Skrg ni mcm2 masalah yg jadi antara dia dan famili.. dia dah mcm org asing dlm famili dan dia balik jumpa mak dua tahun sekali jer.. saya tak salahkan dia sbb dia tak dpt duduk sama dgn kami sefamili sejak kecil lagi.. mungkin hati dia dah lama tsinggung..
Tapi situasi mummy skrg mmg susah nak handle kan.. saya faham sbb saya pun ada kembar dan baby yg smuanya stil kecil lagi.. mmg sgt2 mcabar..
Tabahkan hati.. mohon petunjuk dan jalan yg terbaik utk famili..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX