Assalamualaikum
Tajuk di atas bukanlah
bertujuan untuk memulau mana-mana kempen yang sekarang ini diraikan setiap
tahun sekali iaitu Hari Ibu pada setiap Mei dan Hari Bapa pada setiap Jun.
Tujuannya ialah untuk menyemai rasa kasih sayang dan mengeratkan hubungan di
antara si anak dan juga ibubapanya, dan itu tidak dinafikan.
Di antara dalil-dalil yang
kebanyakannya Allah menegaskan peranan menjaga hubungan kekeluargaan ini ialah
:
1.
Maksudnya :
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari
perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi
kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
Surah: An-Nahl – Ayat: 78
2.
Maksudnya :
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan
supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik
pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia”
Surah: Al-Israa’ – Ayat: 23
3.
Maksudnya :
“Dia menciptakan kamu dari seorang
diri kemudian Dia jadikan daripadanya isteri dan Dia menurunkan untuk kamu
delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam
perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat)
demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada
Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?”
Surah: Az-Zumar – Ayat: 6
Rasulullah juga menegaskan tentang
menderhaka kepada ibubapa merupakan salah satu dosa besar melalui hadis yang
diriwayatkan seperti berikut :
Abi Bakrah radhiallahu
‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu
kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat)
menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan:
Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda
ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.
Sahih: Dikeluarkan oleh
al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang
diperkata berkenaan sumpah palsu).
Beberapa dalil yang saya
pinjamkan dari kitab-kitab rujukan asas Islam jelas menyuruh kita berbuat baik
kepada ibubapa, malah semua agama menyarankan kepada penganutnya menghormati
dan menjaga moral yang baik kepada ibubapa mereka.
Ajaran Islam menganjurkan
penganutnya berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan dan masa berdasarkan
makna firman Allah iaitu :
“Dan Tuhan kami berfirman:
‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat kepadaKu, akan masuk
neraka jahanam dalam keadaan hina.”
Surah al-Mukminun 40:60
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“ Berdoalah saat doa itu
diperkenankan Allah : Pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak
mendirikan solat dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh
Imam al-Nawawi dalam Al-Azkar)
Manakala ucapan yang terbaik
disarankan oleh Rasululullah S.A.W. ialah ucapan salam bukannya ucapan ‘selamat
hari jadi’, ‘selamat hari ibu’, ‘selamat hari bapa’ dan pelbagai ucapan yang
dihadkan kepada hari-hari tertentu. Mesej Rasulullah adalah jelas dan ringkas
iaitu peranan menyebarkan ucapan salam kepada semua muslim pada semua keadaan
dan tempat berdasarkan makna hadis berikut :
“Kamu tidak akan masuk syurga hingga
kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai (Kerana
Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara yang mana jika kamu
lakukan perkara itu, maka kamu akan saling menyintai? Sebarkanlah salam diantara
kamu!”
(Hadis Muslim)
Oleh itu, marilah sama-sama kita
titipkan doa berikut yang saya rujuk di sini :
mama n me |
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka
dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang
sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala
yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan
padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka
memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka
rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan
kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka
kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab
susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai
mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at
untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka
izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami
semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki
Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak
berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua
pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..
Selamat Hari Ibu mama (setiap hari adalaha hari ibu) |
4 comments:
mohon copy yer...
boleh ^_^
thank you for de NICE n meaningful doa u shared...
Izin share doa..:)
Post a Comment