Google Website Translator Gadget

Friday, May 4, 2012

Ucapan Hari Ibu dan Bapa VS Ucapan Doa untuk IbuBapa




Assalamualaikum 

Tajuk  di atas bukanlah bertujuan untuk memulau mana-mana kempen yang sekarang ini diraikan setiap tahun sekali iaitu Hari Ibu pada setiap Mei dan Hari Bapa pada setiap Jun. Tujuannya ialah untuk menyemai rasa kasih sayang dan mengeratkan hubungan di antara si anak dan juga ibubapanya, dan itu tidak dinafikan.

Di antara dalil-dalil yang kebanyakannya Allah menegaskan peranan menjaga hubungan kekeluargaan ini ialah :

1.
Maksudnya :

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
Surah: An-Nahl – Ayat: 78



2.
Maksudnya :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
Surah: Al-Israa’ – Ayat: 23



3.
Maksudnya :

“Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isteri dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?”
Surah: Az-Zumar – Ayat: 6

Rasulullah juga menegaskan tentang menderhaka kepada ibubapa merupakan salah satu dosa besar melalui hadis yang diriwayatkan seperti berikut :

Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang diperkata berkenaan sumpah palsu).

Beberapa dalil yang saya pinjamkan dari kitab-kitab rujukan asas Islam jelas menyuruh kita berbuat baik kepada ibubapa, malah semua agama menyarankan kepada penganutnya menghormati dan menjaga moral yang baik kepada ibubapa mereka.
Ajaran Islam menganjurkan penganutnya berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan dan masa berdasarkan makna firman Allah iaitu :

“Dan Tuhan kami berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.”
Surah al-Mukminun 40:60

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“ Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah : Pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan solat dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Al-Azkar)

Manakala ucapan yang terbaik disarankan oleh Rasululullah S.A.W. ialah ucapan salam bukannya ucapan ‘selamat hari jadi’, ‘selamat hari ibu’, ‘selamat hari bapa’ dan pelbagai ucapan yang dihadkan kepada hari-hari tertentu. Mesej Rasulullah adalah jelas dan ringkas iaitu peranan menyebarkan ucapan salam kepada semua muslim pada semua keadaan dan tempat berdasarkan makna hadis berikut :

“Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai (Kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara yang mana jika kamu lakukan perkara itu, maka kamu akan saling menyintai? Sebarkanlah salam diantara kamu!”
(Hadis Muslim)

Oleh itu, marilah sama-sama kita titipkan doa berikut yang saya rujuk di sini :


mama n me

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..

Selamat Hari Ibu mama (setiap hari adalaha hari ibu)

4 comments:

ordinary person said...

mohon copy yer...

MommyIZZ5 said...

boleh ^_^

Anonymous said...

thank you for de NICE n meaningful doa u shared...

Effendy Zulkifly said...

Izin share doa..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX