Google Website Translator Gadget

Friday, February 17, 2012

Miqael masuk Wad ~Part 1~

16/02/2012 dalam pukul 11.00am, mummy minta izin kawan-kawan mummy nak keluar opis sbb pagi tadi mummy bangun tidur, mummy raba kepala miqael tempat jatuh tu dah membengkak dan lembik.

mummy masa tu dah terfikir,kenapa bekas jatuh tu lembik(cam ubun2 bayi baru lahir tu) masa sampai opis cerita kat kawan2,diaorg suruh mummy bawa pergi hospital sebelum jadi yang bukan2. Sebelum balik rumah nak ambil miqael mummy call ayah, mummy bgth mummy nak bawa miqael ke hospital harap sangat ayah boleh balik Putrajaya secepat mungkin.


Sampai rumah mummy tengok  miqael cam tak aktif sangat,siapkan miqael n abg aizz mummy call cab terus pergi hospital,nak ke hospital pun ambil masa lama kat jalan,jalan tutup sbb lumba basikal.lepas buat check up kat kaunter triage hospital Putrajaya,trus doktor bawa masuk ke  kecemasan..tanya itu ini,doktor bawa pergi X Ray,tgok result  xray,ada retak kat tengkorak kepala,Allahu Akbar,lemah rasa bila dengar doktor cakap mcm tu,Doktor cakap kena buat CT Scan,tapi, CT scan kat hospital Putrajaya rosak so, kena tunggu Ambulans untuk ke Hospital Serdang,Doktor cakap pukul 2pm.

  Abang aizz mummy minta tolong pegangkan handbag,sian dia


Pukul 12:30pm dah pasang jarum drip kat lengan miqael,sian miqael menjerit2 menanggis,si abg aizz tgok je sambil sedih mummy tgok muka abg aizz,mungkin sedih tgok adiknya diperlakukan macam tu,doktor bagi ubat tido,doktor cakap nak buat CT scan kepala tak boleh gerak,sbb tu kena tidur, Dalam pukul 2pm ayah sampai dengan abg joe,ayah tgu kat ruangan tempat menunggu. mummy keluar kejap,mummy cerita kat ayah yg miqael retak tulang tengkorak, n kejap lagi nak bw ke serdang untuk buat brain scan. Abg aizz mummy bagi kat ayah pegang.

Sementara tunggu ambulans untuk ke serdang



2:30pm dah pun tiba,ta ambulans pun dah ada,tapi,doktor yg nak ikut n doktor pakar plak takder,uh bengangnya rasa,ubat tidur dah bagi kat miqael,dah lama tidur pun tup2 suruh delay,peh bengang,ayah nak marah dah..

pukul 4:30pm baru bertolak ke hospital serdang,miqael pukul 3:00pm tadi dah sedar,sampai hospital serdang miqael tak mahu tidur,last2 bagi ubat tidur pun tak mahu tido jugak,terpaksa doktor bg dos yg kuat sikit,kesian tgok miqael terkulai..rasa nak marah jer time tu,bawa keputusan pergi hospital Putrajaya,doktor cakap miqael admit ward,keputusan CT scan doktor akan bgth time kat ward..masuk ward 3A(Surgical).

Wad Surgical


Malam tu doktor bgth yg tengkorak kepala miqael mmg retak tapi, jgn risau sbb dia baby so senang sembuh n ada darah beku sikit..What darah beku??? risau okey..

17/2 pagi doktor bagi balik,mummy dah terpinga2,balik?? so, macamana dgn retak?? macamana dgn darah beku?? tanpa jawapan yg detail mummy pun bawa miqael discharge..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX