Google Website Translator Gadget

Wednesday, February 29, 2012

Daniel Mana???

Pukul 4 pagi tadi,mummy dalam keadaan mamai dengar macam suara miqael & Daniel menanggis,mummy bangun macam perasan ada bibik kat sebelah,so, mummy tido balik(sbb pk mesti bibik buatkan susu) lagipun kepala ngah sakit tu yg mummy wat tak tahu jer...tapi, dalam mummy tido semula tu mummy dengar nanggis miqael dgn daniel makin kuat..mummy terus tersedar,kelam kabut mummy bangun,tgok dua dah sedu-sedu menanggis..tgok keliling,oh tak ada sesaper rupanya..maknanya yg mummy nampak bibik tadi tu khayalan jerlah..

mummy ambil miqael,mummy susukan,Daniel dah menanggis nak jugak susu,malasnya mummy rasa nak menyusukan cara duduk...nak tak nak walaupun mata ni mengantuk mummy bangun jugak sbb nak susukan dua2...amek kau dua2 menyusu sambil mummy pejam mata huhu...bila miqael dah kenyang n tido mummy letak miqael kat tempat bantal dia semula,tarik daniel bagi selesa sikit menyusu dgn mummy...pas daniel dah terlelap,mummy letak n mummy pun lelap sekali...

baru nak letak kepala Daniel nanggis semula...dugaan tul hehe....mummy ambil Daniel letak kepala dia atas lengan mummy,mummy menyusukan cara mengiring,kalau dah dekat pukul 5am,menyusu cara mengiring mmg konpiden mummynya pun sama2 tertido huhu...

Entah berapa lama mummy tertido mummy pun tak perasan ...sayup2 mummy dgr suara baby merenggek2,gagahkan juga buka kelopak mata ni sementelahan dah pagi,tgok miqael masih lena diulit mimpi,tgok kat lengan,eh Daniel mana?? terus mummy bangun dari tempat tido,suara baby merenggek terus tak dengar lagi...mummy pk mesti yg mummy dengar tadi tu suara Daniel,oh oklah maknanya bibik ambil dia bw masuk bilik...mummy buka bilik bibik,tgok bibik masih lena tido...

masa ni mummy dah mula cemas, Daniel mana ye....Mummy buka bilik ayah,tgok ayah pun tengah tido dgn abg aiz n abg joe,masing2 diulit mimpi indah...mummy pergi semula bilik bibik,mummy kejut bibik..' bik, bangun Daniel hilang!!'..bila mummy buka semua lampu kat ruang tamu,mummy dengar lagi suara renggek-renggek tapi, sayup jer...mummy makin tak keruan jadinya..risau,muka bibik pun cuak...nak kejutkan ayah kat bilik takut a. aiz n a.joe terjaga...satu rumah mummy cari...

pas puas cari rupanya..Daniel ada kat bawah baby cot,tak boleh keluar,melepek kat bawah tu,entah dah berapa lama pun mumy tak pasti...Alhamdulillah jumpa ,nasib tak lemas kat bawah tu..Allahu Akbar..pas danial nampak mummy n bibik bongkok tgok dia bawah baby cot,boleh plak tu dia keluar sendiri..bertuah punya anak...






Dah melepek bawah tu...

2 comments:

hyunHMK said...

oo tuhan... hehehehe anak2 buah pakcik hyu nie macam2 ragam hehehehe

MUMMYIZZ said...

ragam yg buat hati mummy dia risau pastu boleh buat hati ni gelihati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX