Google Website Translator Gadget

Thursday, February 23, 2012

Miqael masuk Wad ~ Part II ~

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

17/2/2012 miqael doktor dah bagi discharge(keluar wad), doktor pesan kalau dia cam tak aktif,muntah2 n tak nak minum susu bawa semula ke hospital,antibiotik kena habiskan. petang tu bawa miqael balik rumah tapi, dalam kepala ni asyik memikirkan berkenaan darah beku yang doktor cakap tu..mummy ni dahlah tak baper faham berkenaan dengan medical ni..

malam tu mummy tgok miqael cam ok jer,tapi, susu nampak kurang,muka plak cam pucat mungkin dari kesan ubat tidur semalam...mummy buat tak tahu jer..

esok paginya(18/2/2012) mummy tgok,miqael macam tak baper aktif,tanya dengan ayah,hati mummy ni mmg macam tak best jer tengok anak macam tu,dengan kepala yg lembik tu makin membesar lembiknya cam ubun2 baby,makin tak kena rasanya..

mummy pergi hospital putrajaya semula,pergi kat kecemasan,cakap ngan MA miqael tak aktif sangat dan lembik kat kepala tu macam makin membesar.citer punya citer,cek punya cek,doktor cakap duduk wad yer...Wuii duk wad lagi ke??? nak tak nak mummy relakan jerlah..janji kesihatan anak mummy terjamin,doktor bagi duduk wad 2C,Hospital Putrajaya.
Dalam wad Alhamdulillah Miqael aktif saja,sampai mak2 kepada patient lain cakap,wah ni org sihat masuk wad...

19/2/2012 pagi ni miqael boleh keluar wad doktor pakar bagitahu miqael tak ada apa2,pasal retak tu dia akan pulih seperti biasa,darah beku plak tak membahayakan..tak bahaya?? kat sini yang mummy mmg tak faham,kadang2 doktor ni suka explain bahasa perubatan,mummy bukan faham pun.

sampai jer kat rumah mummy cakap dengan ayah,mummy tak puashatilah,jom balik Batu Pahat kita tanya pakar yg handle kes Miqael dari kecik(pakar neurologi)betul ke ejaannya tu..tak kisahlah.. 20/2/2012 balik jer dari kerja petang,mummy terus balik Batu Pahat.

21/02/2012 pagi ni mummy pergi hospital Batu Pahat, jumpa dengan pakar,doktor terangkan cara pemahaman mummy sebagai org awam yg tak baper reti pasal perubatan ni.explain punya explain, akhirnya mummy baru lega..

doktor : tengkorak tu masih baru(lembut) so, tak payah risau

mummy: berkenaan dengan darah beku tu plak,

doktor : dah rujuk hospital Putrajaya,darah beku tu kat luar selaput kepala n tak ada berkaitan dengan otak,so, tak akan ada kesan  buruk,pada kepala yg lembik pula,lembik tu sbb darah beku,ia akan ambil masa selama 2 - 4minggu untuk normal semula,so,ibu tak payah risau.

pas dah faham,mummy balik dengan hati yg ada sikit tenang..terima ksih doktor kerana fahamkan apa yg mummy tak faham.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX