Google Website Translator Gadget

Friday, September 21, 2012

Ada perubahan

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Pagi ni mood mummy ada sikit hepi,sebab 1st time si kembar n abg aiz tak nanggis time mummy hantar rumah pengasuh setelah masuk hari ke 12. hmmmm mengada tul diaorg sebelum ni,menanggis macam mummy nak hantar terus kat situ.

masa Mila(nama pengasuh tu) buka pintu pagi tadi,miqael jer nanggis sekejap,bila dia tgok kembar dia senyap,abg aiz pun senyap tiba2 dia berhenti nanggis n senyum..entah apa2 jerlah anak mummy ni.. Mila siap bagitahu lagi,ada perubahan dah kak...harapnya terus macam tulah... mummy sangat2 susah hati bila diaorg menanggis,manataknya rasa berat jer langkah ni nak ke tempat kerja,otomatik perasaan sayu,hiba n sebak dada ni..bila sampai opis mulalah ingat anak2..

Tapi, pagi ni mummy gembira sangat bila diaorg tak nanggis,nak pergi kerja pun mood hepi jer sampailah saat ni..mungkin anak2 mummy dah faham yg mummy tinggalkan diaorg untuk seketika waktu jer,pastu petang mummy akan ambil diaorg semula...
esok sabtu ahad,hari untuk mummy n anak2...

48jam mmg takkan berenggang dgn korang pun tau...so, mummy mmg mengharap sangat 5 hari time waktu mummy berkerja,kamu jagalah diri n faham situasi mummy yer,so, jangan nanggis2 n paling penting jangan buat org meyampah dgn kamu...
Sekurang2nya kamu bertiga masih hari2 jumpa mummy.Kalau nak dibandingkan kamu bertiga dgn abg Joe,jauh bezanya ok. Abg Joe jumpa mummy sekejap2 jer,kadang2 sebulan 2kali,kadang2 sekali sebulan.. so, bersyukurlah yer... Harap sangat hari isnin depan ni n seterusnya jgn nanggis2 ok..tak mahu buat hati mummy risau.

Setiap kali mummy melangkah ke tempat kerja,mummy hanya mampu berdoa n tawakal kepada Allah,agar Dipelihara kamu semua mengikut kehendakNya.

kamu bertiga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX