Google Website Translator Gadget

Monday, April 9, 2012

Mummy balik dulu..

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Pagi2 dah buat entri sedih,
Malam tadi mummy tinggal abg joe kat kampung,dapat jumpa abg joe sabtu ahad jer,kesian time nak tinggalkan tu,abg joe menanggis jerit2,tak sanggup nak tengok,mama n cik emmy bawa abg joe naik kereta,mama bawa pergi Tongkang Pecah,dr laman rumah mama, mummy tgok abg joe meronta2,ya Allah sayunya hati..mummy tgok ayah mengalir air mata,ayah sedih sgt2.

mummy setitik air mata pun tak mengalir,bukan tak nanggis tu bermakna mummy tak sedih,biarlah Tuhan jer yg tahu,sebak kat dada mummy,biar tuhan jer yg tahu sayunya hati ni,mummy tabahkan hati,ibu mana sanggup berjauhan dgn anak beratus batu plak tu,bila kereta bergerak menghala ke Putrajaya,bila si kembar tidur, abg aiz sibuk dgn main game ipod nya,mummy melepas pandangan ke luar tingkap,dgn hujan renyai2,dgn cuaca yg suram,muka abg joe terus bermain dalam minda mummy..

dua hari bersama abg joe rasa singkat sangat,lagi2 abg joe demam,semalam masa nak tinggalkan abg joe selsema + batuk,dahlah demam tak baik lagi,ditambah plak batuk n selsema,bila teringat masa petang sabtu tu abg joe nak peluk mummy,rasa hampir mengalir air mata,semalam pagi bawa abg joe pergi pasar sri medan,kesian abg joe,rambut dah panjang,ayah cakap gunting jerlah rambut abg joe,cari jugak kedai n gunting rambut abg joe,meronta2 abg joe bila acik tu trim rambut abg joe..sian mummy tgok.

Masa mata ni terus memandang ke luar tingkap kereta ayah, kenangan melahirkan abg joe hingga dia berusia 2 tahun 6 bulan ni, bersilih ganti memori tu datang dalam ingatan,akhirnya mengalir jugak mutiara jernih membasahi pipi ni,cepat2 mummy seka airmata ni dr terus mengalir,mummy tak nak sesaper nampak,mummy tak suka kesedihan mummy org nampak,biarlah mummy jer yg rasa...

Abg Joe, mummy doakan cepatlah abg joe ubah perangai,abg joe suka menanggis,sikit2 menanggis,sbb tu bibik makan hati dgn abg joe,bibik cakap dia angkat tangan kalau nak bela abg joe,mummy sangat2 geram bila bibik cakap macam tu 3 minggu lepas,sbb tu lah abg joe mummy hantar kampung 25/3 yg lepas.

Malam tadi mummy call cik emmy,tanya dia abg Joe mcmana masa balik dr Tongkang? Cik emmy cakap abg joe diam jer,baring atas tilam, minta susu,pastu termenung,cik emmy cakap gayanya macam org yg sakit hati,tapi, abg joe budak, so, apa yg disakitkan tu tak terluah, Kesiannya anak mummy, Cik emmy cakap,takperlah kak biar abg joe kat kampung jer,abg joe ok jer,kat kg suka buat org gelak dgn keletah dia,lagipun abg joe kan mmg dah lama duk kampung,mmg betul pun sebelum duduk dgn mummy 3 bulan lepas,sebelum ni mmg abg Joe duk kampung (sejak nov 2010).
masa ni abg joe duk kampung sbb ayah duk Johor,mummy pula tengah pregnantkan si kembar,keluar masuk hospital jer,sbb tu abg joe duk kampung, abg aiz time ni mmg duk berdua dgn mummy,abg aiz mummy hantar kat taska office mummy.

mummy baru jer rasa gembira bila semua anak2 depan mata,tapi, bila bibik asyik komplen pasal abg joe,mummy terpaksa jugak lepaskan abg joe tinggal dikampung semula, InsyaAllah 2 3 bulan lagi kalau mummy dapat cari pengasuh lain, mummy bawa semula abg joe tinggal dgn mummy yer..mummy pun sebenarnya dah bosan dgn bibik tu,dahlah demand,berlagak cam dia tuan rumah,dahlah tidur awal(9mlm), sabtu ahad cuti,dahlah jaga budak semata2,kalau masa mula2 mummy ambil dulu,kemas rumah, mop lantai,masak nasi,skrg ni mmg jaga anak2 jerlah,bila malam mummy minta tlg tidokan salah sorang kembar,boleh plak dia cakap,sy angkat tanganlah kalau nak jaga malam,wui demand kan,mcm tu nak gaji RM700.entah apa2 kerajaan indonesia minta.dahlah kalau kat rumah pakai baju ketat,seluar tight yg pendek tu,bila mummy cakap,esok2 dia pkai lagi. makan hati lorr..

nak jer hantar anak2 rumah pengasuh,tapi, semua tak sanggup nak jaga kembar sbb diaorg cakap kecik lagi..nak hantar taska,problem plak bila ayah tak ada, macamna nak bawa diaorg g taska..ingatkan kalau ada maid boleh bersenang lenang,rupanya makin tertekan..so, kena juga tahankan hati,jgn sampai mati dahlah mummy ni..

Buat abg joe, jangan risau mummy tetap iktiharkan untuk abg joe tinggal dgn mummy n adik beradik abg joe yg lain,mummy sayang abg abg joe..

3 comments:

mummY daniSha said...

eee...demandnye bibik tu..geram pulak dgr

MUMMYIZZ said...

yg menanggungnya ni lagilah double triple geram huhu

hyunHMK said...

mummy meh saya tendang bibik tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX