Malam tadi masa abg aizz ngan Si kembar bermain,secara tetiba darah keluar dari hidung Daniel...mummy sangat2 panik sbb seumur hidup mummy mmg tak ada pengalaman berhadapan dengan masalah hidung berdarah ni,adik beradik or keluarga mmg tak pernah mengalaminya.so, 1st time mummy berdepan masalah ni...
menjerit2 mummy panggil ayah,ayah mummy tgok terus angkat Daniel,bawa pergi ke sinki n basuh,ayah cakap dongakkan je,mummy suruh ayah pergi kedai bawah cari daun sireh(mummy pernah dengar org ckp guna sireh kalau hidung berdarah) tak lama ayah masuk ke rumah, ayah cakap sireh tak ada...Aduh, mummy telefon mama,mama cakap bersihkan,pastu letak kain basah atau ais..mummy buat,Alhamdulillah mmg tak ada keluar lagi..
Ayah cakap benda tu normal,ayah cakap dulu ayah ada juga 2 3 kali kena cam tu...mummy fikir nak bawa hospital je,ayah cakap kalau berterusan n tak henti baru bawa hospital,ayah cakap tgok kalau ada keluar lagi kita g spital...Nasib baik ayah ada kat sini minggu ni,kalaulah mummy sorang2 mmg panik gilerlah..
Ni antara artikel sebab dan cara rawatan hidung berdarah;
Hidung anak berdarah
MASALAH hidung berdarah (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.
Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:
# Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering
# Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
# Selesema dan flu
# Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
# Hidung terhantuk
# Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
# Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
# Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)
Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:
# Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
# Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah
# Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
# Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak
Bantuan kecemasan
Apabila kanak-kanak mengalami masalah hidung berdarah, mereka mudah tertekan dan terganggu melihat serta merasa darah (yang mengalir masuk ke dalam mulut). Tenangkan perasaan anak dan beritahu mereka bahawa dia selamat serta tidak perlu bimbang.
Anak anda mungkin berasa takut ada sesuatu yang tidak kena dengannya dan mula menangis. Beritahu anak supaya bertenang kerana menangis akan membuatkan pendarahan menjadi lebih teruk. Caranya:
# Suruh anak duduk tegak dalam keadaan selesa dan badan dicondongkan sedikit ke depan.
# Picit bahagian bawah hidung yang lembut dengan jari, tisu atau sapu tangan selama 10 minit. Bagi anak yang lebih besar, dia boleh melakukannya sendiri.
# Meletakkan pek ais atau kain lembap yang sejuk pada batang hidung juga boleh membantu.
# Galakkan anak anda meludah darah yang menitis dari hidung masuk ke dalam mulut. Jika darah berkenaan ditelan, anak anda mungkin muntah dan menyebabkan semakin banyak pendarahan.
Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
Dekatkan jam dengan anda supaya anda boleh memastikan hidung anak dipicit selama 10 minit. Selepas itu baru periksa sama ada pendarahan sudah berhenti. Jika masih berdarah, ulang langkah di atas dan picit lagi hidungnya selama 10 minit.
Apabila pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.
Rawatan
Jururawat atau doktor akan menunjukkan cara mengendali dan menghentikan pendarahan hidung anak. Jika bantuan kecemasan gagal dan pendarahan tidak berhenti, doktor perlu melihat ke dalam hidung anak dengan menggunakan cahaya khas untuk mencari salur darah yang pecah.
Kemudian doktor mungkin akan:
# Menyapu krim atau balsam ke dalam hidung anak (ada ubat khas yang memperlahankan aliran darah)
# Menggunakan ‘cautery’ iaitu bahan khas untuk ‘membeku’ atau ‘membakar’ salur darah untuk menghentikan pendarahan. Jangan bimbang, ia selamat dan tidak berbahaya.
# Meletakkan kain gauze khas pada hidung anak.
Untuk pendarahan teruk, anak anda mungkin perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui banyak mana darah yang hilang. Mereka juga mungkin dirujukkan kepada pakar telinga, hidung dan tekak bagi pemeriksaan lanjut.
Jika doktor meletakkan gauze pada hidung anak, ia perlu dikekalkan selama 24 hingga 48 jam. Anda perlu membawa semula anak ke hospital (unit kecemasan) untuk pemeriksaan dan mengeluarkan gauze berkenaan.
Pada masa sama doktor juga akan memberi ubat antibiotik untuk anak bagi mengelak jangkitan bakteria ketika gauze diletakkan dalam hidung anak. Jangan cuba menanggalkan sendiri gauze ini.
Selain itu, jika keadaan tidak serius, doktor biasanya menasihatkan ibu bapa untuk menyapu balsam antibiotik ke dalam hidung anak empat kali sehari selama seminggu bagi menghapuskan jangkitan yang mungkin ada.
Jika hidung anak menjadi kering, anda juga perlu menyapukan balsam pelembap (atau gel petroleum) ke dalam hidung anak untuk mengelakkannya merekah. Biasanya balsam ini perlu disapu dia kali sehari selama seminggu.
Ini boleh dilakukan dengan menggunakan putik kapas dan sapukan perlahan-lahan ke dalam hidung anak. Jangan guna kaedah ini kepada anak berumur empat tahun ke bawah kerana mereka biasanya susah memberi kerjasama dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan.
Penjagaan di rumah
# Suruh anak berehat selama 12 hingga 24 jam. Dalam tempoh ini dia boleh melakukan aktiviti ringan seperti melukis, membaca atau menonton televisyen.
# Elak memberi anak minuman atau makanan panas, mandi air suam sekurang-kurangnya 24 jam selepas hidung berdarah.
# Beritahu anak untuk tidak mengorek hidung atau menghembus hidung dengan kuat dalam tempoh 24 jam selepas pendarahan berhenti atau seminggu jika hidung mereka dimasukkan gauze.
# Elak anak terbabit dalam aktiviti lasak seperti berlari atau mengangkat benda berat selama seminggu.
# Jika anak anda juga mengalami masalah sembelit, tingkatkan pengambilan cecair (air, jus prun) dan serat dalam diet mereka. Beri anak makan buah-buahan segar atau stew buah mahupun bijirin atau roti mil penuh. Anda juga boleh meminta doktor memberi pelembut najis bagi mengelak mereka meneran ketika buang air.
# Kadangkala balsam pelembap atau semburan hidung diperlukan. Dapatkan nasihat doktor.
Apa yang perlu dijangka
Kebanyakan masalah hidung berdarah hanya menyebabkan sedikit ketidakselesaan pada anak. Jika hidung berdarah, anak anda mungkin berasa takut dan tertekan, muntah (jika tertelan darah) atau mengalami beberapa episod pendarahan dalam masa beberapa minggu.
Hidung berdarah adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak disebabkan aktiviti mereka. Belajar cara menangani dan memberhentikan pendarahan hidung. Kes hidung berdarah akibat masalah kesihatan jarang berlaku tetapi untuk kepastian, bawa anak berjumpa doktor.
2 comments:
mgkin sbb nama daniel kut,sepupu sepapat,anak2 sedara saya pun ramai nama daniel ni,sampaikan makcik sy cakap 'budak kalau nama daniel mmg aktif'.. apa2 jerlah yg penting anak kita sihatkan.. ^_^
info yg bagus..dpt jadikan panduan bersama..TK.
Post a Comment