Google Website Translator Gadget

Monday, April 16, 2012

Hati ini Sakit Mummy

Hari jumaat yang lepas (13/4/2012) petang tu ayah cakap kita nak balik kampung,nak balik kampung macamana kereta kan tak ada,cam ner nak balik..ayah kata takper kita naik bas.. Bas???!!!

macamana nak bawa si kembar ni ayah woi,kalau abg aiz tu ok lagi,dah besar bolehlah diam,ayah cakap dah janji dgn kawan nak jumpa kat Batu Pahat,so, nak tak nak balik jugak BP, sampai kat TBS dekat pukul 8pm, ayah beli tiket,mummy pegang sikembar kiri kanan,abg aiz duk sebelah mummy,lepas beli tiket,ayah cakap dapat bas pukul 9:30pm,uh lewatnya..pergi kat 7e, belilah makanan apa2 yang patut..masa nak naik bas tu baru terlintas nak tanya ayah,'ayah beli berapa tiket?'..'beli 2 jer mummy'.. aduhai suamiku..mcmana nak duduk kat seat kalau beli 2 jer,tak pasal2 ayah pegang abg aiz dgn daniel,mummy pegang miqael,cramplah tangan nak sampai ke BP.sampai BP pukul 12:00pm. abah ngan mama ambil kat bus stand.

Hari sabtu tu tunggu mama(nenek izz) balik dr kerja pukul 3pm,dalam pukul 5pm ayah ajak pergi ayer Hitam nak urutkan miqael n daniel..Pagi2 ahad tu abah(atuk izz) tanya kat mummy ,'nanti nak balik KL naik bas dik(abah suka panggil mummy adik,kdg2 akak)' mummy jawabkan iyer je lagipun tiket dah booking pukul 5:30pm. abah kata 'kesian budak2 tu naik bas,kan susah,lagipun diaorgkan batuk,biarlah abah jer hantar' serba salah jadinya,mummy menolak,mummy kesian kat abah,manataknya lepas hantar mummy mesti penat nak patahbalik Johor semula,pastu pagi2 pukul 7 mama nak kerja plak..pastu abah mama n adik2 keluar pergi sri medan,mama cakap nak cari lauk,tak lama diaorg keluar abah call mummy,abah cakap ' abah hantar jer dik petang ni ', nak tak nak mummy setujulah jugak tapi, dalam hati, kesiannya abahku ni risau betul kat anak cucu dia.

Pukul 6:30pm Abah ,mama n mummy sekeluarga abah hantar balik KL,mummy tgok org yg paling teruja abg Joe,gembira mummy tgok riak muka abg Joe, sampai jer  rumah,abg joe terus tanya,'mummy nak main' kesian abg joe minta izin  nak main kat bilik belakang,iyerlah dah 3 minggu dia duduk kampung..abah n mama baring2 sekejap,lepaskan penat kut,kesian mama n abah drive jauh2 nak hantar kitaorg,lepas siapkan air panas n sedikit biskut,mummy pergi mandi,abg joe ktuk pintu, 'mummy aiz nak mandi'(abg joe suka gelarkan diri dia aiz) mummy bukakan baju n mandi sama dengan abg joe,suka tgok abg joe gembira,dalam hati mummy masa ni, 'sayang kejap lagi abg joe kena ikut nenek balik kampung' terasa air hangat mengalir kat pipi mummy,mummy angkat dia,mummy peluk n mummy cium puas2.

lepas siap pakaikan baju abg joe,terus abg joe meluru kat abah,'abah cepat' mesti abg joe ingat kalau dah siap mandi boleh berjalan2..masa tu pun mama n abah mmg dah nak balik, abg joe dah masuk dalam kereta, abg joe tgok ayah tak pun naik kereta,ayah cium abg joe,masa tu lah baru abg joe perasan yang dia nak kena balik kampung agaknya..abg joe dah panggil mummy 'mummy masuk sini' X3 merenggek abg joe,mummy cium2 abg joe,tak sampaihati rasanya tgok darah daging sendiri meronta2 nanggis dalam kereta..mama pegang abg joe kuat2,selalunya mummy tabah,tapi, malam tadi mummy betul2 tak kuat,mengalir laju air mata ni tgok abg joe meronta2. mana tak sedih tgok anak sendiri dah gembira dalam rumah tiba2 kena balik kampung semula,kalau mmg tak sampai rumah lagi tak apa,ini dah main2 dah makan tup2 balik kampung..

lepas 15 minit berlalu,abah call mummy abah cakap dah masuk h'way kajang,abg joe baru berhenti nanggis tapi tak boleh di sentuh kalau di sentuh merenggek semula,kesiannya anak mummy.

lepas 1jam setengah berlalu abah call,abah dah sampai Exit pagoh,mama cakap sampai kat mana entah abg joe peluk mama terus tertidur,mesti hati abg joe sakitkan,iyerlah dahlah kena tinggal kat kampung,mgu lepas balik kampung pun mummy tinggal abg joe dalam nanggis2 tu klik sini,mgu ni kena lagi adegan yg sama cuma bezanya mgu ni abg joe dah sampai sini..mesti sakitkan hati si hero kecik mummy tu,mesti kalau dia pandai meluahkan isi hatinya mesti dia akan cakap "Hati ini Sakit Mummy"..

Abg joe,mummy tak sanggup sebenarnya nak hadapi semua ni,tapi, keadaan membuatkan mummy perlu pisahkan abg joe n adik beradik abg joe untuk sementara mummy dapat pengasuh yang baru..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX