Google Website Translator Gadget

Wednesday, January 9, 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

"Tidak ada insan suci yang tidak punya masa lampau....dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan...
setiap orang berhak merasai bahagia...."


tajuk  entri kali ni... setia hujung nyawa hehe

mummy sekarang ni ngah layan cerita yg dibintangi ngan pelakon amar asyraf sebagai hero a.k.a zain hakimi..

serius jatuh hati mummy dgn cerita ni.. masa episod 1 n 2..mummy buat tak tahu jer rasa cam tak best n ntah apa2 jer..tapi bila diaorg berkahwin atas kehendak org tua masing2 mummy dah mula jatuh hati tgok cerita ni... rasa mcm kembali ke zaman manja2 ngan hubby dulu memula kahwin...

hahaha memori..memori....
kadang2 bila tgok citer tu serius mummy rasa el tu mcm mummy,tak reti masak,tak reti mengemas... n segalanya tak retilah bab kerja perempuan ni..bkn sbb mummy manja tapi, sepanjang masa mummy sekolah sampailah mummy study kat ipt...mmg masa mummy banyak dgn aktiviti sekolah /kolej... entah apa2kan..
bila kahwin jer ngan ayah(my lovely hubby)..
setiap kalimummy balik kerja dengarlah ayah bebel sebab tempt tidur tak kemas..lantai melekit..dapur plak bersih jer...

yang mummy tahu, "jom syg g kedai tak pun kita tapau jer" hahaha..masa mula2 kahwin ayah follow jer..masuk 2 minggu kahwin barulah ayah cot cet cot cet..

kalau nak tahu ayahlah yg ajar mummy cam ner nak kemas rumah..cara cam ner nak pegang mop...
kalau dulu mummy tahu goreng ayam n ikan jer time masak...sampai ayah komplen.."ini jer yg awk tahu" hahahha... mmg tu jer pun sbb paling senang n ringkas...

tapi, walaupun goreng ayam tetap kena komplen sbb masih ada darah n merah2... ayah ckp goreng ayam pun fail..hahahha... malu ok time tu...
pastu barulah mummy tahu yg ayah ni tukang masak masa kat singapore... hahaha patutlah banyak songeh...

sejak tu mulalah ayah ajar cam ner nak buat ayam masak kari,masak merah,masak kicap n rendang..

dan Alhamdulillah hari ni bermacam jenis masakan mummy dah pandai walaupun tak ssedap ayah masak..haha..tapi, satu perangai mummy dr sebelum kahwin sampailah hari ni mummy mmg tak pandai nak mengemas rumah hahaha...fail selalu...kalau mop mesti ada rasa melekit n basah lantai..kalau ayah yg mop..lantai cepat jer kering tak basah n tak melekit pun.. aduhai tabik springlah kat ayah...

satu lagi yg paling2 mummy tak suka..bukan tak buat tau,tapi tak suka sangat2..lipat baju..hahaha sejak dah  2bulan ayah duk Johor.. serius mummy cakap ada gunung everest kat bilik belakang...ntah bila gunung tu mummy nak tarah tak tahulah...


eh apa mummy melalut ni... aduhai cerita pasal mummy plak..padahal memula nak citer pasal cerita 'Setia Hujung nyawa'..

apa pun mummy mmg jatuh cinta = jatuh hati dengan cerita ni..dgn hero yg sejuk mata memandang + ada aura yg menganggumkan hati mummy ni.. tenang sangat tgok n manja amar asyraf tu...

sikit mengenai latar belakang citer ni..citer yang diadaptasikan dr sebuah novel..


KUALA LUMPUR - Pelakon baru Amar Asyraf atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 26 mula dikenali selepas diberi peluang memegang watak utama seterusnya membintangi drama bersiri Setia Hujung Nyawa terbitan Suhan Movies Sdn. Bhd. Drama adaptasi novel Fatin Nabila ini berjumlah 28 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan sejak 24 Disember yang lalu telah menaikkan nama Amar Asyraf di dalam dunia hiburan tanah air.

Kini bakatnya semakin dikenali dan khabarnya drama ini juga telah mengubah penampilannya kepada tampil dengan imej baru - rambut pendek dan lurus berbanding sebelum ini di mana rambutnya panjang dan berkerinting.

"Asalnya saya memang tak nak potong rambut tetapi apabila berjumpa dengan Amy Maziah yang merupakan ‘orang kuat’ dalam pembikinan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, beliau telah mencadangkan supaya saya memotong rambut kerana ingin menampakkan kelainan dalam lakonan dan juga untuk tujuan ‘branding’. Bila semua sudah dijelaskan dengan rela hati saya memotong rambut ini,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran sidang media drama ‘Setia Hujung Nyawa’ baru-baru ini.

Dalam Setia Hujung Nyawa, Amar bergandingan bersama dengan pelakon remaja, Nellydia Senrose yang merupakan heroin dan diberi peranan memegang watak sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi. Dalam drama ini mereka digandingkan sebagai suami isteri.

Setia Hujung Nyawa mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Drama Setia Hujung Nyawa arahan Amie Maziah turut membariskan antaranya Nelydia Senrose, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith, Ryzal Jaafar dan Bea Rameshan.

kredit: forum.cari
pelakon utama Setia Hujung Nyawa


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX