Google Website Translator Gadget

Wednesday, January 9, 2013

Sakit Tekak

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Hari ni sakit sangat tekak mummy,rasa macam nak demam jer...
agaknya penat sangat + kurang rehat + kurang tido...
cari kat google petua tuk hilangkan perit tekak..
jumpa plak pasal petua hilangkan batuk n gatal2 kerongkong ni...
kena cuba jugalah petua ni
 
 
 
pic google
 
 
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

 Petua ubati sakit tekak.

Air Garam Ubat Sakit Tekak
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.

Caranya :Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.

Mengurangkan Rasa Sakit Tekak
Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum.

Sakit Tekak Di Waktu Pagi
Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

Lain²
Ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.

Minum air asam jawa. Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

Kemam strepsils/ Fishersman Friends dan yang seangkatan dengannya.
 
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX