Google Website Translator Gadget

Thursday, October 11, 2012

BR1M: Pendaftaran BR1M 2.0 Bermula 1 November Ini

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,


PUTRAJAYA – Pendaftaran bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan bermula pada 1 November ini, umum Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin.

Beliau berkata tempoh selama dua bulan diberikan bagi membolehkan orang awam mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pejabat daerah bermula daripada tarikh berkenaan.

“Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka tidak perlu mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik.

“Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah,” katanya
Ahmad Husni berkata kerajaan merancang untuk memberikan BR1M pada awal tahun hadapan.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan kerajaan sedia menyambung pemberian BR1M 2.0 kepada penerima sedia ada dan baru serta individu yang belum berkahwin yang memiliki pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Cara Dapatkan Borang Bantuan RM500

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan borang BR1M ini, sebenarnya terdapat kaunter sementara yang dibuka di tempat2 terpilih disekitar tempat masing-masing dibuka pada waktu pejabat. Sila lihat ( Senarai Tempat Mengambil Borang BR1M ) untuk mendapatkan borang secara offline.
Selain itu juga, pengunjung boleh mengambil secara online iaitu dengan download/ muat turun di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia ( Klik Sini Untuk Download Borang )
Atau,
Jika berlaku kesibukan talian disana, boleh juga download Borang BR1M Bantuan RM500 di link yang saya sediakan ( KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG BR1M )


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX