Google Website Translator Gadget

Tuesday, January 17, 2012

KENAPA asyik Miqael

Tadi masa sembang dengan kawan, ada kawan ni tanya..kembar ko yg sorang tu aktif ke, asyik-asyik Miqael asyik-asyik Miqael....

Ni mummy nak cerita sikit,bukan sbb yang sorang tu aktif tapi, dua2 sama aktif, bukan mummy tak nak cerita pasal Daniel, tapi setakat ni daniel masih lagi terkawal tapi, malam tadi terjatuh juga dari walker..hmmm...

kenapa banyak kisah pasal Miqael.
Miqael biar mummy cerita dari awal hehehe...
Miqael lahir 15/3/2011 secara CZEr, berat 1.57kg dan terus dikejarkan ke NICU sbb ada masalah pernafasan dan jangkitan kuman kat otak sbb air ketuban bocor, terpaksa diberi antibiotik..selepas keluar dari NICU selama 28hari kat sana..sebulan lepas tu doktor sahkan Miqael ada masalah dalam pertumbuhan otak dia(mummy sangat2 sedih time ni)

Disebabkan semua tu Miqael ni agak lambat sikit daripada daniel dalam semua hal,tapi, satu yg mummy perasan pasal Miqael dia tak boleh Daniel lebih dari dia,maybe sbb miqael abg Daniel adik kut..

1stly yg mummy perasan masa nak keluar dari NICU,doktor cakap berat lebih dari 1.75kg (HPSF) boleh balik,kalau hospital batu pahat berat 1.8kg baru dibenarkan balik.. Pagi tu 11/4/2011 doctor HPSF telefon" u boleh tak duduk dalam wad NICU tuk breastfeed ur baby sbb skrg dia dah keluar dr inkubator,if berat dia 1.75kg u dah boleh bawa balik,now berat dia 1.65kg".. masa tu Tuhan jer tahu gembira hati mummy,dalam tengahari HBP plak tepon " anak u ptg ni akan turun wad baby,harap sangat u dapat datang jaga baby dekat wad".. masa ni mmg mummy delima sangat2 mana nak jaga Miqael kat HPSF, mana nak jaga Daniel kat HBP..

Dengan kuasa Tuhan dan Keizinan Tuhan dalam pukul 3:00pm doktor HPSF telefon " Puan tak payah risau,anak puan berat dah 1.78kg,so, puan boleh bawa balik atau puan bawa pergi HBP untuk bersama dengan 2nd twin"...

ni lar 1st yg mummy perasan pasal Miqael, bila dia tahu adik dia dah ok..secara automatik berat dia naik..bayangkan pagi doktor call berat dia 1.65kg..petang boleh jadi 1.78kg..

Sebab apa Asyik Miqael.. satu lagi si Miqael ni..dia mmg tak boleh tgok Daniel tu pandai ini itu..memang secara automatik dia akan pandai sama..tapi, cara pandai miqael dia "paksa".. macam bab mengesot..Daniel 1st dia pandai pusing kanan kiri dalam seminggu,pastu dia mengundur dekat sebulan baru pandai mengesot ke depan..(masa Daniel pandai semua ni Miqael pusing pun tak reti lagi) bila Daniel dah pandai mengesot ke depan, esoknya Miqael terus pandai pusing dan terus mengesot..tengok dia paksa diri dia kan.. padahal Daniel mulakan dgn pusing,mengundur tapi, tak bagi Miqael..sbb tu dia selalu jatuh bila skrg ni pandai merangkak sbb maybe tangan tak kuat lagi,krn Daniel dah pandai dia paksa diri dia..

Bab panjat sofa..Daniel baru pandai diri kat sofa,tapi, Miqael lebih advance sbb terus pandai panjat dan akhirnya berdentum jatuh...sbb tu banyak cerita pasal Miqael..
Apa pun terima kasih Tuhan kerana diberikan kepadaku anak2 yang aktif dan cerdik..
walaupun pada mulanya doktor cakap perkembangan Miqael lambat,tapi, Alhamdulillah setakat ni Miqael sentiasa berusaha untuk jadi lebih dari Daniel.. kan Miqael ABANG.. ^_*

3 comments:

miss yanyan said...

sweetnya.. best kan ada anak2.. tmbh2 kembar.. pengalaman berharga tu.. :)

MommyIZZ5 said...

Bila ada anak nanti,miss yanyan akan faham..apa pun diaorg ni mmg ibarat nyawa sendiri

NorrShakor said...

hehehe..mcm2 karenah kembar kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX