ENTRI RINGKAS JER PAGI JUMAAT NI..
pagi ni tapak tangan mummy dah merah..
sebabnya:
a) bagi penampar kat muka abg aiz
b) bagi penampar kat peha miqael
c) bagi penampar kat lengan Daniel
bukan sesuka hati nak menampar tapi, ada sebab musabnya ok
mulakan dengan abg aizz;
kena penampar sebab bangun tidur menjerit2 cari ayah sebab tak nak pergi rumah pengasuh, ayah plak pagi2 dah tak ada sebab ada kursus dengan MARA,bila mummy angkat nak letak dalam stroller,boleh plak keras kat badan...wuii, pang... ko merah pipi..sampai umah pengasuh masih lagi sedu2 menanggis..geram sangat.
Miqael plak;
kena penampar kat peha,nak tahu sebab apa, tengah mummy sibuk cari baju dia untuk dipakai,baru lepas mandikan dia, boleh plak dia masuk bilik dengan tangan penuh taik,sbb dia terberak kat karpet dapur...hoho saja tu cari penyakit namanya..tak pasal2 peha yg mulus kecik tu jadi mangsa keganasanku..hehe
Daniel plak:
dah dia tgok semua menanggis dia pun gatal juga menanggis tanpa sebab..tapi, sebelum tu yg kasik mummy angin dia pergi main berjemaah taik miqael..aduhai,mmg bercintalah pagi2 mummy bebel n jadi tarzan semesta alam...
korang2 semua kenapalah dera mummy pagi2 nak oii...
apa pun maafkan mummy yer sayang...mummy bernafsu ganas pagi tadi huhu..per pun mesti pengasuh kata mummy dera budak2 tu..sebab kulit diaorg jenis putih2,bila bagi penampar mmg merah2
3 beradik yang jadi mangsa mummy pagi tadi (haha ketawa jahat) |
No comments:
Post a Comment