maaflah entri kali ni nak lepas geram sikit...kalau ada bahasa yang kurang menyenangkan tu so, ampunkanlah mummy yg hina ni..
pagi tadi lepas jer peak hour,mummy keluar dari opis ke klinik kesihatan presint 3,janji dengan ayah nak cek batuk ayah...semalam ayah batuk keluar darah,mummy nak bawa klinik swasta.ayah cakap tgu hari isnin jer... nak pergi klinik dengan bawa 3 org hero,susah plak nak ke sana sini,lebih2 lagi ayah tak sihat.
pagi tadi pukul 6:45am,lepas hantar 3 hero ke rumah pengasuh,terus mummy pergi kerja, lepas peak hour 8:30am,masa ni trafik kat Putrajaya dah lancar..
gambar ehsan dr google |
so, mummy keluarlah ke klinik,start mummy ambil no giliran(1048) 8:58am ....tunggu untuk daftar 9:45am baru nombor tertera kat screen untuk pendaftaran...kakak kaunter tanya sakit apa? ayah jawab batuk berdarah..
pastu kakak tu jawab kat sini tak ada X Ray,lepas jumpa doktor nanti,dapat surat rujukan pergi ke klinik kesihatan presint 9,pastu datang sini semula untuk result laporan X Ray,sekarang ni encik tunggu dulu untuk jumpa doktor....
tunggu plak depan bilik2 pegawai perubatan...tanya kakak kat kaunter tu nombor ayah dihantar ke bilik no 6...
masa ni tunggu giliran plak....tunggu punya tunggu...no silih berganti...tgok jam 10:45am.. ayah dah mula nampak letih...nombor tertera pada screen 1053...mummy fahamlah nombor giliran mmg takkan dipanggil mengikut giliran tapi, dipanggil mengikut nombor yg sampai dulu dimeja doktor.. kat bilik 7 dan tertera no 1056,pastu 1060 ....
masa ni mummy dah bagun tanya kat kakak kaunter pendaftaran,
"cik nak tanya kenapa nombor 1048 tak dipanggil lagi"
"mmg mcm tu puan,mgkin no puan tu kat bilik yg satu lagi,bilik yg lain tu dah dihantar no pendaftaran baru"
"cik tadi cakap 1048 dihantar ke bilik 6 kan? sekarang ni bilik no 6 dah 1051, 1053, 1055, .. sepatutnya dia panggil no yg awal dulukan"
" tak per puan,saya telefon bilik 6,mungkin no puan doktor terlepas pandang"
Fine,mummy accept, duduk lagi tunggu...tup2 keluar plak angka giliran 1057 masa ni dah pukul 11:10am, ayah dah sakit kepala, ayah cakap kalau lepas ni dia tak panggil juga,ayah nak keluar,lagi lama kat sini,bukan batuk darah jer,muntah darah pun boleh.. tunggu punya tunggu.. tak juga keluar nombor ayah...
blik no 6 (gambar ehsan dr google) |
Ayah bangun dari tempat duduk,pergi kat kaunter pendaftaran,ayah bagi nombor pendaftaran tu kat kakak kaunter sambil ayah cakap "Doktor kat bilik 6 tu tak nampak jalan ke?" entah ayat apa yg keluar dari mulut kakak tu,ayah dah malas nak dengar..terus jer ayah berlalu tinggalkan klinik kesihatan presint 3 tu..
masa ayah nak keluar tu,ada bunyi nombor keluar kat screen,mummy kerling manatahu keluar nombor ayah,tapi, nombor yg keluar 1062..hmmm
mummy faham,klinik kerajaan ni mmg selalu sangat lemau..but, memandangkan ayah batuk berdarah,mummy taknaklah terus ke swasta,mesti doktor akan refer hospital juga.. so, nak tak nak mummy kenalah pergi klinik kesihatan,lagipun nak sahut seruan kerajaan ler kekonon..tapi, macam ni plak jadinya... maaf yer mummy bukan nak kondem kerajaan sama sekali tidak,sbb mummy pun government servant.
keluar jer klinik mood ayah dah semacam..mummy bgth ayah jom klinik resint 9, ayah dah jawab.. "KLINIK??!!" tak payahlah mummy,nak tgu berapa jam lagi pulak... aduhai.. ayah nak pergi JPN buat surat beranak,ayah nak renew pasport..
masa perjalanan ke JPN,ayah tegur,naper tak bermekap..mummy just jawab tak sempat,sbb pagi tadi mummy dah terlewat bangun..pastu ayah duk bebel lagi,mummy pun jawab bebel2lan tu..tak pasal2 ayah cakap " dahlah ayah hantar mummy pergi opis" mummy terus terdiam.. ayah drop kan mummy kat opis n ayah terus berlalu...
Ini semua klinik punya pasallah..klinik yang lembab tak pasal2 mummy sekali kena marah dengan ayah... tensen giler ok..
08:58 ambil no giliran
09:45 pendaftaran
11:20 keluar dari klinik (sbb dah lama sgt menunggu tapi, no tak jugak keluar)
fahamlah keutamaan kepada warga emas,ibu mengandung dan juga kanak2.. tapi janganlah sampai patient batuk berdarah dikira enteng jer...
mood sangat2 berangin..
* sekarang ni ayah cakap dia tak nak pergi check up mana2 pun... makin susah hati mummy ni.. dahlah ayah ni jenis kalau A dia cakap A lah..takkan boleh jadi B..
No comments:
Post a Comment