Tak pasal-pasal pagi ni mummy lewat sampai opis + mata bengkak.....
nasib baik pagi tadi cik zira kamu kejut mummy,kalau tidak mesti mummy tak kerja agaknya...bangun2 dah pukul 6:30am..cepat2 capai tuala terus pergi mandi n solat..
si kembar tengah tido mummy angkat jer masuk stroller,abg2 plak mummy tgok semua terbongkang...
nak tahu apa sebab lambat hari ni...
ni nak citer ni, malam tadi cik zira dah buatkan susu untuk abg2 dalam pukul 11:00pm, mummy fikir kejap lagi kamu berdua tidolah..si kembar plak daniel dah tido lama,miqael plak tgh menyusu dgn mummy,miqael mmg macam tu kalau nak tido suka mengempeng lama2...tgh duk nyusukan miqael entah mcmana mummy pun terlelap...
part ni yg mummy naik hangen satu badan..dalam pukul 1:00am mummy tersedar sbb dgr suara budak gelak,mummy bangun tgok abg joe n daniel bergurau...abg aizz plak g tukar2 channel TV, miqael plak pergi main botol minyak yuu yee........ho ho... geramnya...dah pukul berapa ni woooiiii,asal korang leh buat pesta plak...
Mummy dah hilang akal dah time ni,angin dah satu badan,hati dah mendidih,otak dah tak leh nak fikr benda yg waras dah.. si abg2 dah kena sedas 2 tangan mummy lkat tapak kaki..menjerit2 nanggis..si kembar plak buat muka seposen..si abg joe,agaknya takut mummy dia dah jadi SINGA...sampai boleh terberak...aduhai satu hal lagi...tgh2 malam mummy heret masuk bilik air,geram sgt hati dah..terus mummy mandikan...Kejamkan....
si abg aizz dah nanggis suh cik zira bangun coz takut mummy dah jd Singa..tapi, cik zira dia kalau dah tido mmg tak sedar dah..masa siapkan joe punya baju,mummy terpaksa juga kejutkan cik zira...sian cik zira kamu,siang malam pagi ptg jaga kamu layan jer kerenah kamu..mummy suh cik zira buatkan susu si abg2,cik zira ngan muka mengantuk dia bangun juga untuk kamu tahu...
lepas cik zira siap buat susu,cik zira siap sound kamu berdua.."korang kalau tak tido lepas ni,cik eila lempang sorang2"hahaha padan muka kena marah... tu part abg2 dah selesai mmg lepas habis minum susu semua tido dalam pukul 2:15am...
giliran si kembar plak, dua2 berlumba mengesot..mentang2 dah pandai maju ke depan...makin kita marah makin laju dia...1st mummy ambil daniel...mummy angkat mummy cubit hidung dia n dua jari hinggap kat tapak kaki..geram rasa sbb join abg2 main..daniel tgok jer muka mummy,nak minta simpatilah tu..mummy malas nak layan dah..mummy susukan lebih kurang 10 minit,daniel tido..ok dah 3 org hero tido..
sorang lagi miqael plak..mummy angkat,sama juga dua jari mummy hinggap kat tapak kaki dia..boleh gelak plak...saja jer buat mumy dia lg geram..bagi susu belah kanan..dalam 10 minit tak mahu tido juga..bagi plak susu belah kiri..sama tak mahu tido gak..ops mummy lupa,kalau miqael dia suka menyusu bila mummy baring..bila mummy baring dia baring atas badan sambil menyusu,dalam 2minit dah tido..mummy tgok jam dekat pukul 3am juga baru semua tido..
bila semua dah tido,mummy pergi bilik air basuh muka,mummy tgok muka satu2 hero mummy..kesian abg2 kena marah ngan mummy..sayuhati bila fikir2 balik..nama pun budak dia bukan tahu malam ke,pagi ke,petang ke..yg dia tahu main dan main...sblum mummy pejamkan mata semula mummy kucup dahi sorang2..mummy minta maaf yer sayang..tak niat nak marah n pukul kamu..tapi, mummy betul2 penat..
No comments:
Post a Comment