Google Website Translator Gadget

Tuesday, December 20, 2011

Anak Johor

Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang, pernah menukilkan sifat-sifat orang Johor dalam sajaknya,

mmg apa yang digambarkan tu banyak betulnya,tapi, dulu mmg betul kut..sekarang ni dah ramai yg terpengaruh dgn senario sekeliling yg makin entah apa2..
Apa pun mummy tetap anak jati JOHOR.. ^_^
Antara gambarannya ialah ;

Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang


Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.



Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.



Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia sampai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat



Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.



Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.



Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.



Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.



Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah


Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX