Google Website Translator Gadget

Monday, September 8, 2014

Berbuat baik di balas kebaikan.

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

mummy nak cerita ni,

tadi masa mummy naik bas hendak pergi ke tempat kerja..(mummy balik tengahari sbb kemas rumah, ayah nak balik sini petang ni, kalau bersepah rumah tu mahu bebelannya sampai seminggu)

ada satu makcik ni naik bas saing mummy, mungkin ini kali pertama dia naik bas,mungkinlah....
dari apa yang mummy tengok makcik ni berbangsa Indonesia.
dia nak bayar tambang bas. dia hulurkan RM5.00.

pakcik driver tu bgth tambang rm0.50 saja,kalau bagi rm5.00 tak baki. makcik tu cakap dia langsung tak ada duit syiling. mummy nak tukarkan duit rm5.00 dia tu pun mummy tak ada.
sambil dia duduk dia buka beg besar dia, mungkin nak cari duit-duit yang terselit..
kesian plak rasa mummy tgok. pakcik driver pula dok bebel ntah apa2.

mummy buka purse, ada syiling, mummy hulur kat makcik tu,  nah kak rm0.50 pergilah bayar..
" tapi ibu saya tak ada duit nak bg ibu ".. mummy tersenyum je.. mummy cuma bgth tak pe kak ambil jerlah .. saya bagi ikhlas..
lepas dia bayar tu, terus dia pergi tempat mummy " ibu terima kasih ya,semoga Allah saja yang balas kebaikkan ibu "
mummy sekali lagi senyum sambil lidah melafazkan "AAminn"..

Ya Allah, Maha SuciMu Ya Allah, dengan hanya Rm0.50, seseorang mendoakanku kepadaMU...

anak-anak mummy, mummy nak pesan.. andai kamu baca apa yang mummy coretkan ini satu hari nanti, mummy nak anak2 mummy belajarlah bersedekah biarpun sikit.. tapi, ganjarannya sangat besar..

kalau tidak mampu dengan wang ringgit mahupun harta..senyumlah wahai anakku..
kerana senyuman itu adalah sedekah yang indah kerana dapat menyejukkan hati sesiapa pun..
berdoalah untuk mereka.

# tersenyumlah walaupun hatimu sedang menanggis

1 comment:

theizzs said...

senyum bak lagu m daud kilau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX