Google Website Translator Gadget

Monday, September 8, 2014

Berbuat baik di balas kebaikan.

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

mummy nak cerita ni,

tadi masa mummy naik bas hendak pergi ke tempat kerja..(mummy balik tengahari sbb kemas rumah, ayah nak balik sini petang ni, kalau bersepah rumah tu mahu bebelannya sampai seminggu)

ada satu makcik ni naik bas saing mummy, mungkin ini kali pertama dia naik bas,mungkinlah....
dari apa yang mummy tengok makcik ni berbangsa Indonesia.
dia nak bayar tambang bas. dia hulurkan RM5.00.

pakcik driver tu bgth tambang rm0.50 saja,kalau bagi rm5.00 tak baki. makcik tu cakap dia langsung tak ada duit syiling. mummy nak tukarkan duit rm5.00 dia tu pun mummy tak ada.
sambil dia duduk dia buka beg besar dia, mungkin nak cari duit-duit yang terselit..
kesian plak rasa mummy tgok. pakcik driver pula dok bebel ntah apa2.

mummy buka purse, ada syiling, mummy hulur kat makcik tu,  nah kak rm0.50 pergilah bayar..
" tapi ibu saya tak ada duit nak bg ibu ".. mummy tersenyum je.. mummy cuma bgth tak pe kak ambil jerlah .. saya bagi ikhlas..
lepas dia bayar tu, terus dia pergi tempat mummy " ibu terima kasih ya,semoga Allah saja yang balas kebaikkan ibu "
mummy sekali lagi senyum sambil lidah melafazkan "AAminn"..

Ya Allah, Maha SuciMu Ya Allah, dengan hanya Rm0.50, seseorang mendoakanku kepadaMU...

anak-anak mummy, mummy nak pesan.. andai kamu baca apa yang mummy coretkan ini satu hari nanti, mummy nak anak2 mummy belajarlah bersedekah biarpun sikit.. tapi, ganjarannya sangat besar..

kalau tidak mampu dengan wang ringgit mahupun harta..senyumlah wahai anakku..
kerana senyuman itu adalah sedekah yang indah kerana dapat menyejukkan hati sesiapa pun..
berdoalah untuk mereka.

# tersenyumlah walaupun hatimu sedang menanggis

Thursday, September 4, 2014

saja menjengguk

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

lama tak berblog..
masa terlalu pack 2 tahun kebelakangan ni..
anak mummy dah bertambah lagi...
rezeki dari Tuhan.

mummy mula nak berblog ..
tapi, entah bila nak mulanya. banyak cerita suka duka 2tahun ni..
tapi, banyak yg duka dari yg ketawa..
hmmm dugaan n ujian yang datang berbagai cara..
tapi, semua tu uji ketabahan n kekuatan mummy...

anak mummy tahun ni bertambah lagi seorang,ini bermakna anak mummy dah 5 orang
kesemuanya lelaki,hero mummy, kekuatan mummy dan nyawa mummy dunia akhirat
yang kelima ni mummy beri nama Izz Muhammad Adam Harith..
ramai kata panjangnya nama yg nombor 5 ni..

mummy cuma senyum..entah tak tahu nak cakap apa,tapi, mummy mmg suka nama Adam tu dari mummy lahirkan abang izz lagi..
dulu mummy nak letak Izz Adam Rayyan, tapi ayah tak nak sbb nak juga letak Mohamad.
fine, mummy akur sahaja jadilah Izz Mohamad Rayyan.
bila lahir yang kelima ni, mummy rasa ni anak mummy yang last(akhir)..
perasaan nak letak nama Adam tu ttp membuak dalam hati ni..

tu yg jadi nama anak last ni panjang.. Izz Muhammad adam Harith..
buah hati mummy yg terakhir..mummy panggil dengan nama manja Adam..
mummy suka sangat nama tu..
mummy tenang je..

tadi kata nk jengguk je blog ni..
terpanjang plak celoteh..

status diri mummy setakat cerita ni ditulis;
mummy masih lagi isteri orang
mummy masih lagi isteri yg berkerjaya
mummy masih mummy untuk 5 hero
abang izz n abg joe masih lagi duduk kampung
si kembar n adam tinggal dengan mummy
Ayah masih lagi kerja di Ayer hitam n tinggal dengan mak bapak dia kat Ayer hitam Johor..
mummy masih mummy yg berdikari sendiri untuk membesarkan anak2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX