Hari
ni sakit sangat tekak mummy,rasa macam nak demam jer...
agaknya
penat sangat + kurang rehat + kurang tido...
cari
kat google petua tuk hilangkan perit tekak..
jumpa
plak pasal petua hilangkan batuk n gatal2 kerongkong ni...
kena
cuba jugalah petua ni
pic google |
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di
kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
Ambil sedikit kerak nasi dan
rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan
setiap pagi.
Rebus beberapa biji buah pisang
masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan
perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan
sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
Tumbuk segenggam daun pegaga,
hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan
gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
Campurkan dua sudu teh madu
lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian
minum tiga kali sehari.
Petua ubati sakit tekak.
Air Garam Ubat Sakit Tekak
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca
terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali
sehari.
Caranya :Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas
air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari
sehingga anda berasa lega.
Mengurangkan Rasa Sakit Tekak
Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi,
baca selawat 3 kali dan minum.
Sakit Tekak Di Waktu Pagi
Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan
tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan
meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.
Lain²
Ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu
dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega....
Minumlah 2 - 3 kali sehari.
Minum air asam jawa. Hanya perlu campurkan air bersama asam
jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil
airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit
tekak.
Kemam strepsils/ Fishersman Friends dan yang seangkatan
dengannya.
No comments:
Post a Comment