Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad mengakui terkejut menyambut
kelahiran anak perempuannya pada pagi Ahad yang dilahirkan lebih awal
daripada jangkaan.
Nabil, 29, berkata, perasaan itu wujud kerana anak yang masih belum
diberikan nama itu dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh
jangkaan isterinya Nazirah Ayub, 24, bersalin iaitu pada pertengahan
Disember depan.
Menurutnya, anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40
pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, dekat
sini selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.
“Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana tidak jangka dia (isteri) akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut perkiraan dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lalu.
“Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada Disember nanti,”
Ditanya mengenai nama pilihan untuk anak perempuan itu, Nabil
berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang nama pada waktu
ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut.
No comments:
Post a Comment