Google Website Translator Gadget

Monday, January 16, 2012

Maafkan mummy Miqael


Maaf... sayang mummy Izz Muhammad Miqael ...Sebelum mummy mulakan entri ni biarlah perkataan maaf tu jadi perkataan pertama...

mummy tensen sangat malam tadi,dahlah cuti sabtu ahad mami tak boleh nak rehat..mummy minta maaf sangat-sangat kat miqael...mummy menyesal sangat-sangat apa yang mummy buat kat kamu malam tadi...

'Ya Allah ampunkan diri hambaMu ini kerana gagal jadi ibu yang terbaik..berilah diriku ini ketabahan dan kesabaran hati serta jauhkanlah gangguan syaitan dalam pada diriku mendidik dan memelihara anak2 ku..berikan diriku ini kekuatan andai aku lemah..berikan aku peringatan andai aku alpa'..

malam tadi siap mummy masak,pas siap makan..mummy tgok miqael macam nak tido..mummy susukan mmg mata dah terpejam dalam dakapan mummy,bila mummy letak kat tilam je terus mata terbuka semula...mummy menyusukan cara mengiring plak...tido semula tapi bila dengar suara daniel n abg joe ketawa terus tanggalkn puting..hmmmm...aduhai korang naperlah taknak tido,mummy penat sayang...miqael bangun n main ngan abg joe n daniel..

bibik pas2 makan terus masuk bilik tido,tiap2 hari macam tu..tensen weh budak2 tak tido lagi tapi, dia dah tido,baik mummy hantar anak2 mummy kat rumah pengasuh or taska je..malam mmg mummy yg jaga juga.ini ada bibik tapi dari memasak sampai nak tidokan anak2 mummy yang buat...tu lah satu perangai mummy,mummy tak reti nak mengarah,sbb tu bibik naik lemak agaknya..

berbalik pada cerita miqael,pas tiga beradik ni main,agaknya mata dah mengantuk,sorang2 buat perangai,abg Joe nak duk riba mummy,daniel plak nak breastfeed,bila nampak daniel breast feed miqael pun kejar juga..abg joe plak tak nak mengalah tak nak turun dari riba,belah kanan ada daniel,belah kiri ada abg joe,last2 miqael berebut dgn daniel..mummy naik pening..tiga2 mummy turunkan mummy buat susu untuk tiga2...siap buat susu tiga2 baring,ni satu lagi perkara yg mummy geram si kembar tak nak pegang botol,aduhai dah 10 bulan sayang oii masih tak nak pegang botol susu..

kiri kanan tangan mummy suakan botol kat mulut miqael n daniel..tapi tak sampai separuh miqael dah tolak..ni satu lagi perangai miqael kalau susu formula mmg susah nak habis,2oz pun tak habis,miqael lebih suka ngempeng susu mummy..miqael dah bangun g main lagi,daniel mata dah terpejam nak tido,susu pun dah nak habis 5oz..tengah mummy ralit bagi daniel susu,miqael dah panjat rak TV..tak lama tu,berdentum dahi miqael terkena bucu rak tu..

mummy dahlah penat,suh tido tak mahu tido,dengan hati yg tertiba terasuk dek syaitan ni,mummy ambil miqael yg menanggis kesakitan mummy terus jer tampar muka miqael banyak2 kali sampai merah..Allahu Akbar..apa mummy dah buat ni..budak tu baru 10 bulan ok,kalau iyer pun marahkan org lain jgn budak jadi mangsa... mummy jadi hilang pertimbangan masa tu..tiba-tiba mummy rasa ada yg jerit kat telinga mummy suruh berhenti daripd tampar miqael..mummy tersedar mummy cium pipi miqael,mummy minta maaf banyak kali,terus mummy susukan,dalam sedu-sedu miqael terus tertido..bibik keluar dgn muka ala2 macam terkejut,tgok2 pastu masuk bilik dia balik...alahai pening mummy..

mummy bawa daniel kat buai,mummy buai dan terus tertido,(daniel tadi dah tido masa mummy marah miqael dia terbangun semula)dah si kembar tido,mummy peluk abg joe plak,mummy tidokan abg joe tepuk2 dah tido tiga2..baru mummy tarik nafas panjang...macam biasa mummy tgok muka sorang2,bila tgok muka miqael,airmata terus jer laju keluar..apalah dosa miqael sampai mummy boleh tampar muka dia tadi..mummy dekatkan muka mummy kat miqael,mummy selawatkan kat ubun2 miqael mummy kucup dahi n pipi,mummy bisik kat telinga yg comel tu dengan perkataan 'maaf sayang'..

* bila kita marahkan seseorg atau tensen dengan keadaan sekeliling janganlah jadikan anak2 tempat kita lepaskan geram,anak2 tu anugerah dan amanah dari Tuhan jagalah dan ajarlah mereka sebaik mungkin.

1 comment:

Anonymous said...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX