Google Website Translator Gadget

Wednesday, January 25, 2012

Adik mummy bertunang

Balik kampung CNY baru ni,mmg ada penat + letih sbb tolong family untuk majlis pertunangan adik mummy 23hb CNy baru ni..

nasib baik majlis buat malam kalau buat petang bermandikan hujanlah tetamu yang datang sbb petang tu hujan turun dengan lebat sekali..nak citer pasal hujan ni...petang tu semua sibuk rewang(tolong menolong) masak..habis basah dek hujan...memanglah dirikan khemah tapi disebabkan hujan yang lebat habis tempias dalam khemah,petang tu yang masak untuk lauk pauk majlis kenduri,ayah, cik man, atok sal, wak pet, wak cah, cik ana,wak noi n mama(sian mama dari pagi tak jamah sebiji nasi pun,habis majlis baru makan,nasib baik tak pengsan), tukang masak nasi wak pandi..tukang susun meja n kerusi abah n ayah(masa ni ayah mmg penat sbb sambil masak + susun kerusi meja dalam hujan..habis basah kuyup) .

adik2 sepupu yg tinggal kat KL + bandar, masa ni lah peluang main hujan,dah macam ada pesta air...berlari sana sini..mmg meriah,lantak koranglah kalau demam mak bapak korang tanggung ubat klinik huhuhu.... masa ayah sibuk masak tu,nasib baik ayah tak jadi apa2,mana taknya dalam basah2 boleh ayah alihkan lampu kalimantang yang menyala tu..tup tup penyambung wayar putus,ayah terkena renjatan elektrik,nasib baik cik man tolak,kalau tak..tak tahu mummy nak cakap...

majlis berlangsung pukul 9pm,ramai tetamu yang datang,adik beradik mama n abah jer sebenarnya bukan ada org lain pun,tapi, dah namanya family besar,penuh jugaklar rumah mama dgn tetamu,ditambah pulak dengan belah pihak bakal tunang adik..memang gamat rumah mama...tepat 11:00pm Alhamdulillah majlis tamat dengan selamat...

bila semua tetamu dah balik,ada plak citer misteri huhu..adik lelaki mummy yang nombor dua(cik boy),macam ni ceritanya

adik lelaki mummy ni kerja kat singapore,balik2 dari kerja petang tu,terus balik batu pahat sbb mama mummy suruh dia balik juga untuk majlis adik perempuan mummy ni...nak dijadikan cerita masa lalu h'way PLUS kat exit Ayer Hitam, adik mummy nampak ada perempuan pakai baju putih kat tepi jalan dengan rambut mengurai..adik mummy buat tak paham jer,memandangkan dah pukul 8pm,majlis adik perempuan mummy pukul 9pm,jadi dia buat tak tahu dan teruskan perjalanan..

dalam dia tengah dengar radio lagu Salem gitu..dengan tingkap terbuka,saja dia buka tingkap sbb nak rasa angin luar,kalau dia layan aircond gerenti tertido sbb penat balik kerja terus balik kampung,tiba-tiba....................................

dia rasa macam ada org duduk sebelah seat penumpang,dari lerik mata dia,dia nampak baju putih...bila dia toleh.."benda" tu dah ada duduk kat seat sebelah...dengan selamba adik mummy bagi salam,tapi "benda" tu diam jer...adik mummy buat tak paham,dalam kepala otak adik mummy masa ni,yang dia fikir nak sampai kampung sebelum majlis pertunangan adik perempuan bermula...adik mummy tengok "benda" tu tak nampak muka,sbb muka dia paling ke luar tingkap..

sampai jer kat exit Yong Peng Selatan "benda" tu hilang... adik mummy cakap mungkin "benda" tu nak tumpang..biarlah "benda" tu pun tak kacau dia....sampai jer kampung adik mummy citer kat semua org....macam2 plak diaorg tanya adik mummy...ada yg tanya,asal ko tak cucuk paku,boleh buat bini,senang hidup wooo..ada plak yg tanya ko tak minta nombor hp ke? ada plak yg tanya cantik tak...? hei macam2 hal plak...

Apa pun Alhamdulillah adik mummy selamat,kalaulah adik mummy tak kuat semangat mahu terbabas kereta..

* buat adik perempuan mummy Norazima & pasangan Rashid Selamat bertunang,semoga jodoh berpanjangan..Amin

1 comment:

pena rozie said...

Salam... Mummy kembar sepasang follow sudah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX