Google Website Translator Gadget

Wednesday, July 6, 2011

Demam + Tungang langgang

hari ni baru jer naik keje setelah 2 hari bercuti, hari isnin bawa IM Miqael pergi hospital. Alhamdulillah dari cakap doktor IM Miqael setakat ni ok2 saja,tapi, minggu depan kena follow up juga kat doktor pakar.. IM Daniel pun kena pergi juga untuk follow up perkembangan kesihatannya..

balik jer dari hospital, kemas baju sbb nak balik putrajaya plak,iyerlah mummy nak kena kerja,sebelum balik tu ayah bawa durian, IM Rayyan(Aizz) biasalah kegemaran dia ni...banyak ulaslah juga dia makan..mummy just makan seulas je..IM Izzuan(Joe) dia tak makan durian pun ,maybe tak baper nak suka sgt.. pas2 angkat semua barang letak dalam bonet, maka berangkatlah kami balik ke putra..

Sampai jer putra malam tu,IM Rayyan muntah...habis tilam tempat kami tido bau durian + susu,mummy yg tercium bau ni pun ikut muntah sama..mummy lupa yg IM Rayyan tak makan nasi satu hari,mummy n ayah pun tak makan nasi juga..tak lama lepas tu,time nak tido ayah plak muntah2 n sakit perut,cuba gak makan malam tu tapi, dah masuk angin kut..habis semua terkeluar semula.. dah macam apa ntah malam tu sampai ke pagi..ayah muntah 3 kali..mummy muntah 4 kali, IM Rayyan muntah 8 kali..mummy terpaksa suh bibik amek IM Miqael n IM Daniel masuk kat bilik bibik,mummy tak larat nak jaga.. badan dah lepak sangat sbb mntah2 + jaga si Aizz.

bangun pagi mummy bagi susu kat IM Miqael n IM Daniel,bagi Aizz makan roti ngan air panas sebelum bawa pergi klinik,ingatkan nak kerja pagi ni,tapi, dah semua nya terbalik,kenalah cuti lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX