5:30am...
'Aziah, bangun.. jom pergi DS nak buat CTG' suara JM Mazni...huh baru sedap melayan mata dah kena bangun,tgok muka JM Mazni yg comel mummy senyum gak..inilah rutin setiap hari yang perlu mummy lalui sejak kandungan 28w hinggalah tarikh ni 15/3 32w.
masa buat CTG graf menunjukkan ada contractions. mummy dah mula risau sebab doctor plan 34w baru deliver baby tuk czer..balik dr DS perut mummy mula sakit 1 in 10min, tak lama lepas tu 2 in 10min, mummy pergi mandi dan solat subuh,pas solat mummy bgth kat JM mummy sakit 2 in 10min, JT kak Mala datang dan buat manual test utk contractions, ya memang betul dah 2 in 10min, bgth kat doktor Hidayah n Follow up kat DS.
my twinsMummy kena tolak ke DS,call ayah time ni ayah tak jawab2,call MIL,pesan kat ayah mummy kena tolak DS n maybe terus ke HPSF(Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar) sbb ventilator utk twin kat HBP tak cukup. kat DS Doc Nurul pasang jarum kat kiri kanan tangan mummy,mummy tak reti nak cakap apa nama nya tu hee...
Doc pakar discuss tuk hantar HPSF secepat mungkin,tunggu2 ayah tak sampai2 jugak... mummy dah sakit 3 in 10min,doc ckp tak leh tangguh2 lagi. Ambulans dah stand by. Tanpa ayah mummy terus dibawa Ambulans ke HPSF. dalam ambulans dah 4 in 10min...Sakitnya Tuhan jer yg tahu..
dekat sejam jugak baru sampai HPSF,mujur twin mummy melintang,kalaulah duk betul, sure bersalin dalam ambulans. sampai jer HPSF terus tolak ke DS,ingatkan terus ke bilik bedah..ruopanya kena stop lagi tu...Aduhai..sakit mcm nak tercabut nyawa dah..kat DS doc tanya 'u last makan pukul berapa' mummy bgth kul 8 pagi td. Doc bgth untuk czer perlu puasa paling kurang 6 jam... OMG lamanya, mummy tgok jam lebih kurang pukul 2pm baru tolak bilik bedah..
sementara tunggu pukul 2pm tu ayah sampai kat HPSF, Alhamdulillah sempat juga jumpa ayah sebelum operation, ayah bg semangat n mummy sempat mohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap sebelum mummy dihantar dewan bedah..Tepat pukul 2pm mummy ditolak ke dewan bedah..kena stop lagi,time ni doc pakar bius plak dok bebel2 citer pasal bius...mummy dah takleh faham dah butir perkataan doc cakap,mummy dah sakit sgt.
2:15pm mummy masuk bilik bedah,bius epidural,mulalah operasi godek mengodek 2:57pm keluarlah 1st twin mummy dan 2:59pm 2nd twin plak menyusul. Tp, mummy sedih sangat sebab tak dapat tengok twins mummy. doktor terpaksa kejarkan ke NICU sbb my twins dah pucat n pernafasan lemah.
Dari cerita ayah !st twin terus 'dikerjakan' dengan beberapa org doktor masuk tiub sana masuk tiub sini,cucuk sana,cuk sini..sian baby mummy. 2nd twin pun cucuk sana sini gak tapi tak seteliti 1st twin...Mummy mampu berdoa yg trbaik saja buat masa tu
7 comments:
comelnyeeeee.....bestnye dpt kembarr...:)
cepatlar kawen
xdak calon lg..nangess..
ko memilih ..............
motip??masalahnya takde yg nak kat aku..bkn aku yg memilih..ada paham?????
takde yg nak ko ke? cikgu hensem tu ko tak mahu ggoooda hehe
apa blh buat..org tak laku..huhu... aku mana keje kat skolah dah.. x dpt nak tekel cekgu..kekkeek..
Post a Comment