Google Website Translator Gadget

Wednesday, January 26, 2011

Rindu buat Izzuan

Malam tadi balik dari kerja ayah tanya,'apa doktor ckp masa wat check up tadi'.. mummy bgthlar yg doc ckp mummy ni anemia,hb low,tekanan darah low n sikit gula dalam darah..


dah ayah tanya lagi 'habis nak makan apa lagi?,semua yg doc sarankan rasanya semua dah makankan? ke mummy rindu kat adik?'.. soalan yg last tu membuatkan hati mummy tetiba jadi tak menentu serasa jantung mummy berdebar... nak jer mummy cakap "iyer yah mummy rindu kat adik,bkn setakat rindu tapi tersangat2 rindu"...tapi jawapan yg keluar dr mulut mummy masa tu.. 'taklar yah'.. sesungguhnya jawapan tu adalah satu penipuan besar dr mulut ni...mgkin juga betul kata ayah mummy punya tekanan darah low n semua jadi tak ok sbb rindukan adik.. mana taknya,setiap kali mummy makan sesuatu yg selalu adik makan mummy jadi sayu hati..bila mummy kna marah ngan ayah atau abg aizz mummy pun jadi sayu hati sgt2..iyerlah bila ader adik,bila mummy kecil hati atau apa2 pun kat umah tu,adiklar yg biasa teman hati mummy nikan... adik..., mgu ni dah masuk 3 minggu mummy tak jumpa adik,rindu hati mummy Tuhan saja tahu..lebih2 lagi hari ahad hari tu nenek call mummy bgth adik demam panas..serius mummy ckp selera makan mmg tak ader lgsung,setiap kali tido mesti adik datang dalam tido mummy,video adik dalam hphone ayah selalu pengubat rindu mummy..dan...hakikatnya juga lepas mummy tgok video adik mummy mengalir airmata. malam tadi sebelum tido ayah tanya mummy,mgu ni kita balik kg hari ahad ye,hari sabtu ayah kena keje malam..hati mummy memberontak sebenarnya,mummy kalau boleh nak balik malam jumaat ni,mummy nak cepat jumpa adik,tapi, mummy bgth ayah 'oklar yah'..mummy trpaksa untuk semua itu,tapi, ketahuilah hati mummy kalau boleh mmg nak jumpa adik secepat mgkin dan kalau boleh hari ni juga mummy nak balik kg..Adik biarpun kita berjauhan beratus batu ketahuilah olehmu wahai anakku sesaat pun mummy tak pernah lupakan adik dan setiap saat jugak rindu kasih sayang n cinta mummy terhadap adik tak pernah padam..

2 comments:

Umee Meriani A.S said...

mami.. baju anak aku pun ada yg belang2 kaler itam tu... hehehehehe

MommyIZZ5 said...

minat plak warna tu,dr jauh dah nampak terus rembat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX