Google Website Translator Gadget

Friday, October 19, 2012

Kuiz: Jadi Follower kiosk mummy & menang

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Uols ......

mummy nak jemput uols jadi follower mummy di  blog  http://kakyongcantek.blogspot.com/ 



sesiapa yang menjadi follower KE 2, 21, 30,50 DAN 77 ,akan mendapat produk PERCUMA

( RED GUARA CAFE DCL)


Minuman berfungsi berperisa coffee hebat ini hasil gabungan extract Guarana, Ubit Bit Merah, Red Yeast, Kopi Arabica dan kacang soya. Berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, tahan lapar terutama ketika puasa, bertindak sebagai pain-killer

pAGI2 DAH KASIK MERAH TANGAN MUMMY

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

ENTRI RINGKAS JER PAGI JUMAAT NI..

pagi ni tapak tangan mummy dah merah..
sebabnya:

a) bagi penampar kat muka abg aiz
b) bagi penampar kat peha miqael
c) bagi penampar kat lengan Daniel

bukan sesuka hati nak menampar tapi, ada sebab musabnya ok

mulakan dengan abg aizz;
 kena penampar sebab bangun tidur menjerit2 cari ayah sebab tak nak pergi rumah pengasuh, ayah plak pagi2 dah tak ada sebab ada kursus dengan MARA,bila mummy angkat nak letak dalam stroller,boleh plak keras kat badan...wuii, pang... ko merah pipi..sampai umah pengasuh masih lagi sedu2 menanggis..geram sangat.

Miqael plak;
kena penampar kat peha,nak tahu sebab apa, tengah mummy sibuk cari baju dia untuk dipakai,baru lepas mandikan dia, boleh plak dia masuk bilik dengan tangan penuh taik,sbb dia terberak kat karpet dapur...hoho saja tu cari penyakit namanya..tak pasal2 peha yg mulus kecik tu jadi mangsa keganasanku..hehe

Daniel plak:
dah dia tgok semua menanggis dia pun gatal juga menanggis tanpa sebab..tapi, sebelum tu yg kasik mummy angin dia pergi main berjemaah taik miqael..aduhai,mmg bercintalah pagi2 mummy bebel n jadi tarzan semesta alam...

korang2 semua kenapalah dera mummy pagi2 nak oii...
apa pun maafkan mummy yer sayang...mummy bernafsu ganas pagi tadi huhu..per pun mesti pengasuh kata mummy dera budak2 tu..sebab kulit diaorg jenis putih2,bila bagi penampar mmg merah2

3 beradik yang jadi mangsa mummy pagi tadi (haha ketawa jahat)


Wednesday, October 17, 2012

Khas untuk Peniaga/warga Putrajaya saja

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Uols yang ada membuat perniagaan secara online...
nak memantapkan lagi bisnes online uolss...
bolehlah emailkan alamat email uols kat mummy yer...
Tapi, hanya untuk penduduk yang beralamat di Putrajaya sahaja...


Urgent!!..(sebelum 22 oktober 2012)

email mummy : mummybuatizz@gmail.com

untuk negeri2 lain maaf yer..InsyaAllah sambutan menarik mummy buka untuk usahawan2 negeri lain..

Monday, October 15, 2012

My Dear Warehouse Sale 2012 : UPdate okt - nov 12

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,





The next warehouse sale is 25 Oktober until 4 November 2012





Time
9am – 7pm


Location (603 8060 6093)
Cuang Cheng Mao Yi Sdn. Bhd.
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor

Friday, October 12, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,




Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 

PENTING!! BAHAYA TIMANG BAYI ~ Mesti baca ~

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

 Kali ni mummy nak kongsi bahayanya kita timang2 baby n buai..ni mummy dapat dari facebook KKM (Dianugerahkan kembar)




SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrom


Thursday, October 11, 2012

BR1M: Pendaftaran BR1M 2.0 Bermula 1 November Ini

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,


PUTRAJAYA – Pendaftaran bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan bermula pada 1 November ini, umum Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin.

Beliau berkata tempoh selama dua bulan diberikan bagi membolehkan orang awam mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pejabat daerah bermula daripada tarikh berkenaan.

“Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka tidak perlu mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik.

“Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah,” katanya
Ahmad Husni berkata kerajaan merancang untuk memberikan BR1M pada awal tahun hadapan.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan kerajaan sedia menyambung pemberian BR1M 2.0 kepada penerima sedia ada dan baru serta individu yang belum berkahwin yang memiliki pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Cara Dapatkan Borang Bantuan RM500

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan borang BR1M ini, sebenarnya terdapat kaunter sementara yang dibuka di tempat2 terpilih disekitar tempat masing-masing dibuka pada waktu pejabat. Sila lihat ( Senarai Tempat Mengambil Borang BR1M ) untuk mendapatkan borang secara offline.
Selain itu juga, pengunjung boleh mengambil secara online iaitu dengan download/ muat turun di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia ( Klik Sini Untuk Download Borang )
Atau,
Jika berlaku kesibukan talian disana, boleh juga download Borang BR1M Bantuan RM500 di link yang saya sediakan ( KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG BR1M )


Monday, October 8, 2012

Biar gambar berbicara

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Rindu kat kamu sayang


Tesco Desa Tebrau


 gambar dr fb cik bon aka cik boy ( Mohd Razi )

Aduhai Lembab Giler

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

maaflah entri kali ni nak lepas geram sikit...kalau ada bahasa yang kurang menyenangkan tu so, ampunkanlah mummy yg hina ni..
pagi tadi lepas jer peak hour,mummy keluar dari opis ke klinik kesihatan presint 3,janji dengan ayah nak cek batuk ayah...semalam ayah batuk keluar darah,mummy nak bawa klinik swasta.ayah cakap tgu hari isnin jer... nak pergi klinik dengan bawa 3 org hero,susah plak nak ke sana sini,lebih2 lagi ayah tak sihat.

pagi tadi pukul 6:45am,lepas hantar 3 hero ke rumah pengasuh,terus mummy pergi kerja, lepas peak hour 8:30am,masa ni trafik kat Putrajaya dah lancar..

gambar ehsan dr google

so, mummy keluarlah ke klinik,start mummy ambil no giliran(1048) 8:58am ....tunggu untuk daftar 9:45am baru nombor tertera kat screen untuk pendaftaran...kakak kaunter tanya sakit apa? ayah jawab batuk berdarah..
pastu kakak tu jawab kat sini tak ada X Ray,lepas jumpa doktor nanti,dapat surat rujukan pergi ke klinik kesihatan presint 9,pastu datang sini semula untuk result laporan X  Ray,sekarang ni encik tunggu dulu untuk jumpa doktor....
tunggu plak depan bilik2 pegawai perubatan...tanya kakak kat kaunter tu nombor ayah dihantar ke bilik no 6...

masa ni tunggu giliran plak....tunggu punya tunggu...no silih berganti...tgok jam 10:45am.. ayah dah mula nampak letih...nombor tertera pada screen 1053...mummy fahamlah nombor giliran mmg takkan dipanggil mengikut giliran tapi, dipanggil mengikut nombor yg sampai dulu dimeja doktor.. kat bilik 7 dan tertera no 1056,pastu 1060 ....

masa ni mummy dah bagun tanya kat kakak kaunter pendaftaran,
"cik nak tanya kenapa nombor 1048 tak dipanggil lagi"
"mmg mcm tu puan,mgkin no puan tu kat bilik yg satu lagi,bilik yg lain tu dah dihantar no pendaftaran baru"
"cik tadi cakap 1048 dihantar ke bilik 6 kan? sekarang ni bilik no 6 dah 1051, 1053, 1055, .. sepatutnya dia panggil no yg awal dulukan"
" tak per puan,saya telefon bilik 6,mungkin no puan doktor terlepas pandang"

Fine,mummy accept, duduk lagi tunggu...tup2 keluar plak angka giliran 1057 masa ni dah pukul 11:10am, ayah dah sakit kepala, ayah cakap kalau lepas ni dia tak panggil juga,ayah nak keluar,lagi lama kat sini,bukan batuk darah jer,muntah darah pun boleh.. tunggu punya tunggu.. tak juga keluar nombor ayah...

blik no 6 (gambar ehsan dr google)

Ayah bangun dari tempat duduk,pergi kat kaunter pendaftaran,ayah bagi nombor pendaftaran tu kat kakak kaunter sambil ayah cakap "Doktor kat bilik 6 tu tak nampak jalan ke?" entah ayat apa yg keluar dari mulut kakak tu,ayah dah malas nak dengar..terus jer ayah berlalu tinggalkan klinik kesihatan presint 3 tu..

masa ayah nak keluar tu,ada bunyi nombor keluar kat screen,mummy kerling manatahu keluar nombor ayah,tapi, nombor yg keluar 1062..hmmm

mummy faham,klinik kerajaan ni mmg selalu sangat lemau..but, memandangkan ayah batuk berdarah,mummy taknaklah terus ke swasta,mesti doktor akan refer hospital juga.. so, nak tak nak mummy kenalah pergi klinik kesihatan,lagipun nak sahut seruan kerajaan ler kekonon..tapi, macam ni plak jadinya... maaf yer mummy bukan nak kondem kerajaan sama sekali tidak,sbb mummy pun government servant.

keluar jer klinik mood ayah dah semacam..mummy bgth ayah jom klinik resint 9, ayah dah jawab.. "KLINIK??!!" tak payahlah mummy,nak tgu berapa jam lagi pulak... aduhai.. ayah nak pergi JPN buat surat beranak,ayah nak renew pasport..

masa perjalanan ke JPN,ayah tegur,naper tak bermekap..mummy just jawab tak sempat,sbb pagi tadi mummy dah terlewat bangun..pastu ayah duk bebel lagi,mummy pun jawab bebel2lan tu..tak pasal2 ayah cakap " dahlah ayah hantar mummy pergi opis" mummy terus terdiam.. ayah drop kan mummy kat opis n ayah terus berlalu...

Ini semua klinik punya pasallah..klinik yang lembab tak pasal2 mummy sekali kena marah dengan ayah... tensen giler ok..

08:58 ambil no giliran
09:45 pendaftaran
11:20 keluar dari klinik (sbb dah lama sgt menunggu tapi, no tak jugak keluar)

fahamlah keutamaan kepada warga emas,ibu mengandung dan juga kanak2.. tapi janganlah sampai patient batuk berdarah dikira enteng jer...

mood sangat2 berangin..



* sekarang ni ayah cakap dia tak nak pergi check up mana2 pun... makin susah hati mummy ni.. dahlah ayah ni jenis kalau A dia cakap A lah..takkan boleh jadi B..

Friday, October 5, 2012

Rindu tidak tertanggung

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Izz Mohamad Izzuan aka Joe aka Jojo aka Angah aka Izuan aka Iwan aka Rahman aka Ketot aka budak encem....


banyak benar panggilan kamu,
mummy nak bagitahu kat seluruh alam yang mummy rindu sangat2 kat kamu sayang..

Joe dak etot

Monday, October 1, 2012

I'm Supermum!!!

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Tolong baca dan renungkanlah.
 Seorang anak bertanya pada ALLAH, 
"Ya Allah kenapa bondaku suka menangis?" 
Lalu ALLAH menjawab,
"Kerana bondamu seorang wanita. AKU ciptakan dia sebagai mahluk yang sangat istimewa. AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat orang lain menyerah. AKU beri dia rasa kasih untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun. AKU kuatkan batinnya untuk tetapi menyayangi meskipun disakiti oleh anak2nya atau suaminya.AKU beri dia kekuatan untuk mendorong anak2nya belajar mengenal & menuju keredhaanKu. AKU beri dia keindahan lahir & kesabaran batin. Bondamu adalah mahluk yg sangat kuat. Di saat kau melihatnya menangis, itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batinnya sekaligus memberinya kekuatan baru."

i'm supermum!

Selamat Hari Lahir abg Joe

Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

ulangtahun ke 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX